Kami berlapan orang (Hj Nasaruddin Abraham,Hj Ramli,Wak
Alias, Azizan, Jaafar Sabudin, Aziz Kamsah, Razali dan saya) berlepas dengan
Air Asia dari LCCT ke Medan pada jam 8.20 pagi 11 Disember 2013. Sejurus sampai
di Kuala Namu International Airport kami
menaiki coaster van terus ke Bandar Medan untuk breakfast dan makan tengah hari
sebelum memulakan perjalanan 3 jam ke Brastagi. Dari Airport Kuala Namu ke Medan lebih kurang satu jam lima belas minit.
Sepanjang perjalanan ke Brastagi permandangan menghijau flora dan fauna yang menarik dan perkampungan Orang Batak Karo yang mendiami kawasan pergunungan. Makin tinggi kenderaan kami mendaki mula terasa kedinginan cuaca ditambah dengan hujan yang turun dibeberapa tempat.
Apabila hampir dengan destinasi kami, Brastagi kelihatan kebun sayur sama ada ditanah rata ataupun dilereng gunung.
Di Brastagi kami menginap di Green Garden Hotel yang mempunyai fasiliti yang selesa.
Makan Malam memang licin pada setiap hidangan yang disediakan. Ada satu jenis lauk kami order lagi, mungkin lapar sewaktu berada di tanah tinggi. Tak mahal cuma 40,000 rupiah. Lebih kurang RM 12. Breakfast dihotel ini sedap juga. Pagi ada disediakan Mihun Goreng. Memang sedap.
Pekena Teh Tarik dan Milo di warung tepi jalan Pekan Brastagi.Yang ni kurang best tak boleh dapat rasa seperti di Malaysia.
Satu yang menarik bagi kami adalah ditempat ini. Dihadapan Hotel Green Garden tempat kami menginap.Warung Wajik Dan Pecal. Tempat yang bersih dan kuih yang menarik (lihat gambar dibawah)
Bukit Gundaling
Aktiviti di Bukit Gundaling adalah berkuda dan menaiki kereta kuda, melihat keindahan alam, shopping dan dari atas bukit ini kami dapat melihat gunung berapi yang aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Gunung Sinabung ini baru saja meletup dan kami difahamkan keadaan belum stabil akan berlaku letupan dan gempa bila bila waktu.
Sekitar Bukit Gundaling.
Gunung Berapi Sibayak. Saya mengambil gambar membelakangkan gunung tersebut. Jarak kami di Bukit Gundaling ini dengan kedua gunung berapi lebih kurang 21 kilometer.
Gunung Sinabung Meletup Pada 23 November 2013
Kami tiba di Brastagi 20 hari selepas Gunung Sinabung meletup. Gunung Sinabung terletak diKabupaten Karo, Sumatera Utara, meletup sebanyak lapan kali sejak Sabtu (23/11/2013) sampai Ahad (24/11/2013)
Letupan pertama berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 9.26 malam Waktu Indonesia Barat. Gegaran dan letusan gunung tersebut dapat didengar pada jarak 8 kilometer dari Gunung
Sinabung. Letupan kedua, terjadi pada hari yang sama kira kira jam 9.38 malam. Letupan ketiga terjadi sekitar jam 10.02 malam. Letupan keempat terjadi sekitar pukul 11.15 malam selama kira kira 67
minit.
Letupan kelima berlaku pada pagi Ahad kira kira jam
00.45 tengah malam selama 10 minit. Letupan keenam, berlaku pada pagi Ahad kira kira jam 02.32 pagi. Letupan ketujuh, terjadi pada hari
yang sama kira kira jam 07.35. Letupan yang terakhir, berlaku kira kira jam 08.55 pagi, selama 9 minit.
Debu letupan gunung berapi itu mejulang tinggi mencapai 3000 meter kelangit.Selang beberapa hari debu ini telah sampai ke Kota Medan menyebabkan kota ini menjadi putih kerana debu tesebut.
Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, meletus lagi dan menimbulkan gempa vulkanik pada Sabtu (30/11/2013) sekitar jam 2 petang.
Cowboy Melayu
Hj Ramli atas kereta kuda, Jaafar pula sedang mengambil gambar manakala Wak Alias nak naik kereta kuda
Pelbagai buah buahan seperti limau, manggis dan pisang kaki begitu juga pokok bunga yang berwarna warni.
Gerai Pakaian.
Gerai Pakaian.
Dua gambar dibandar Brastagi.
Kota Medan
Kota Medan dengan traffic jam sama dengan kota kota dinegara lain.
Hotel Danau Toba
Istana Maimon adalah istanakebesaran Kesultanan Deli dengan warna kuningnya (kuning merupakan warna kerajaan Melayu) dan khas gaya
seni bina Melayu di pesisir timur. Ia merupakan salah satu mercu tanda yang
terkenal di Medan, ibu kota Sumatera Utara, Indonesia.
Di sisi kanan luar Istana Maimun
terdapat sebuag bangunan kecil. Didalamnya tersimpan sebuah meriam puntung
dengan lagenda penjelmaan putri yang cantik.
Legenda Meriam Puntung adalah penjelmaan dari adik Putri Hijau dari Kerajaan Deli Tua bernama Mambang Khayali yang cantik jelita. Dia berubah menjadi meriam dalam mempertahankan istana dari serbuan Raja Aceh kerana pinangannya ditolak oleh Putri Hijau.
Akibat laras meriam tersebut yang terlalu panas kerana tembakan terus menerus, maka akhirnya meriam tersebut pecah menjadi dua bahagian. Menurut cerita dongeng ujung meriam tersebut jatuh di Kampung Sukanalu, Kecamatan Barus Jahe, Tanah Karo. Bahagian yang satu lagi disimpan dalam bangunan kecil seperti disebut di atas
Kereta Kuda Istana Maimon
Kami merasai pelbagai jenis masakan Kota Medan serta suasana kedai atau restaurant atau rumah makan diKota Medan
Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun merupakan sebuah
masjid yang terletak di Medan,
Indonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan selesai pada tahun 1909.
Pada awal pendiriannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya
arsitekturnya khas Timur Tengah, India dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi lapan
dan memiliki sayap di bagian selatan, timur, utara dan barat.
Menara
Air Tirtanadi merupakan salah satu ikon kota Medan, Sumatera Utara. Menara air
ini dulunya milik pemerintahan kolonial Belanda pada tahun 1905. Fungsinya
untuk menbekalkan air bersih untuk warga Kota Medan.
Siap sedia untuk pulang ke Malaysia
No comments:
Post a Comment