Tuesday, 6 March 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Klang Part 1 - Sekolah Umum Padang Jawa Klang

Saya tidak bersekolah diKampung Padang Jawa. Bapa saya   menghantar saya bersekolah aliran Inggeris di Bandar Klang bertempat di Sekolah Rendah Jalan Meru dari Darjah Satu hingga Darjah Enam mulai 1957  - 1962. Pada masa itu tidak ada lagi Tadika seperti sekarang. Memang payah ketika itu maklum saja orang kampung tak pernah bercakap bahasa Inggeris tiba tiba masuk sekolah kena bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah diwujudkan pada1954 dikenali dengan nama Sekolah Umum Padang Jawa , Klang dengan kelas dari darjah 1 hingga darjah 5. Pelajar pelajar yang naik ke darjah 6, telah ditempatkan di Sekolah Kelang bagi pelajar lelaki dan Sekolah Bukit Istana , Klang untuk pelajar perempuan. Kalau tak silap saya pada tahun 1967 barulah dimulakan darjah 6. Oleh kerana sekolah itu kecil tidak dapat menampung kelas maka Sekolah Agama kampung serta balai raya telah digunakan untuk menempatkan murid darjah 5 dan darjah 6.( Sebab mengapa sekolah agama ditutup pada masa itu tidak diketahui, adakah tiada murid, atau tiada guru atau ketika itu tulisan jawi telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Khir Johari)

 Pada zaman dulu untuk kesekolah menengah mesti lulus peperiksaan darjah 6. Kalau tak lulus kena berhenti sekolah. Begitu juga diperingkat Tingkatan Tiga mesti lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Kalau tak lulus kena berhenti sekolah. Sekolah Menengah saya belajar di High School Klang. Berhenti bersekolah pada tahun 1968 setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE). Rakan sebaya yang lain dalam aliran Inggeris ke sekolah menengah ACS bagi lelaki dan    perempuan ke Convent atau ke MGS Klang. Ada juga ke Sekolah Jublee dan MBS. Rakan rakan aliran Melayu kebanyakkan ke Sekolah Star Klang.


Guru Besar yang pernah memberikan khidmatnya di SK Padang Jawa.

1. En. Kassim b Maamor 1954
2. En Ahmad b Bakir 1955
3. En Ismail 1956
4. En Manap b Husin 1957
5. En Satiman b Sarpan 1958
6. En Ahmad b Shahadan 1960
7. En Lokman b Taseh 1970

Selepas 1970 saya telah mula bekerja dan jarang berada dikampung.
 

No comments:

Post a Comment