Friday 26 July 2013

Malam Tujuh Likor - Antara Budaya, Adat Dan Agama


                                        Sumber : Flickr.Com                     Sumber : Sifumirza.blogspot.com
Sumber : tenganukita.blogspot.com

Malam Tujuh Likur

Gambar gambar tersebut diatas, mengimbas kembali keseronokkan pada malam tujuh likor dizaman kanak kanak dulu. 

Latar Belakang Kampung Padang Jawa Klang.

Ditahun 50an dan 60an Kampung Padang Jawa Klang tidaklah berwajah seperti sekarang. Sebuah kampong tua berumur lebih pada 130 tahun kira kira 5 batu daripada Bandar Klang. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih hanya dinikmati sebahagian penduduk kampong sekitar tahun 1967/1970. Penduduk kampung yang tinggal selepas landasan rel keretapi mendapat bekalan tersebut berperingkat peringkat dari tahun 1974/1975. Taburan penduduk dalam kampung ini didiami tidak lebih dari 100 buah rumah dan kedudukkan antara satu rumah kesatu rumah tidaklah dekat, bergantung kepada keluasan tuan tuan punya tanah.

Bayangkanlah kehidupan seharian warga Kampung Padang Jawa yang tak begitu ramai ketika itu. Tidaklah seperti sekarang. Pada malam hari setiap rumah diterangi dengan lampu pelita atau lampu “carbide”. Yang berkemanpuan mengunakan lampu “gaslin”. Lampu lampu jenis inilah yang menerangi kegiatan dan aktiviti dimasjid  sebaya denganku dengan perasaan girang dan gembira. Tiba 10 malam terakhir Ramadhan, maka rumah masing akan diterangi oleh pelita yang diperbuat dari tin susu, botol, buluh dan sebagainya dinyalakan dari sumbu tali guni atau kain serta mengunakan minyak gas atau kerosene. Maka berubah wajah kampung dengan kerlipan lampu lampu tersebut. Bagi peringkat pemuda dan dewasa kegirangan mereka juga kelihatan. Dengan kudrat dan kekuatan lebih daripada kami yang kanak kanak mereka membuat pintu gerbang dihias dengan pelbagai pelita, Biasanya pintu gerbang ini akan dibuat dijalan menuju kemasjid  kampung.

Beberapa keunikan dulu di Masjid Padang Jawa pada malam 27 Ramadan, Malam Tujuh Likor diadakan Majlis Khatam Quran lebih kurang macam sekarang ini juga tapi dulu pembaca Quran bertadarus tak ada cenderamata / cenderahati. Yang istimewa lepas majlis khatam Quran adalah jamuannya. Walaupun sederhana tapi meriah dengan ambangnya. Kita boleh tahu mana ambang yang sedap dan ambang tersebut siapa yang bawa. 

Main Beduk Lepas Sembahyang Terawih.

Sejurus Pak Imam selesai solat witir maka bergemalah paluan beduk selama beberapa minit diatas menara masjid yang dipukul oleh kumpulan remaja belasan tahun. Ini menandakan solat terawih dah selesai. Beduk juga merupakan satu alat dengan pukulan yang tertentu memberitahu bahawa telah masuk waktu solat.   


Lepas terawih, budak-budak mula bakar mercun katak. Bingit betul bunyinya. Bunyi meriam buluh, meriam tanah tak usah ceritalah. Berdentam-dentum di sana sini. Masa tu masing-masing bersaing siapa punya meriam paling kuat bunyinya. Jangan kata meriam buluh, meriam batang kelapa pun ada.

                                                                   Mercun Papan



No comments:

Post a Comment