Wednesday 11 April 2012

Mengimbas kembali mengenai kereta api

                                                                  
Gambar Ini Adalah Setesen Kereta Api Tapah Road.
 
Lebih kurang beginilah rupabentuk Setesen Kereta Api Padang Jawa zaman dulu dulu. Jika ada pengunjung blog ini yang masih ada menyimpan gambar mengenai setesen ini sudilah menghubungi saya melalui email di xtenaga@gmail.com. Setesen Padang Jawa mempunyai dua trek kereta api. 

Zaman kanak kanak dipenghujung 50an aku selalu menaiki kereta api mengikuti datuk ku berniaga diKlang. Tempat duduknya diperbuat adalah daripada kayu.Tingkap tempat duduk bukannya cermin tetapi daripada  kayu juga.
Setesen Kereta Api Padang Jawa yang lama banyak meninggalkan kenangan kepada ku. Teringat di akhir tahun 50an dan diawal 60an apabila tiba musim buah manggis diKampung Berangan, kami akan menjualnya disetesen kereta api.Kami akan menunggu kedatangan keretapi jam 11 pagi dan 2.30 petang, kerana didua waktu ini salah satu kereta api dari arah KL ke Klang atau Klang ke KL akan berhenti disetesen ini sebentar kemudian akan mengundur untuk memasuki trek yang satu lagi bagi memberi laluan kepada satu lagi kereta api yang akan datang.  Setesen ini mempunyai dua trek rail.Kami mengambil kesempatan menaiki kereta api yang akan undur sambil menjual buah manggis. Manggis !! manggis !! satu ikat 10 sen 2 ikat lima belas sen.
Sekiranya buah buah manggis tersebut tidak laku pada hari tersebut kami akan simpan dalam semak lalang ( sekarang ini berhambiran dengan rumah Pn Hjh Jamilah bt Hashim (Mak Teh Milah) untuk dijual pada esok hari.. Rakan rakan lain yang sama menjual manggis pada itu yang masih ku ingati adalah Tn Hj Alias Hj Ismail, Jamal Samidin, Selamat Samidin, Mohd Ali Mohd Sidek Allahyarham Mohd Arif Harun, Allahyarham Abd Malek Harun, Allahyarham Mohd Nor Osman dan banyak lagi.

Pada sebelah petangnya biasanya hari sabtu dan Ahad kami akan bermain kuda ranggom disetesen ini. Cara permainannya aku dah agak lupa, tapi yang pastinya siapa yang kalah akan mendukung dibelakang, pemenang permainan dari satu garisan ke satu garisan yang telah ditetapkan.Lain lain mainan yang kami main kan adalah baling kotak rokok atau pun "Konda kandi".        


 Gambar dibawah ini adalah kereta api yang pernah saya lihat melalui Kampung Padang Jawa. Gambar gambar ini diambil dari searail.my malaya. Terima kasih kepada tuanpunya blog tersebut.












                   

No comments:

Post a Comment