Dulu dikampungku banyak bertaburan pokok jambu bol tapi kini pokok pokok tersebut telah pupus. Untuk pengetahuan bacalah info yang dirujuk pada wikipedia serta daripada bloggers yang lain.
Jambu
bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah adalah tumbuhan dari
famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Pokok
jambu bol mempunyai batang yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25
meter tinggi. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal berukuran 30 cm panjang
dan selalunya ada bintil-bintil . Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna
merah ungu dan cantik. Putik buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan
menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak. Rasa buah jambu bol sangat
masam semasa muda dan bertukar masam manis apabila masak. Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit.. Buah
ini sedap sama ada dicecah kicap bergula, garam atau sambal belacan. Ia juga
boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus. Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman.
Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan
Bunga buah Jambu Bol
Setelah berbunga buah jambu bol akan mengeluarkan putik
Buah Jambu Bol mula nak masak
Buah Jambu Bol Yang Dah Masak
Sumber :- Wikipedia, blog kamus besar,blog plantamor
sedapnya..saya pernah rasa buah ni.sedap sangat. last saya makan masa umur 10 thun (1996). lepas tu saya dah tak jumpa lagi buah ni..teringin la bila tengok haji post gmbar buah ni. ;-)
ReplyDeletesalam. nak tanya kt mne nk dpt buah jam,bu bol ni? isteri saya mengidam sgt buah jambu bol ni.. sgt memerlukan . pape bole email kt saya x helmikamarul94@gmail.com
ReplyDelete