Sebelum 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor
1 Sejarah
Kampung Padang 
Jawa adalah sebuah kampung yang terletak di antara 2 Bandar besar iaitu 
Bandar Klang dan Shah Alam. Jaraknya dari Klang lebih kurang 7 km dan 
dari Shah Alam 5 km. Kampung ini terbahagi kepada dua pentadbiran daerah
 iaitu Klang dan Petaling yang mana sempadan diantara kedua daerah 
terletak dikampung ini. Kampung ini juga boleh dianggap sebagain salah 
sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang yang mana wujud sejak 
tahun 1880.
Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, 
dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa bahawa 
kampung ini telah wujud kira – kira pada tahun 1880. Dua orang adik 
beradik yang dikenali dengan nama Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar telah 
datang  membuka kampung ini. Mereka berasal dari Kuala Langat (Bandar @ 
Bandau). Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan 
iaitu kawasan Kampung Berangan (sekarang dikenali Kawasan Jalan 
Berangan), Kawasan Telok Benta (Sekarang dikenali sebagai Kawasan Jalan 
Tegas) dan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sg. Rasah Dalam @ 
Kulon).
SUMBER: eKlang komuniti. http://www.pdklang.gov.my/kampung.asp?kgID=16&kgIDSub=1   http://hembusan.blogspot.com) 
.JPG) 2.Kampung Padang Jawa
2.Kampung Padang Jawa
Kampung ini adalah antara kampung tertua yang terdapat didalam daerah 
Petaling dan telah wujud sejak tahun 1880 lagi. Kawasan ini dibuka oleh 
dua beradik, iaitu Tok Mohd Tahir dan Tok Pakar. Tidak dapat dipastikan 
bagaimana nama 'Padang Jawa' itu diberikan, tetapi dipercayai ada 
kaitannya dengan masyarakat berketurunan jawa yang secara majoriti 
mendiami kawasan tersebut.
Sumber _ - Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.(  ( Kitab Tawarikh 2.0 http://harithsidek.blogspot.com)
 Selepas 2008 - Pertukaran Pentabiran Kerajaan Negeri Selangor
3.Sejarah Kampung. (Versi Pertama) (Profail Kampung)
Sebagaimana dilain-lain tempat yang mempunyai sejarah silam, kampung ini
 juga tidak ketinggalan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebenarnya
 kampung ini telah wujud lebih daripada 130 tahun yang lalu. Lebih 
kurang sama umurnya jika dibandingkan dengan wujudnya Bandar Diraja 
Klang. Pada masa lalu kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian 
yang mana nama-nama tersebut telah dilupai oleh generasi masa kini. 
Diatas usaha Ketua Kampung untuk mencari maklumat, maka sedikit sebanyak
 telah dapat mencungkil sejarah silam permulaan kampung.
Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, terdiri daripada 
Padang Jawa, Padang Lalang, Sungai Rasau, Kg. Berangan, Teluk Benta dan 
Batu Gajah. Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa 
Tengah Indonesia bernama Wak Kairan. Allahyarham adalah seorang pendekar
 yang terkenal dengan ilmu persilatan, gagah berani dan kekuatannya amat
 sukar ditandingi. Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita 
Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid, Wak Kairan inilah yang 
mula-mula meneroka kampung ini dengan menebas, membersihkan segala 
hutan-hutan dan semak samun. Jika dalam kamus jawa, PADANG bererti 
membersih atau menerangkan kawasan dan telah dilakukan oleh seorang 
JAWA. Maka oleh kerana itu, kampung ini telah diberi nama Padang Jawa. 
Setelah era kemerdekaan, kawasan-kawasan ini dijaga dibawah satu jagaan 
ketua kampung dengan menggunakan nama Kampung Padang Jawa. Bermula tahun
 80an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini 
terbahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian dikenali sebagai Kampung Padang 
Jawa Daerah Klang yang diketuai oleh seorang Ketua Kampung dan yang 
sebahagian lagi dikenali sebagai Kg. Padang Jawa Daerah Petaling dan 
diketuai oleh seorang Ketua Kampung juga. Sempadanny ialah Jalan Besar 
Padang Jawa Klang. 
4. SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) ((Profail Kampung)
Kampong
 Padang Jawa ini merupakan kampong yg tertua didaerah Kelang dan 
Petaling dimana ianya telah wujud sejak tahun 1880 lagi, bermakna ia 
telah berumur lebih satu abad lamanya.Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji
 Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa 
bahawa kampong initelah wujud sekitar tahun 1880 lagi.Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka 
kawasan penempatan,, mereka berdua berasal dari Kuala Langat (Bandar 
atau Bandau).Pada asalnya kampong ini terbahagi kepada beberapa kawasan 
iaitu kawasan kg.Berangan 
Sumber http://padangjawapetaling.blogspot.co
. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling )
Komen Saya. 
1.Membuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa 
  
1.1
 Penulis terdahulu di para 1 dan 2 sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri
 Selangor 2008, konsisten dengan siapa yang membuka/dibuka/teroka 
Kampung Padang Jawa adalah Tok Pakar & Tok Tahir.
1.2 Penulis selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 telah ada perubahan tentang siapa yang memnbuka/dibuka/teroka Kampung Padang Jawa. Lihat tulisan Sejarah Kampung. (Versi Pertama)padangjawapetaling.blogspot.co. ( Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling ) di para 3 "Mula diteroka oleh seorang Jawa yang berasal dari Jawa 
Tengah Indonesia bernama Wak Kairan." 
1.3. Diblog yang sama pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan
 "Menurut beliau dua orang adik beradik yang dikenali dengan nama Tok 
Mat Tahir dan Tok Pakar telah datang untuk membuka 
kawasan penempatan" tetapi penceritanya telah bertukar.
  
2.Terdapat perubahan pencerita:-
2.2 Dari sumber:eKlang komuniti sebelum Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 di para 1 menyebut :- Menyingkap kembali sejarah kelahiran kampung ini, 
dari pencerita Tuan Hj Ahmad bekas imam Masjid Padang Jawa.
2.3 Petikan tulisan daripada padangjawapetaling.blogspot.com(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling pada Sejarah Kampung (Versi Pertama) selepas Pertukaran Pentadbiran Negeri Selangor 2008 menyatakan "Dari sumber yang diperolehi dari cerita-cerita 
Allhyarham Hj. Mahmud bekas imam masjid"
2.4 Begitu juga daripada blog yang sama dipara 4 pada SEJARAH KAMPUNG PADANG JAWA PETALING (Versi kedua) menyatakan "Menyingkap kembali kewujudan kampong ini yang diceritakan oleh Tuan Haji
 Mahmud bin haji Ahmad yang merupakan bekas Imam Masjid Padang Jawa" 
3. Setahu saya Iman Masjid Padang Jawa yang pertama adalah  Tn Hj Ahmad. Beliau meninggal pada tahun 1955. Anaknya ialah Tn Hj Mahmud bin Hj Ahmad dilantik menjadi Imam masjid selepas kematian bapanya.
Sudah tentu sibapa akan menceritakan/disampaikan kepada anaknya dengan pengetahuan yang isi terkandung cerita turun temurun.
3.2 Bagaimana
 penulis baru membuat percangahan daripada sumber pencerita satu keturunan keluarga dengan dua
 isi kandungan yang berlainan? Lihat isi kandungan percanggahan di 
antara Sejarah Kampung di Versi 1 dan Versi 2 di padangjawapetaling.blogspot.com.(Blog Rasmi JKKK Padang Jawa Petaling.