Tuesday 29 June 2021

Allahyarham Hj Nasharuddin Abraham Dalam Kenangan.

 Allahyarham Hj Nasharuddin bin Abraham telah kembali ke rahmatullah pada pagi 29hb Jun 2021      di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.  Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa. 

 Allahyaraham  Hj Nasharuddin bin Abraham pernah tinggal di Padang Jawa di lot tanah Allahyarham Wak Kadis kemudian berpindah ke Kampung Jawa dan ke Taman Seri Sedeli, Taman Seri Andalas Klang  Beliau merupakan menantu Wak Kadis.

AL FATIHAH.

Allahyarham Hj Nasharuddin bin Abraham

Suasana sedih. Anak, Cucu mencium Allahyarham buat kali terakhir.

Doa selesai solat jenazah
"Ya Allah Kau Ampunkan Jenazah Ini, Amin Ya Rabal Alamin."

Tanah Perkuburan Islam di sisi Masjid Kota Raja, Kampong Jawa, Klang.

WHATSAPP TERAKHIR 

Gambar kenangan kami bersama Allahyarham dibeberapa tempat.

Rumah Prof Abdullah di Shah Alam

Hotel Cemerlang, Bandung, Indonesia.


Bukit Frazier, Pahang

Jeti Bot Penambang Sayong - Kuala Kangsar, Perak


       

Ho Chi Min City (Saigon) Veitnam

      
 
Beijing, China

Camang Waterfall, Bentong, Pahang

 
Airport Kuala Namu, Indonesia  

    
Hong Kong Airport Transit ke China

Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor

     

Medan & Brastagi, Indonesia


    
Masjid China Muhammadiah Ipoh

Allahyarham suka dengan kerja kerja amal kebajikan dengan sokongan rakan rakan nya menggumpulkan dana untuk membantu orang yang kurang kemampuan di beberapa tempat di Perak dan Melaka.


  
     
   

Wednesday 23 June 2021

Hasil Getah Di Kampung Ku.

Kebanyakkan penduduk dikampungku mengusahakan tanaman getah secara kecil kecilan sebagai mata pencarian mereka selain daripada hasil dusun buah buahan, kerja kampong, bertukang kayu, mencucuk atap nipah dan mencari hasil sungai seperti ikan serta udang galah. Dimasa umurku belasan tahun jika tidak bersekolah Aku pernah membantu ibu bapa ku membuat kerja kerja menoreh getah, mengumpulkan susu getah, membekukan susu getah dalam takung, meleperkan getah yang telah beku dengan menggunakan tangan atau kaki, kemudian memesin getah tersebut supaya leper, nipis dan cantik. Selesai semua proses tersebut sama ada di jemur kepingan getah tersebut pada matahari ataupun hantar kerumah asap untuk pengeringan.

Di kampungku dulu ada satu rumah asap yang diusahakan oleh Tok Jenal dengan seorang tokey Cina. Penjaga rumah asap tersebut adalah Pak Ali. Ramai penduduk kampong yang menghantar kepingan getah mereka ke rumah asap ini termasuk keluarga Aku. Seingat aku yang seronoknya apabila tiba 4hb setiap bulan kerana menyaksikan hasil kepingan getah yang telah kering itu ditimbang dan dijual pada pengusaha rumah asap tersebut.

   
Menoreh Getah.

   
Membekukan cairan susu getah dalam takungan


Meleperkan cairan susu getah yang telah dibekukan menggunakan tangan atau kaki

                       
Mesin getah rollernya licin, dan yang berbunga.


Proses memesin getah


Hasil kepingan getah pada mesin yang berbunga

                       Mencemur kepingan getah sama ada pada panas matahari atau pada rumah asap, 



Sumber gambar  :-
Warisanpetani.blogspot.com
Bijakbelanja .com
De de.facebook.com
stanlyjoybarnie19910530.blgspot.com
utusanborneo.com.my
dianady.com
mmama2754.blogspot.com
id.wikipedia.org

Tuesday 22 June 2021

Van Sekolah Aku Dulu

 


Inilah Van Di Sekolah aku dulu semasa aku bersekolah dari 1964 -1968. Khidmat van ini daripada zaman 50an hingga &70an. Yang setahu aku pemandunya adalah Wak Ramlan.

Sumber : ms.my.facebook.com