Seronok bila mendengar lagu lama nyanyian Rokiah Wandah
Rokiah
Wan Dah atau Rokiah Wanda merupakan seorang penyanyi dan juga
pelakon Melayu sekitar 1940an dan 12950an yang sering mendendangkan lagu lagu
di radio Malaya. .Beliau dilahirkan di Jalan Abdul Rahman, Muar Johor.. Nama
sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. Wanda adalah nama timangan bagi
suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui
pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama
disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi,
yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah
bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil.
Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang,
Melaka dan beberapa negeri lain di Malaya Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah
Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka,
dan Seri Rani Opera, di Singapura
Noraniza Idris dalam wajah baru lagu
Bulan ditutup Awan yang dipopularkan oleh Rokiah Wandah
No comments:
Post a Comment