Thursday, 22 November 2012

Pokok Dan Buah Berembang - Pokok ini Telah Pupus Di Kampung Ku



Pokok Berembang

Bunga dan Buah Berembang
Buah Berembang
 Kunang Kunang atau Kelip kelip

Info Pokok dan Buah Berembang.

Pokok berembang merupakan spesies perintis dan kebiasaannya dijumpai di kawasan-kawasan tebing berlumpur. Spesies pokok ini juga mudah didapati di kawasan sungai serta kawasan yang sentiasa dilimpahi air pasang setiap masa. Spesies ini menjadi tempat kelip-kelip jantan mencari pasangannya. Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam dan menghisap manisan bunga pokok berembang. Dulu zaman saya remaja kadangkala pada malam hari akan terjumpa kelip kelip ini berkeliaran di Kampung Berangan tapi taklah sehebat yang terdapat di Kg Kuantan, Kuala Selangor.
Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Buah mudanya pula boleh dibuat sambal dan dimakan bersama nasi. Buah mudanya berasa lemak-lemak masam. 


Sumber - bakau forestry gov my, wikipedia.org/wiki/Berembang

No comments:

Post a Comment

Post a Comment