Saturday 26 January 2013

Cemperai - Jenis Pokok Yang Hampir Pupus Di Kampungku

Kebanyakkan orang sekarang tidak kenal apa itu cemperai. Pokok ini makin pupus. Mungkin dikampung aku hanya dikawasan Jalan Berangan sahaja yang boleh didapati beberapa batang pokok cemperai ini. Cemperai, nama latinnya champeria griffithii, adalah sejenis pokok renik yang daun mudanya dijadikan bahan sayuran orang Melayu sejak zaman berzaman lagi.

 Ada juga yang menyebutnya sebagai ciprih atau cimpri. Cemperai merupakan sayuran tradisional yang amat digemari. Pucuk dan daun mudanya boleh dimasak lemak, masak manis atau dimasak mengikut resipi tradisional.
Selain sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang. ( seperti yang saya baca dalam blog di internet). Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang. Sayuran berkhasiat tinggi ini semakin hari semakin dilupakan. Kebanyakan generasi muda tidak lagi mengenali tanaman ini.

Daunnya bujur dan bunga yang berwarna kehijauan. Buahnya berwarna kuning limau dan kemerahan apabila masak.

Adalah diperhatikan pokok cemperai, yang hidup dibawah/naugan pokok besar daunnya berwarna hijau tua berkilat sementara pokok cemperai yang terdedah secara langsung daunnya agak keperangan kurus warna daunnya dan berbentuk panjang atau lonjong.

Cemperai juga boleh dimasak manis (bening) bersama ikan bilis dan sedikit bawang kecil yang dihiris. Selain daripada masak bening enak juga dimasak lemak puth bersama isi keledek manis dan dicampur dengan udang kering.

Di sesetengah tempat cemperai dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa.Kononnya, jika dimakan mentah begitu seseorang itu boleh kekal awet muda!  





2 comments:

  1. Sekarang masih ada benih x pokok cemperai di kg tuan... sy nak benih..ada x

    ReplyDelete
  2. Kat Labuan kami panggil paha-paha atau sekarang orang sebut pepaha

    ReplyDelete