Sumber photo :- delcampe co.uk dan twentieth century impression Of British Malaya. ebook Universiti Cornell UK
Klang Pada 1870an |
Kalau Bandar Klang sebegini Tok Ketua dikampungku fikir Padang Jawa dah wujud ke atau lebih baik dan cantik lagi serta ramai penduduknya macam sekarang?
"Menurut
Muhammad Ibrahim Munshi pada tahun 1872; Rumah di Kelang lebih kurang 400 buah
dengan penduduknya 3,000 orang iaitu orang Melayu, Arab, Inggeris, Cina, India Islam,
Hindu, Benggali dll. Di bandar Kelang ada deretan rumah2 kedai Cina dan Melayu,
simpang, surau, pejabat, penjara, balai polis, rumah sakit semuanya rumah atap
dan selebihnya hutan. Ada jalan2 iaitu China Street (di hujungnya ada stesen
dan jambatan) King street, Beach Street, Market Street, Wharf Street, Chulia
Street, Hospital Street dan Mosque Street dengan lebihkurang 90 buah kereta
lembu. Keperluan makanan adalah dari Melaka."
Adakah disebut Orang Jawa ? Tok Ketua kat kampungku kenalah sebut / tulis bila wong jawa tengah tu datang!!!!!
Kata Tok Ketua dikampungku dalam laman jajahannya beliau berkata kampungku lebih kurang sama umurnya 130 tahun jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja Klang. Orang Jawa Semarang itu menebas, membersihkan segala hutan-hutan dan semak samun kerana apa? (wak jawa itu kerja makan gaji / kontrak!!!! bukan teroka hutan untuk buat kampung.) (Akan diterangkan pada posting akan datang "coming soon"). Pembekal maklumat kepada Tok Ketua kat kampungku tak cerita pasal kerja cari makan kerana informer itu tak tahu siapa majikan wak jawa tersebut. Dasar pihak penjajah British pun tak mahu orang melayu pandai dan tahu banyak perkara, kalau boleh jangan ambil tahu apa yang British buat. Mereka lebih suka dan senang melihat orang melayu duduk dikedai kopi berlagak tukang karut penglipur lara bercerita tanpa ada pautan rujukkan serta bertelagah sesama melayu asalkan jangan libatkan kepentingan British. Tok Ketua dikampungku pula tokok dan tambah lagi cerita, kononnya dari kamus tafsiran jawa "Padang" bererti membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang "Jawa". Informer pun tak bagi tahu pasal orang India ada bekerja dengan British. Sebab itu Tok Ketua kat kampungku tak buka kamus India cari tafsiran "Padang" dan "Jawa" Buka kamus jawa kononnya nak bagi faham pada semua orang dan maka oleh kerana itu, kampung ini telah diberi nama Padang Jawa.
Ketua Kampung dan pemimpin Kampung Padang Jawa dulu dulu pun keturunan orang jawa tapi tak macam Tok Ketua kat kampungku yang ni, konon buka kamus jawa nak tunjuk apa kata kamus . Pemimpin dulu malu nak kata kampung diterokai orang jawa kerana fakta sebenarnya kampung dibuka oleh orang orang melayu yang masih ada baka dan salasilah keturunan serta harta yang diterokainya. Bagaimana pula dengan orang jawa semarang itu tak dengar ada baka pun. Bagaimana keadaan tempat yang ditebas, dibersihkan segala hutan-hutan dan semak samun oleh orang itu diserahkan pada siapa ? Konon cerita kuburnya di hujung kampung nama tempat itu dulu kata orang Pasir Panjang. Itu pun tak pasti kubur yang bernisan 5 kaki panjang dikatakan kubur orang jawa tengah Semarang kerana tak ada siapa boleh mengesahkan kebenarannya melainkan cakap orang itu atau cakap orang ini tapi tak tahu siapa dia orang itu yang bercakap atau orang ini yang cakap. Kamus Inggeris kata "Hearsay". Nak tahu maknanya "cakap cakap orang". Kalau dalam mahkamah tak boleh pakai.
Tapi informer, Tok Ketua kat kampungku dan wong jawa tengah yang bekerja itu tak tahu kebijaksanaan pihak penjajah British telah daftarkan Padang Jawa Rubber Company Limited di London dan sahamnya diapungkan di pasaran saham. Adakah orang jawa tengah itu yang nasihatkan British guna nama Padang Jawa? Tak masuk akalkan!!!!. Tahun berapa didaftarkan, Siapa pemiliknya, kat mana estate tu dan maklumat lebih lanjut Tok Ketua kat kampungku kena lah buat lah homework sikit dalam dapat merekodkan sejarah kampung Padang Jawa sebagai ingatan dan panduan kepada generasi seterusnya. (petikan ayat Tok Ketua kat kampungku dilaman jajahannya) Sebagai "clue" cari diakhbar ini.
- Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1835–1869, 1884–1942)
- Straits Times (1845–2010)
Rumah Orang Melayu Tebing Sungai Klang 1911 |
Apa sebabnya rumah orang melayu (bukan orang jawa) dibina ditebing Sg Klang? Jawapannya dekat dengan sumber air, pengangkutan, sumber rezeki dan tiada jalan highway pada masa itu.Ketika itu hanyalah Sungai Klang menjadi laluan pengangkutan dari satu tempat ketempat lain. Nak jalan kaki boleh kalau pandai rentas hutan belentara.
Wahai Tok Ketua kampungku !!!!! Agak agak wong Jawa Tengah dari Semarang itu macam ini ke? Gambar diatas itu nampak handsome orang Melayu dulu ada keris pulak. Tengok gaya macam handal persilatannya, gagah berani dan kekuatannya sukar ditandingi, tenaganya yang luar biasa boleh bertarung 30 hari 30 malam dengan musuhnya tanpa
berhenti rehat, tak makan, tak minum, tak tidur, tak kencing / berak dan tak sembahyang. Lebih hebat lagi boleh tarik dan turunkan kapal terbang yang sedang terbang.
Kalau orang jawa tak lah macam itu handsomenya, kerisnya dibelakang pula. Tok Ketua kat kampungku berkata dilaman jajahannya bahawa ada seorang jawa tengah yang datang ke kampungku seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat sukar ditandingi, mempunyai tenaga yang amat luar biasa dan pernah bertarung dengan
musuhnya dikawasan stesen keretapi selama tujuh hari tujuh malam tanpa
berhenti rehat dan mampu menarik dan memberhentikan keretapi yang sedang bergerak.(ha ha ha taklah hebat sangat cerita karut tu. Hebat lagi cerita karut marut gua dipara atas)
Gambar dibawah ini pula fesyen sopan dan seksi anak gadis melayu dulu dulu. Ada ke macam orang jawa? Mungkin wong jawa tengah itu nak ngorat gadis kampung agaknya.
Gadis Melayu |
Gadis Melayu Berkemban |
Nak Tanya Tok Ketua kat kampungku ketika wong jawa tengah itu datang ke Padang Jawa naik apa?
Adakah naik sampan menyusuri Sg Klang atau naik kereta api Selangor State Railway atau keretapi Federated Malay States Railways (FMSR) atau Kereta Api Tanah Melayu (KTM sekarang ni KTMB) atau ikut Federal Highway atau lain lain highway?
Nak tanya lagi, Ada kah orang tinggal kat Batu Gajah ?. Hebat orang Padang Jawa ni. Yang ini dah tentu bukan dari kamus jawa. Definasi yang Tok Ketua kat kampungku huraikan dalam laman jajahannya mengenai Batu Gajah seperti berikut " Berasal dari satu kawasan yang mana mengikut cerita dongeng, seekor gajah cuba berenang untuk melintas Sungai Klang. Tetapi di tengah-tengah telah dihalang oleh sejenis mahluk yang dipanggil Sang Kelembai. Sumpahannya itu menyebabkan gajah tersebut menjadi batu dan terletak betul-betul di tengah sungai. Pada suatu masa dahulu, apabila air sungai surut, batu tersebut akan kelihatan dan menjadi kawasan pusaran air."
Nak tanya lagi, Ada kah orang tinggal kat Batu Gajah ?. Hebat orang Padang Jawa ni. Yang ini dah tentu bukan dari kamus jawa. Definasi yang Tok Ketua kat kampungku huraikan dalam laman jajahannya mengenai Batu Gajah seperti berikut " Berasal dari satu kawasan yang mana mengikut cerita dongeng, seekor gajah cuba berenang untuk melintas Sungai Klang. Tetapi di tengah-tengah telah dihalang oleh sejenis mahluk yang dipanggil Sang Kelembai. Sumpahannya itu menyebabkan gajah tersebut menjadi batu dan terletak betul-betul di tengah sungai. Pada suatu masa dahulu, apabila air sungai surut, batu tersebut akan kelihatan dan menjadi kawasan pusaran air."
Apa pula penjajah British Tulis Pada Buku "Twentieth Century Impression Of British Malaya".?
Sumber gambar dan tulisan :- Twentieth Century Impression Of British Malaya. ebook Universiti Cornell UK
Sebelum tengok gambar dibawah dan apa kata dalam buku penjajah,nak tanya Tok Ketua kat kampungku. Adakah ini tempat ( gambar dibawah) yang ditebas, dibersihkan segala hutan-hutan dan semak samun oleh wong jowo dari jawa tengah? Kalau bukan kat mana? Kenalah sebut kat Kulon ke, kat Padang Lalang ke,kat Sungai Rasau ke,kat setesen kereta api ke,atau kat Wetan ke. Tak mungkin kawasan Kampung Berangan dan Teluk Benta kerana kawasan wong melayu.Hebat juga Tok Ketua kat kampungku tulis :- Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan Batu Gajah.
Boleh besarkan gambar dibawah ini.
PADANG JAWA ESTATE
The 0wners og this estate are the New
Padang Jawa Rubber Company LTD. Their property comprises a total area of 839
acres of which 585 are planted with 88640 Para rubber trees. It is situated in
Klang district of Selangor, about two miles distant from Padang Jawa station
and four miles by main trunk road from Klang and contiguous to the Sungei
Renggam estate. It has a railway frontage of a mile and three quarters. The
land is underlating and in places rather hilly. On the higher levels the soil
is very porous and consist of a mixture of yellow loam and sand of great depth,
while the soil on the lower land is a stiff clay. The rubber trees are
remarkable for their growth many measuring seven and the half inches in diameter
( taken 3 feet from the ground) when one year old. The general agents for the
company Mr E.B.Prior, of Golden Hope Estate Klang, the visiting agent, and Mr K
Pfenningwerth is the manger.
Mr. K Pfenningwerth,manager of the
Padang Jawa Estate, Padang Jawa Selangor,came out to the Straits in 1890 to
take up a position as assistant on acoffee estate in Johore. After spending two
years there he accepted an appointment in Pahang under Pahang Corporation Ltd,
which whom he stayed for closed on five years and then took atrip to Ceylon. It
was two years before Mr Pfenningwerth returned
to the Straits. After acting as an assistant on an estate he obtained a post on
the railway. Subsequently he turned to planting again and was placed in charge
of the Padang Jawa Estate.
Ayer Kuning Estate ( Midlang Estate) |
Sungei Renggam Estate |
Bukit Rajah Estate
No comments:
Post a Comment