Tuesday, 4 December 2012

Sentul - Buah Yang Telah Pupus Di Kampung Ku


Di kampong ku, (Kg Berangan) Jalan Berangan, Padang Jawa Klang dizaman 60an terdapat banyak pokok buah sentul. Tapi sekarang ini pokok pokok tersebut telah pupus kerana pembangunan yang pesat dikampung tersebut.  Ia semakin sukar ditemui dan kebanyakan generasi muda tidak mengenali buah ini. Berikut adalah info dan gambar mengenai sentul yang dapat saya cari dalam internet untuk pengetahuan generasi akan datang.  
Buah sentul merupakan antara buah-buahan yang tergolong dalam golongan buah nadir di Malaysia. Nama sainsnya ialah (Sandoricum koetjape). Buah ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi kuning apabila masak. Kebiasaan buah sentul yang dijumpai di Malaysia adalah bewarna kuning, namun mengikut rujukan, terdapat juga sentul yang bewarna merah yang disebut kecapi Terdapat 2 jenis buah sentul, yang pertama mempunyai kulit yang tebal dan rasanya masam-masam kelat. Jenis yang kedua mempunyai kulit yang nipis dan kurang masam dan tidak berapa kelat.. Bahagian isinya sama sahaja samaada berkulit tebal ataupun berkulit nipis. Isi buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya. Buah ni bukan sahaja isinya boleh dimakan tetapi kulit luarnya juga boleh dimakan. Kenalah dibuang kulit luar dahulu kemudian dihiris dan dicicah dengan sambal kicap. Bau buah sentul wangi dan sememangnya boleh membuka selera. 

Pokok Sentul

Pokok Sentul sedang mengeluarkan buah

Beginilah apabila buah sentul telah masak

Sumber dan Info daripada laman web zulbahrihusin, laman web frim.gov.my dan gambar sentul oleh  Naimah Che Long

2 comments:

  1. Isi sentul rasanya masam2 manis. Zaman budak2 dulu tak reti rasa masam...bantai semacam je

    ReplyDelete
  2. buah ni pon ade kat kampung sy (sungai soi, kuantan). sekarang memang susah dah nk cari buah ni. kalau kat kampung, buah ni boleh buat jeruk pedas tu.sdapnya... ;-)

    ReplyDelete