Wednesday 18 March 2015

Sejarah Kampung Padang Jawa - Siapa Pinda Fakta Peneroka Kampung Padang Jawa. Mari kita Lihat Kebenarannya

 Sebelum 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor

1 Sejarah
Kampung Padang Jawa adalah sebuah kampung yang terletak di antara 2 Bandar besar iaitu Bandar Klang dan Shah Alam. Jaraknya dari Klang lebih kurang 7 km dan dari Shah Alam 5 km. Kampung ini terbahagi kepada dua pentadbiran daerah iaitu Klang dan Petaling yang mana sempadan diantara kedua daerah terletak dikampung ini. Kampung ini juga boleh dianggap sebagain salah sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang yang mana wujud sejak tahun 1880.


Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa bahawa kampung ini telah wujud kira – kira pada tahun 1880. Dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar telah datang membuka kampung ini. Mereka berasal dari Kuala Langat (Bandar @ Bandau). Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan Kampung Berangan (sekarang dikenali Kawasan Jalan Berangan), Kawasan Telok Benta (Sekarang dikenali sebagai Kawasan Jalan Tegas) dan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sg. Rasah Dalam @ Kulon).

SUMBER: eKlang komuniti. http://www.pdklang.gov.my/kampung.asp?kgID=16&kgIDSub=1   http://hembusan.blogspot.com) 


2.Kampung Padang Jawa

Kampung ini adalah antara kampung tertua yang terdapat didalam daerah Petaling dan telah wujud sejak tahun 1880 lagi. Kawasan ini dibuka oleh dua beradik, iaitu Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar. Tidak dapat dipastikan bagaimana nama 'Padang Jawa' itu diberikan, tetapi dipercayai ada kaitannya dengan masyarakat berketurunan jawa yang secara majoriti mendiami kawasan tersebut.


Sumber _ - Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.(  ( Kitab Tawarikh 2.0 http://harithsidek.blogspot.com)

 Selepas 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor

3.Sejarah Kampung. (Versi Pertama) (Profail Kampung)

Sebagaimana dilain-lain tempat yang mempunyai sejarah silam, kampung ini juga tidak ketinggalan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebenarnya kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu. Lebih kurang sama umurnya jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja Klang. Pada masa lalu kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana nama-nama tersebut telah dilupai oleh generasi masa kini. Diatas usaha Ketua Kampung untuk mencari maklumat, maka sedikit sebanyak telah dapat mencungkil sejarah silam permulaan kampung.
Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan Batu Gajah. Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia bernama Wak Kairan. Allahyarham adalah seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat sukar ditandingi. Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid, Wak Kairan inilah yang mula-mula meneroka kampung ini dengan menebas, membersihkan segala hutan-hutan dan semak samun. Jika dalam kamus jawa, PADANG bererti membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang JAWA. Maka oleh kerana itu, kampung ini telah diberi nama Padang Jawa. Setelah era kemerdekaan, kawasan-kawasan ini dijaga dibawah satu jagaan ketua kampung dengan menggunakan nama Kampung Padang Jawa. Bermula tahun 80an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini terbahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian dikenali sebagai Kampung Padang Jawa Daerah Klang yang diketuai oleh seorang Ketua Kampung dan yang sebahagian lagi dikenali sebagai Kg. Padang Jawa Daerah Petaling dan diketuai oleh seorang Ketua Kampung juga. Sempadanny ialah Jalan Besar Padang Jawa Klang.
 

4. SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) ((Profail Kampung)

Kampong Padang Jawa ini merupakan kampong yg tertua didaerah Kelang dan Petaling dimana ianya telah wujud sejak tahun 1880 lagi, bermakna ia telah berumur lebih satu abad lamanya.Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa bahawa kampong initelah wujud sekitar tahun 1880 lagi.Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka kawasan penempatan,, mereka berdua berasal dari Kuala Langat (Bandar atau Bandau).Pada asalnya kampong ini terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan kg.Berangan
Sumber http://padangjawapetaling.blogspot.co. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling )


Komen Saya. 

1.Membuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa 
 
1.1 Penulis terdahulu di para 1 dan 2 sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008, konsisten dengan siapa yang membuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa adalah Tok Pakar & Tok Tahir.

1.2 Penulis selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 telah ada perubahan tentang siapa yang memnbuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa. Lihat tulisan Sejarah Kampung. (Versi Pertama)padangjawapetaling.blogspot.co. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling ) di para 3 "Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa Tengah Indonesia bernama Wak Kairan." 

1.3. Diblog yang sama pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan "Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka kawasan penempatan" tetapi penceritanya telah bertukar.
 
2.Terdapat perubahan pencerita:-

2.2 Dari sumber:eKlang komuniti sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 di para 1 menyebut :- Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa.

2.3 Petikan tulisan daripada padangjawapetaling.blogspot.com(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling pada Sejarah Kampung (Versi Pertama) selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 menyatakan "Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid"

2.4 Begitu juga daripada blog yang sama dipara 4 pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan "Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa"

3. Setahu saya Iman Masjid Padang Jawa yang pertama adalah  Tn Hj Ahmad. Beliau meninggal pada tahun 1955. Anaknya ialah Tn Hj Mahmud bin Hj Ahmad dilantik menjadi Imam masjid selepas kematian bapanya.

Sudah tentu sibapa akan menceritakan/disampaikan kepada anaknya dengan pengetahuan yang isi terkandung cerita turun temurun.

3.2 Bagaimana penulis baru membuat percangahan daripada sumber pencerita satu keturunan keluarga dengan dua isi kandungan yang berlainan? Lihat isi kandungan percanggahan di antara Sejarah Kampung di Versi 1 dan Versi 2 di padangjawapetaling.blogspot.com.(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling.

No comments:

Post a Comment