Sunday 3 February 2013

Bandar Klang Dahulu Mempunyai Jambatan Belfield, Jambatan Gantung Dan Jambatan Bailey Terapung Merintasi Sungai Klang


Gambar 1
Bandar Klang Pada Tahun 40an. Sumber gambar Eiday's Confort Zone.
Gambar 2
Gambar asal seperti diatas. Di edit untuk menunjukkan Tiga Jambatan merintasi  Sg Klang.



Pada posting kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada bloggers Eday's Confort Zone dan Aku Anak Teluk kerana uploading gambar gambar yang di kira rare tentang Bandar Klang khususnya jambatan jambatan yang pernah merintasi Sungei Klang.

1. Jambatan Belfield.
Gambar 3 - 7 dibawah ini mengenai Jambatan Belfield di Bandar Klang diambil daripada laman Dearie Russell Family History.
Gambar 3
Membina Jambatan Sementara di tapak pembinaan.
Gambar 4
Fasa Pertama jambatan telah siap






Gambar 5
Fasa Kedua Jambatan Telah Disiapkan
Gambar 6
Jurutera James Craig bergambar dengan para pekerja pembinaan

Gambar 7
Jambatan Belfield Merintasi Sungei Klang Siap Sepuhnya pada 1908


Fakta Dan Info Mengenai Jambatan Belfield Klang.

Menyemberangi Sungai Klang diantara Klang Utara dan Klang Selatan pada 1900 adalah dengan sampan penambang dan ferry pontoon yang ditarik menggunakan tali. Pada ketika itu pengusaha ladang syarikat syarikat penjajah British terutamanya ladang getah di daerah Kapar dan Kuala Selangor memberi tekanan kepada Resident Selangor untuk membina sebuah Jambatan dibandar Klang bagi menjimatkan kos pengangkutan mereka ke Pelabuhan Kuala Klang (Pelabuhan Klang ) untuk membawa pulang apa yang ada di Selangor ke negara asal mereka, England segala hasil hutan seperti rotan, damar, lada hitam yang mereka tanam secara ladang, bijih timah, getah dan lain lain lagi.

Jambatan ini diberi nama Jambatan Belfield sempena Resident Selangor Mr. H.Conway Belfield yang berkhidmat dari 1902 - 1911. The Federated Engineering Company telah mendapat kontrak membina  "the first road bridge across the river Klang," yang bermula pada 27 Julai 1907 dan di siapkan pada September 1908 dengan 10 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Jurutera yang bertanggung jawab mengenai pembinaan jambatan tersebut adalah George Russell and James Craig.   

Jambatan tersebut adalah jenis "Linville girder " dengan empat fasa. Setiap fasa adalah 140 kaki panjang dan 20 kaki lebar untuk jalan raya . Jambatan ini juga disokong oleh lima pasang tiang bulat "iron cylinders" di isi dengan konkrit.

Jambatan Belfield telah dibuka dengan rasminya oleh Sir John Anderson Pesuruhjaya Tinggi Bagi Negeri Negeri (Federated Malay States) pada hari Sabtu 12 September 1908 di saksikan oleh Sultan Selangor serta lain lain penjawat tinggi penjajah British yang bangga terbinanya jambatan yang terbesar dan terhebat di Malaya ketika itu.

Pada Perang Dunia II pihak British telah mengebom Jambatan Belfield dan jambatan kereta api Connaught Bridge (pada masa itu Jambatan Bailey diConnaught Bridge belum ada lagi) bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Tidak diketahui bagaimana kegiatan penduduk bandar Klang menyeberangi Sungai Klang dalam urusan harian semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaya.

Tamatlah riwayat Jambatan Belfield di Sungai Klang. Rangka besi jambatan itu telah dibersihkan mungkin untuk besi buruk pada tahun 50an.  

Untuk bacaan lebih lanjut sila rujuk :-
-  Dearie Russell Family History di http://www.clairegrey.co.uk/rd_grandchildren/george/klang_bri.html
-  The Malay Mail Thursday 10 September 1908  
-  The Straits Time 14 September 1908 muka surat 8  
-  The Straits Time 6 September 1909 muka surat 7 
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 22 Mei 1929, Muka Surat 2
The Straits Times, 30 April 1947, Muka Surat 5
The Straits Times, 11 Februari 1955, Muka Surat 7

2. Jambatan Gantung  
Perhatikan di gambar 1, 2, dan 8 menunjukkan ada satu jambatan gantung dengan jelas, tetapi untuk apa?. Tak dapat dipastikan sama ada jambatan gantung itu khas untuk kenderaan ringan seperti basikal,beca atau pejalan kaki. Puas juga saya mencari bahan terperinci mengenai jambatan gantung ini tetapi tidak berhasil.Daripada cerita mulut saya dapati dari orang orang yang lebih tua daripada saya menyatakan bahawa ianya satu projek yang gagal dan memalukan penjajah British untuk membina jambatan gantung bagi pejalan kaki yang berulang alik daripada kedua bahagian menyeberangi Bandar Klang.Dulu penjajah British bangga dengan terbinanya Jambatan Belfield sebagai jambatan terbesar di Malaya. Mungkin pihak penjajah British telah mengenal pasti pada rekabentuk jambatan itu yang boleh berayun apabila angin kuat bertiup di tengah sungai dan akan mengancam nyawa manusia yang melaluinya.Kemungkinan kerana kegagalan dan besar malunya penjajah British maka dibuat laluan paip air daripada Klang Utara ke Klang Selatan.

Melihat gambar tersebut menjadikan kenangan nostalgia bagi saya kerana dizaman persekolahan saya dulu kadang kala menaiki kereta api ke High School daripada Padang Jawa ke Klang pernah melihat jambatan gantung ini serta melalui Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon .( akan diceritakan dibawah).

Jambatan Gantung ini runtuh kedalam sungai Klang kerana putus tali pengantungan nya kerana karat. Kalau tak silap saya pada tahun 70an.    

Gambar 8
Sumber photo dari blog Aku Anak Teluk diedit bagi menunjukkan  Jambatan Gantung dan Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon

 Jambatan Gantong Klang 
3. Jambatan Bailey Terapung Atas Pontoon.
Apabila pihak penjajah British kembali semula berkuasa di Malaya selepas Perang Dunia Kedua mereka pening memikirkan bagaimana untuk memberikan keselesaan pada penduduk Bandar Klang melintasi Sungai Klang serta untuk memenuhi kehendak Britian membawa segala hasil yang ada diSelangor melalui Pelabuhan Klang.Jambatan Belfield tidak lagi boleh digunakan rosak teruk akibat dibom dalam masa perang.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut lalu pihak penjajah British telah mengerah tentera membina jambatan dua jambatan terapung jenis bailey yang beri nama Madras Bailey Bridge dan diikuti Sidney Bailey Bridge.
Madras Bailey Bridge boleh menampung kenderaan dengan muatan 12 ton dan Sidney Bailey Bridge boleh menampung kenderaan dengan muatan 20 ton.Kedua jambatan ini mempunyai lorong kenderaan dan lorong pejalan kaki yang berasingan.

Sepanjang perkhidmatan kedua dua jambatan ini selama13 tahun sebelum Jambatan Kota dibina beberapa kejadian negri pernah berlaku mengakibatkan Madras Bailey Bridge putus dan tenggelam tetapi tidak melibat nyawa manusia dan kenderaan yang melintasi jambatan ini.    
Gambar 9
Sumber photo dari blog Aku Anak Teluk menunjukkan kenderaan dan pejalan kaki di Jambatan Bailey Terapung atas Pontoon.
Gambar 10 .Sumber gambar Eiday's Confort Zone menunjukkan laluan pejalan kaki diasingkan dengan lorong kenderaan.
Untuk bacaan sila rujuk :-
-   The Straits Times 14 September 1908 Page 8, Belfield Bridge Saturday"s Opening Ceremony At
     Klang
-   The Straits Times, 6 September 1909, Page 7, Malaya’s Largest Bridge
-   The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 22 May 1929, Page 2, Article 
     on photo After The Opening of Belfield Bridge At Klang.
-   The Straits Times, 29 January 1950, Page 3 Bridge At Klang Sinks In Mud
-   The Straits Times, 24 April 1951, Page 1, Bridge Swept Into River As Bus Races To Safety
-   The Straits Times, 5 October 1951, Page 4 (Article )
-   The Straits Times, 3 November 1951, Page 9 Peril On The River
-   The Singapore Free Press, 30 January 1952, Page 5 Bridge Will Be Repaired
-   The Straits Times, 25 April 1952, Page 2 Malayans Build Bailey Bridge Tambies And Clerk In New
     Role
-   The Straits Times, 23 June 1953, Page 1, Bridge Collapse Four Hurls To Their Death
-   The Straits Times, 11 February 1955, Page 7 Three Held
-   The Straits Times, 24 June 1959, Page 10 Farewell To Madras And Sydney

 4. Jambatan Kota

Jambatan Kota. Sumber Gambar Arkib Negara

Jambatan Kota

 



 Info Jambatan Kota.

Kerajaan telah meluluskan pembinaan Jambatan Kota merentangi Sungai Klang pada 12Mac 1957. Dibina oleh Syarikat British Dormon Long, dengan perbelanjaan kira-kira 7 juta Ringgit, merupakan jambatan terbesar ketika itu dan panjangnya 1500 kaki.

Jambatan itu dibina 2 tingkat dan di bahagian atasnya dibina khas untuk laluan kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta manakala bahagian bawahnya ialah khas untuk beca, basikal dan pejalan kaki.
Jambatan Kota dirasmikan pada 24 Jun 1959 jam 5.15 petang oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah.

Jambatan Kota Klang yang dibina pada bulan Mei 1957 telah ditutup kepada semua jenis kenderaan dibahagian atas jambatan ini 21 Januari 1992. Bahagian bawah untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal masih lagi dibuka hingga hari ini.    

Untuk bacaan selanjutnya rujuk :-
-   The Straits Times 13 June 1959, Page 9, Bridge opening
-   The Straits Times, 22 June 1959, Page 7, Sultan to open new bridge

8 comments:

  1. tahniah amat sangat untuk anda, bkn senang nk buat artikel sebegini, terimakasih

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha yang mulia ini. Teruskan mengumpul kisah dan gambar2 sejarah kita. Usaha yg amat murni. Anak, cucu cicit nanti masih boleh berbangga dengan kisah silam bandar, negeri dan negaranya..

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas sumbangan foto - foto sejarah Klang. Dah lama duduk Klang tapi tak kenal sejarah Klang sepenuhnya. Dulu pernah dengar jambatan gantung daripada penjaja penjaja di seberang sungei Klang, dikatakan dulu tentera Jepun gantung kepala orang ramai atas pucuk pucuk atas jambatan gantung ni, tapi tapak asalnya tidak dikenali ramai terutama generasi muda Klang. Sebaik baiknya MPK patut menganjur hari sejarah Klang.
    Teruskan usaha yang mulia ini.

    ReplyDelete
  4. Kos buat jambatan RM7 juta..tahun skrg pun masih dikira banyak..bayangkan tahun 1957 tu nilainya berapa...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Sdr Idris
    Atas usaha tuan utk share info sebegini

    ReplyDelete