Tuesday 17 April 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 5 - Perigi Oh Perigi & Bekalan Air Bersih ke Kampung Padang Jawa

Perigi Oh Perigi
Zaman dahulu sehingga pertengahan 60an seluruh penduduk Kampung Padang Jawa menggunakan air bersih dari perigi/kolam. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai perigi/kolam masing masing. Pelbagai jenis perigi/kolam dibina oleh penduduk. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang lebar memanjang dan sebagainya. Kebanyakkan penduduk mengunakan tali diikat pada timba atau tong untuk menceduk air didalam perigi/kolam tersebut Ada juga yang membuat tangga kedalam perigi/kolam bertujuan senang untuk menceduk air atau mandi didalamnya.
  Paras air didalam perigi/kolam  tersebut bergantung kepada musim. Andainya musim hujan paras air perigi akan tinggi, sedikit keruh dan rasanya berbeza. Tetapi jika musim panas berlarutan atau kemarau parasnya akan menurun jauh kedasar perigi. Ketika ini tuan punya perigi/kolam akan membersihkan dalam perigi/kolam  tersebut untuk membuang selut, rumput yang tumbuh dalam air, daun daun ranting kayu dan sebagainya. Sementara air dalam perigi/kolam yang dibersih tersebut menakung air dari mata air dan menjernihkan air dalam perigi/kolam itu tuan punya perigi/kolam akan bergantung pada perigi/kolam jiran jiran.Adakalanya apabila kemarau berlarutan maka usaha lain mendapatkan sumber air perlu dicari. Ini termasuk menggunakan air sungai klang. Masjid Kampung Padang Jawa masa itu (masjid kayu) mempunyai dua kolam besar untuk tujuan bagi jemaah berwudhuk.Ada satu perigi batu (seperti dalam gambar dibawah) di tepi balairaya untuk kegunaan warga kampung dalam tahun 60an .
                                             ( gambar hiasan dari arshadahmad wordpress com)


Bekalan air bersih percuma mula tiba ke Kampung Padang Jawa pada pertengahan 60an. "Stand pipe" yang pertama seperti dalam gambar telah dipasang di tepi jalan  Jalan Padang Jawa ( tempat yang hampir    tepat sekarang ini adalah dikaki jejambat berhampiran Shid Seafood). Kemudian setelah beberapa tahun telah dipasang "stand pipe" ini untuk kemudahan penduduk Kampung Padang Jawa di beberapa tempat seperti dipersimpangan Jalan Mat Raji, di pertengahan Jalan Mat Raji, di Jalan Berangan, di Jalan Tegas, di kiri jalan kereta api berhampiran dengan  rumah Hjh Jamelah Hashim (Mak Teh Milah) dan diTaman Karrupiah.



Stand Pipe di Jalan Tegas
Diperhatikan oleh Bekas MB Selangor













                                                           Stand Pipe diKampung Karupiah

No comments:

Post a Comment