Tuesday 9 October 2012

Adik Beradik Ku - Sulaiman Hj Ismail

                                  Zaman PersekolahanSulaiman Hj Ismail.

Sulaiman Hj Ismail mula mendapat pendidikan awal Darjah Satu hingga 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Padang Jawa, Klang mulai 1964 - 1969. Kemudiannya ke sekolah menengah Sultan Abdul Samad,di Bukit Kuda Klang hingga 1974. Beliau menyambung pelajaran di Lower dan Upper Six di Sekolah Aminuddin Baki di Kuala Lumpur.
Gambar ini adalah nostalgia bagi Sulaiman ketika menuntut dalam Tingkatan 6 Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. (Besarkan untuk view yang baik)


Zaman Remajanya DiKampung

    Sulaiman diapit oleh ayahanda Hj Ismail dan Ustaz Abdullah Sani.
Selepas menamatkan sekolah ditingkatan 6 beliau balik kekampung, menunggu peluang belajar atau mencari pekerjaaan. Sulaiman memang minat dan kuat belajar. Minatnya untuk ke universiti tidak kesampaian kerana pada waktu itu kemudahan belajar tidaklah seperti dizaman ini segala kemudahan untuk belajar terbentang luas dan banyak institut, kolej dan IPTA serta IPTS yang wujud seperti cendawan tumbuh.Dulu jika ingin melanjutkan pelajaran ke universiti "you must be the best among the best" serta mempunyai keluarga yang sanggup membiayai kos pengajian.

Di kampung  Sulaiman merupakan remaja yang rajin kemasjid menambah ilmu pengetahuan agamanya di masjid Kampung Padang Jawa,Klang.  
Hobby Sulaiman
Zaman kecil dan remajanya Sulaiman berminat pada sukan main bola dikalangan kawan kawanya yang sebaya dengannya tetapi bukanlah dipadang bola. Ketika itu mana ada gelanggang futsal. Tetapi orang dulu dulu membuat padang permainan mereka sendiri pada kawasan lapang dihadapan rumah dibawah pohon manggis, kundang, rambai dan asam gelugor. Satu lagi permainan mereka adalah yang dipanggil "konda kandi". Orang sekarang memang tak main dan tak tahu permainan ini. Satu lagi minat Sulaiman yang digemarinya adalah membela dan bermain dengan ikan pelaga. Ikan ini sangat cantik bila ada saigan untuk berlaga.Warna biru dan blue black timbul pada badan ikan pelaga jantan seolah olah menunjukkan kehebatannya untuk berlaga. Satu lagi minat Sulaiman adalah dalam bidang pertanian. Sementara menunggu panggilan untuk bekerja Sulaiman rajin mencangkul membuat batas dan memanam ubi kayu.

Alam Pekerjaan
Sulaiman telah mendapat tawaran bekerja dengan Kementerian Pertahanan. (tahunnya agak lupa). Selang beberapa bulan beliau telah diarahkan bertugas di Kota Kinabalu, Sabah.Maka bermulalah satu episod bagi Sulaiman yang terpaksa berjauhan dengan keluarganya disemenanjung

Sulaiman telah bertemu jodoh dengan orang Sabah dan terus menetap di Kota Kinabalu sehingga kini.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Aktiviti Sulaiman memanjat Gunung Kinabalu
 
















Gambar Safiah dan Faiz semasa mereka kecil

 Tiga keping gambar Amar semasa kecil

 Gambar Kembar Shahira dan Shahidah

 Safiah bersama adik kembarnya
 Allahyarham Tn Hj Ismail Hj Hassan bersama Laila

No comments:

Post a Comment