Thursday 19 April 2012

Indahnya Bumi Mekkah Dan Ziarah Madinah

 Flashback Kenangan Mengerjakan Haji Pada Dis 2007/1428 H. 
Lambaian Kaabah menjadi kenangan keakhir hayat. Setelah selesai solat sunat musafir dan Ihram kami mula meninggalkan rumah di iringi waris yang terdekat menuju ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya.
Niat Haji
Sebelum mendarat diLapangan Terbang Haji Jeddah kira kira jam 3.30 petang waktu Arab Saudi semua jemaah haji KT 82 telah pun berniat untuk mengerjakan haji tammattu' atau pun haji ifrad sebelum kapal terbang ini melintasi miqat Qarnul Manazil.
Setelah sampai diMekah, pada kesokkan harinya Jemaah Haji KT 82 yang mengerjakan Haji Tammattu' akan melakukan tawaf umrah, saie  & bertahalul.
Mengerjakan Haji Tammattu'
Definisi Haji Tamattu’:- Berniat umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun yang sama (8 Zulhijah), jemaah akan berniat haji dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji. 

Rukun Umrah itu ada 5 perkara.                                                Wajib Umrah itu ada 2 perkara
  • Pertama – niat,                                                              1. Niat Ihram di Miqat
  • Kedua – tawaf,                                                               2. Meninggalkan perkara larangan dalam ihram
  • Ketiga – saie, 
  • Keempat – bercukur atau bergunting rambut 
  • Kelima – tertib pada kesemua rukun.
   Sementara menunggu Hari Wukuf kami berusaha memperbanyakkan amalan amalan sunat.

Mengerjakan Haji
                                 Rukun Haji :-                                                            Wajib Haji :-
  • Pertama  - niat,                                                       1. Niat Ihram di Miqat
  • Kedua     - wukuf,                                                    2. Meninggalkan perkara larangan dalam ihram
  • Ketiga     - tawaf haji                                                3. Mabit (bermalam) diMuzdalif
  • Keempat - saie haji                                                  4. Melontar Jamrah Kubra
  • Kelima    - bercukur atau bergunting rambut,             5. Mabit (bermalam) diMina
  • Keenam - Tertib pada kebanyakan rukun                    6. Melontar Ketiga -Tiga Jamrah
DiHari Tarwiah 8 Zulhijjah sebelum berangkat ke Arafah kami bersiap sedia dengan memakai ihram serta berniat haji di hotel penginapan. Pada Hari Arafah setelah tergelincir matahari tengah hari seluruh bumi Arafah senyap sunyi melainkan suara  jemaah haji beribadat kepada Allah dengan bertahmid, bertahlil berzikir memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa. 

  Bermabit di Mudzalifah
 Setelah terbenam matahari pada hari arafah jemaah haji akan bergerak ke Mudzalifah untuk bermabit disana sambil mengutip batu batu kecil bagi melakukan ibadat melontar jamrah. Jemaah Haji akan mula bergerak daripada Mudzalifah ke khemah Mina bermula pada selepas tengah malam.
Pagi 10 Zulhijjah (Hari Nahar) jemaah haji masih dalam ihram telah berada di Khemah Mina, berehat sambil membuat amalan sunat seperti bertalbiah,berdoa, berzikir,membaca alquran dan solat solat sunat, sementara menunggu giliran untuk melakukan melontar dijamrah Kubra. 
 
Melontar di Jamrah Kubra
Jemaah Haji KT 82 setelah mendapat arahan daripada pihak Tabung Haji berkumpul untuk mengerjakan lontaran ke Jamrah Kubra. Kami beramai ramai berjalan kaki tak kurang 3 kilometer jauhnya ketempat melontar dan melakukan lontaran 7 biji anak batu di Jamrah Kubra kemudian berdoa dan melakukan  tahalul.
Setelah melakukan melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra dan bercukur atau bergunting rambut dikepala sekurang kurangnya 3 helai maka terlaksanalah Tahalul Awwal.(Telah melakukan 2 daripada 3 perkara :-i.) melontar dijamrah Kubra. ii.) bercukur atau bergunting rambut  iii.) Tawaf dan saie.  
Selesai bertahalul jemaah haji beramai ramai merakamkan gambar kenangan bersama selebriti pelawak Tn Hj Wahid (Senario).
                             Bermabit di Mina           Melontar di ketiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kebanyakkan Jemaah Haji KT 82 akan bermabit diMina, bermaksud bermalam di Mina lebih daripada separuh malam pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Jemaah haji KT 82 juga akan melakukan wajib haji iaitu melontar diketiga tiga Jamrah iaitu Sughra,Wusta,dan Kubra pada hari hari tasyrik 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Setelah selesai melakukan wajib haji pada hari hari tasyrik itu Jemaah Haji KT 82 akan kembali semula ke Mekah bagi melakukan Tawaf dan Saie Haji  
Kembali semula daripada Mina ke hotel penginapan di Mekah 
 Mengerjakan Tawaf Haji dan Saie Haji
Dengan selesainya melakukan Tawaf dan ibadat Saie bermakna terhasillah  Tahalul Thani kerana telah melakukan tiga perkara :- i.Melontar Jamrah Kubra ii. Bercukur/bergunting iii.Tawaf dan Saie. 

Tertib pada Kebanyakan Rukun
 Tertib pada rukun telah dilakukan mengikut susunannya i. niat ii.wukuf iii.bercukur/bergunting iv. Tawaf dan v. Saie. Sementara menunggu giliran untuk ziarah Madinah kami melakukan umrah sunat, berulang alik kemasjidil haram, tawaf sunat, berzikir, solat sunat dan membaca quran. 
Tawaf Wida'
Kami melakukan tawaf selamat tinggal pada 13 Jan 2008 jam 3 pagi.Dihadapan Kaaba kami berdoa insyaallah akan datang lagi.
Dengan perasaan sedih kami mengucapkan selamat tinggal Mekah Mukaramah dan bye bye Kaaba untuk menuju ke Madinah melawat Rasullullah.

Ziarah Madinah Munawwarrah
Masjid Nabawi
                                    Al Haram Tempat Penginapan         Kubah Hijau Masjid Nabi         
Kawasan Luar dan Dalam Masjid Nabawi
Makam Rasullulah
Raudah
 Perkuburan Baqi'
Bergambar di hadapan Masjid Nabawi

Shopping di Pasar Kuma dan diLadang Kurma
Panorama Masjid masjid di sekitar Madinah
                                    Masjid Quba                                            Masjid Qiblatain
                                    Masjid Al Ghamamah                     Masjid Tujuh
                                              Masjid Abu Bakar                  Masjid Al Jumaah
Bergambar di Masjid Quba
Bukit Uhud
                                                     Makam Syuhada' diBukit Uhud
                                   Bukit Pemanah                               Bergambar diBukit Uhud                       
 Bergambar dengan rakan rakan jemaah haji

Sebelum menuju ke Lapangan Terbang Madinah untuk pulang ketanah air kami mengambil kesempatan melawat Rasullulah untuk mengucapkan Selamat Tinggal insyaallah akan kembali kesini lagi

Di Airport Madinah
Bye bye Madinah Munawarah

1 comment:

  1. Bila tengok gambar2 ni, teringat kenangan bersama walaupun sekejap :)

    ReplyDelete