Dalam Blog Tok tok ketua kat kampung ku ada menceritakan 2 setesen kereta api, satu dalam kampung dan yang satu lagi berhampiran Jambatan Belly Connaught kat hujung kampung.Mari kita tengok apa yang mereka tulis.
Dari blog Tok Ketua Padang Jawa Petaling menyatakan :-
Stesen Kereta Api.
"Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini
kerana ditengah-tengah kawasan kampung ini menjadi laluan keretapi dari
Kuala Lumpur ke Klang, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Satu stesen
terletak dimana sekarang ini dijadikan kawasan rumah kediaman kakitangan
KTM. Satu lagi stesen, terletak di penghujung kampung berhampiran Jalan
Conought Bridge."
Ini pula tulisan daripada Tok Ketua Padang Jawa Klang :-
Stesen Kereta Api.
"Dizaman era empat puluhan terdapat 2
stesen kereta api dalam kampung ini kerana ditengah-tengah kawasan
kampung ini menjadi laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang,
Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Satu stesen terletak dimana sekarang
ini dijadikan kawasan rumah kediaman kakitangan KTM. Satu lagi stesen,
terletak di penghujung kampung berhampiran Jalan Conought Bridge."
"Stesen Keretapi Padang Jawa.Stesen
perhentian untuk penumpang dan juga sebagai tempat memuat dan memunggah
barang bagi keretapi yang dikenali Keretapi Barang. Pada waktu itu
stesen tersebut amat penting sebagai perhubungan dari bandar ke bandar.
Waktu itu juga hanya keretapi sahajalah sebagai kenderaan pengangkutan
yang paling mudah. Dikendalikan oleh seorang Stesen Master yang tinggal
di kuaters berhampiran."
Stesen Keretapi berhampiran Jambatan Baily Connought Bridge.
"Stesen ini sebagai tempat persimpangan kereta untuk menghala ke Kuala Selangor dan ke-Klang. Pada masa ini jalan keretapi yang menghala ke-Kuala Selangor telah ditutup memandangkan tidak ekonomi dan tidak diperlukan lagi. Juga dijadikan sebagai tempat perhentian penumpang. Kini kawasan tersebut terbiar dan sebahagian kawasan telah diteroka yang mana sekarang ini dikenali sebagai Kawasan Seri Kenangan."
Komen saya. Lihat dan Baca dengan Teliti.
1. Dari tulisan Tok Ketua "Sebenarnya kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu"
2 Petikan tulisan Tok Ketua "Dizaman era empat puluhan terdapat 2 stesen kereta api dalam kampung ini"
Fakta Tok tok Ketua memang tak betul. Semuanya karut dan khayalan!!!!!!!!!!!! Tok tok ketua dan panglimanya dikedua bahagian ini sebenarnya tak tahu sejarah kampung sendiri. Malu Tok ......Kisah Wak Kairan yang Tok tok ketua agungkan hanya berlaku "Dizaman era empat puluhan" sahaja.
Mari kita tengok tulisan tulisan Tok Tok Ketua di kedua dua bahagian Padang Jawa bercakap pasal Wak Kairan. Ini tulisan mereka bukan tulisan orang lain.!!!!!!!!!!!

"Seorang Pendekar yang mempunyai ilmu persilatan yang sangat tinggi serta
gagah berani. Mempunyai tenaga yang amat luar biasa dan pernah
bertarung dengan musuhnya dikawasan stesen keretapi selama tujuh hari
tujuh malam tanpa berhenti rehat.Dari sumber yang diperolehi,beliau mampu menarik dan memberhentikan keretapi yang sedang bergerak."
3. Nampak benar Tok Tok Ketua kat kampungku dan panglima panglimanya tak tahu sejarah kampung sendiri. Sedar tak Tok Tok Ketua dan panglimanya kat kampungku bahawa Setesen Keretapi Bukit Kuda telah di tutup lama pada 1890.Dah tak berfungsi lagi. Zaman itu Datuk, Emak dan Bapak kita belum lahir lagi. Saya hanya sempat melihat tapak setesen tersebut diera 50an. Yang anehnya Tok Tok Ketua tulis "Dizaman era empat puluhan" Tak mengaku lagi saya katakan semuanya karut dan khayalan!!!!!!!!!!!!.
4. Para Pembaca blog ini dan warga Padang Jawa kena faham kenapa saya menyatakan tulisan Tok Tok Ketua dan para panglimanya adalah karut dan khayalan semata mata kerana terdapat banyak percanggahan yang mereka sendiri tulis. Untuk lebih memahami akan setesen keretapi ini rujuk tulisan saya diblog ini "Bukti Wujudnya Setesen Keretapi Padang Jawa, Peranan Dan Fungsinya" 12 Mac 2015, "Postmark - Peranan & Fungsi Setesen Keretapi Padang Jawa" 12 Mac 2015 dan "Setesen Keretapi Bukit Kuda" 12 Mac 2012

Tok Tok Ketua dan Panglima Panglimanyakat kampuingku bolehlah baca info dibawah ini.
________________________________________________________________________
Setesen Keretapi Bukit Kuda, Jambatan Connaught, Dan Setesen Keretapi Padang Jawa.
1. Setesen Keretapi Bukit Kuda,
Perkhidmatan keretapi diantara Setesen Kuala Lumpur hingga Stesen Bukit Kuda bermula pada 15 September1886
Setesen Keretapi Bukit Kuda ditutup 4 tahun kemudian pada 1890 kerana terbinanya Jambatan Connaught juga pada tahun yang sama..
Setesen Keretapi Bukit Kuda ditutup 4 tahun kemudian pada 1890 kerana terbinanya Jambatan Connaught juga pada tahun yang sama..
Perasmian Setesen Keretapi Bukit Kuda
Jambatan Connaught adalah jambatan
keretapi pertama yang merentasi Sungai Klang.Ianya siap dibina oleh
Selangor Goverment Railway pada 1890 bagi memboleh perkhidmatan
keretapi Kuala Lumpur - Klang.. Beberapa bulan kemudian barulah ada
perkhidmatan Kuala Lumpur terus ke Port Swettenham.
2. Jambatan Keretapi Connaught.
Apakah makna Jambatan Connaught.
.Diberi nama Jambatan Connaught ini sempena orang yang melakukan perasmiannya oleh Duke Of Connaught pada tahun 1890.
"The Bridge was named after the Duke of Connaught who first declared I opened in 1890. It was the first railway bridge over the Klang River on the branch line connecting Kuala Lumpur with Port Swettenham." - The Straits Time
Ini adalah gambar Jambatan Connaught.
Jambatan ini telah bom dan runtuh oleh tentera British dalam Perang Dunia Kedua.
"The Bridge which spans the Klang Riverwas
blown up by British Forces early in January 1942." The Straits Times.
"Three hundreds Japanese surrenderd personnel are still working as mechanics and fitters at the Connaught Bridge depot of the Malayan Railways. They live in a camp at Bevelac Estate."
3. Jambatan Bailey Conaught.
Gambar udara diambil pada buku cenderamata pembukaan Setesen Jambatan Connaught zaman 50an Dulu bapaku ada satu naskah buku ini tapi telah dimakan anai anai.
Foto ini hakmilik National Library Board, Singapore,.Tujuan hanya memberikan pengetahuan kepada warga Padang Jawa dan para pembaca blog ini
Kerja kerja pembinaan Jambatan Keretapi Connaught yang baru setelah dibom dalam Perang Dunia 2 siap pada tahun 1946. Dikatakan 300 orang tawanan tentera Jepun turut bekerja untuk menyiapkan jambatan ini
"Three hundreds Japanese surrenderd personnel are still working as mechanics and fitters at the Connaught Bridge depot of the Malayan Railways. They live in a camp at Bevelac Estate."
"The Governor of the Malayan Union Sir Edward Gent will officially reopen
Connaught Bride at Klang July 1946." - The Straits Times
Jambatan ini sekali lagi telah dirobohkan dan dibina yang baru untuk pembangunan moden Komuter Train pada 1995
3. Jambatan Bailey Conaught.
Aku tiada pengetahuan tarikh asal jambatan ini di bina samada sebelum Perang Kedua atau pun lebih awal daripadanya. Samaada kena bon ataupun tidak. Setakat yang di ketahui ianya dibina oleh 130 Malays of Malaya Engineer Squadron, Royal Engineers dalam jangkamasa 48 jam 2 September1952.
"Klang 480 foot Connaught Bridge being launch on Saturday.It was
contructed in 48 hours by 130 Malays of Malaya Engineer Squadron, Royal
Engineers". - The Straits Times
Dibawah ini ditunjukkan gambar Jambatan Keretapi Connaught dan Jambatan Bailey Connaught yang sempat aku cari.
Satu lagi permandangan Jambatan Keretapi dan Jambatan Bailey Connaught pada tahun 70an. Gambar ini diambil semasa kontraktor membuat kerja untuk Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught. Ketika itu aku masih remaja dan bekerja diLLN Setesen tersebut.
4. Setesen Keretapi Padang Jawa.
Untuk memahami Setesen Padang Jawa sila ke entri bertajuk Bukti Wujudnya Setesen Keretapi Padang Jawa, Peranan Dan Fungsinya" 12 Mac 2015,
Rujukan
The Straits Times 6 July 1946
The Straits Time 30 April 1947.
The Straits Time 2 September 1952
The Straits Time 2 September 1952
Salam Sejahtera.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan saudara, dahulu memang ada landasan keretapi dari Stesen Simpang Jambatan Cannought menuju ke Kuala Selangor. Boleh rujuk Peta KTM Tahun 1925 atau tanya kepada kakitangan KTMB Klang.