Unit Bergerak dan Wayang Gambar Jabatan
Penerangan Malaysia
“Wayang pacak merupakan pertunjukan wayang
yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga
1970-an di Semenanjung Malaysia. Ianya adalah tayangan gambar
dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu
tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada
penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak.”
Jabatan menjadi terkenal dengan unit-unit bergeraknya yang boleh didapati di seluruh negara. Fungsi Unit Bergerak telah digariskan di dalam surat rasmi arahan Jabatan bertarikh 20 Mei 1946 (Department Instruction No. 2). Tugas-tugas Unit Bergerak adalah seperti berikut ;
- Memberi penerangan dan nasihat yang sebenar kepada orang ramai.
- Membina perhubungan baik di antara orang ramai dan kerajaan serta berkerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan.
- Menjalin hubungan baik di antara orang ramai dan Unit-unit Bergerak Jabatan.
- Mendapatkan maklum balas dari orang ramai kepada kerajaan.
- Menyediakan laporan tentang hubungan mereka dengan orang ramai.
Wayang gambar adalah aktiviti Jabatan
yang amat popular pada masa dahulu. Di setiap negeri terdapat Unit-unit
Bergerak yang dilengkapi dengan projector 16 mm. State Public Relations Officer
dan anggota jabatan amat popular di negeri masing-masing kerana merekalah yang
sering menjelajah ke seluruh negeri bersama Unit-unit Bergerak untuk memberi
ceramah dan mengadakan pertunjukan wayang gambar. Unit-unit ini menjelajah ke
segenap tempat untuk mengadakan pertunjukan wayang gambar yang biasanya
diadakan di tempat-tempat orang ramai berkumpul terutama di padang-padang
sekolah.
Sumber Laman Web Rasmi Jabatan
Penerangan Malaysia,
Kakitangan Jabatan Penerangan Menjalankan Tugas Mereka Untuk Negara
Sumber foto daripada Internet.
Projector Tayangan Gambar
Sumber gambar daripada internet dan blog nassuryibrahim
DEKAD
60-an dan 70-an dulu, tayangan gambar 'wayang pacak' Jabatan Penerangan (ketika
itu dikenali Jabatan Perhubungan Raya) menjadi satu medium utama kerajaan untuk
menyampaikan maklumat sambil berhibur secara langsung kepada rakyat khususnya
di kampung. Zaman
tu tak ada TV dan Internet di kampung-kampung. Yang ada, cuma radio.
Jabatan
Penerangan hanya menggunakan peralatan yang agak simple seperti
janakuasa, kain layar bertiang besi yang diperbuat daripada kain putih,
projektor dan filem 16mm pada era tersebut. Bagaimanapun, perlatan-peralatan
itu mungkin yang terbaik dan paling sesuai pada zamannya.
"Wayang
Pacak" mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kampung-kampung pada
era tahun 60an dan 70an. Penduduk kampong tidak memanggilnya "Wayang
Pacak", tetapi mereka memanggilnya sebagai "Wayang Penerangan".
DiKampung
Padang Jawa pertunjukkan tayangan wayang pacak ini diadakan di persimpangan
Jalan Padang. Lokasi yang tepat sekarang ini adalah dihadapan pintu masuk Dewan
Orang Ramai Padang Jawa. Kakitangan Jabatan Penerangan akan tiba kira jam 6
petang dan akan membuat persiapan menaikkan kain layar dan bertiangkan 2 batang
besi. Generator akan ditarik jauh sedikit daripada Van Jabatan Penerangan
kerana tidak mahu bunyi bising generator itu menganggu peti suara. Selesai saja kerja kerja persiapan untuk tayangan malam nanti lagu patriotik akan dimainkan.
Menjelang
malam yang pastinya warga kampong akan keluar
menuju ketempat pertunjukkan sambil menjenjeng tikar mengkuang atau kertas
surat khabar sebab tak disediakan kerusi. Kalau tak bawa tikar atau
kertas surat khabar, alamat duduk atas rumput atau tanah atau atas jalan raya,
kalau basah habis punggung. Seronok duduk ramai-ramai atas tikar / kertas surat
khabar sambil mendongak melihat layar putih yang terpampang di hadapan mata,
serta menjamu selera dengan kekacang dan air minuman yang dibawa daripada rumah
atau pun dibeli di Kedai Wak Lurah Jenal atau Kedai Pak Abu.
Pada
kebiasanya Pegawai Penerangan memulakan tayangan wayang gambar diantara jam 7.30
– 8.00 malam. Tayangan itu dimulakan dengan filem-filem pendek atau trailer,
kemudian diikuti pula oleh filem-filem dokumentari dan seterusnya
filem-filem berbentuk cerita. Lampu
dinyalakan dan tayangan dihentikan seketika semasa tayangan filem yang terakhir
(biasanya filem berbentuk cerita) bagi membolehkan Pegawai Penerangan
menyampaikan ceramah pendek. Inilah masanya orang-orang kampung mendengar
khabar dari kerajaan mengenai polisi,
dan usaha-usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, penyelesaian masaalah
rakyat dan lain-lain. Selepas
ceramah baharulah filem terakhir disambung semula sehingga selesai.
Kebanyakan
filem yang ditayangkan adalah filem hitam putih terbitan Filem Negara yang
berbentuk dokumentari dan filem-filen berbentuk cerita seperti Kebanyakan filem
yang ditayangkan bukannya setakat untuk hiburan semata-mata, tetapi mengandungi
mesej-mesej tertentu yang bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Penduduk
kampung amat terhibur menonton tayangan wayang gambar Jabatan Penerangan kerana
mereka tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapat hiburan dan maklumat
yang sahih.
.
Semasa
mengadakan tayangan wayang gambar, Pegawai Penerangan juga biasanya membawa
buah tangan yang mengandungi pelbagai maklumat seperti risalah, buku kecil,
poster dan sebagainya untuk diedarkan kepada orang ramai.
Aku
masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan
menayangkan kisah mengenai tanam semula getah, ada juga mengenai seruan
menyertai pasukan tentera yang segak, menggunakan senjata kisah ni memang
banyak mengajar kita bahawa komunis memang kejam dan terima kasih kepada
pasukan keselamatan yang mertarung nyawa untuk keamanan negara kita.
Lecehnya
adalah tengah babak-babak yang best best dan suspens, masa tulah tayangan tergendala.
Ada saja alasan. Masaalah projectorlah, filem putus lah, dan ada lagi beberapa alasan.
Ketika Operator Wayang Gambar memperbaiki kerosakkan teknikal, kena dengar kejap
ceramah Pegawai Penerangan daripada Jabatan Penerangan.
Penonton
berasa seronok apabila tayangan filem terutama filem hindustan seperti Bobby,
Heeti Mere Sathi di samping filem arahan dan lakonan Seniman Agung Tan Sri P
Ramlee serta drama Dayang Suhana terbitan Filem Negara Malaysia (FNM).
Namun kata orang, 'langit tidak selalu
cerah', dengan tiba-tiba hujan ribut turun. Kasihan Pegawai Penerangan
bersama-sama Operator Wayang Gambar bermandikan hujan terpaksa berhempas pulas
mengemaskan layar putih dan menyimpan tiang besi yang agak berat. Apa lagi
generator yang memberikan kuasa elektrik terpaksa dijinjing agak jauh untuk
disimpan di dalam van. Jika keadaan ini berlaku maka “frustlah” orang kampong kerana
“show” terpaksa dibatalkan. Entah bila akan datang lagi.
Zaman itu jika nak dibandingkan populariti
diantara pegawai pegawai kerajaan, rasanya Pegawai Penerangan dan Operator
Wayang Gambar lebih dikenali oleh orang kampong berbanding sesetengah pegawai
kerajaan yang lain.
Kita semua tgk wayang ni kat padang bola kita tu....sekarang dah jadi sekolah...nostalgia betul!!
ReplyDeleteKalau nak suasana mcm tu blh buat permohonan di pejabat penerangan berhampiran....skg tidak lg di panggil wayang pacak, skg dipangil layar bestari
ReplyDelete