Akhbar Melayu Pertama - Jawi Peranakan 1888
Jawi Peranakan adalah merupakan surat khabar Melayu yang
pertama diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Surat khabar ini dicetak
di Singapura dan mengandungi artikel mengenai Negeri-Negeri Selat,
Johor, Selangor, Kedah dan juga Brunei serta Labuan, termasuk juga
berita-berita ringkas mengenai hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar
negeri terutama di Jawa, Sumatera dan kepulauan-kepulauan yang
berdekatan. Jawi Peranakan merupakan surat khabar yang tertua
dalam kumpulan surat khabar di Arkib Negara. Keluarannya yang terawal
sekali yang ada dalam simpanan Arkib Negara ialah pada tahun 1888.
No comments:
Post a Comment