Ibu saya Hjh Kamsiah bt Mahmud pernah bercerita
kisahnya kesekolah pada tahun 1930an. Era itu hanya 5 orang kanak kanak
perempuan pertama daripada Kampung Padang Jawa yang bersekolah diSekolah Pengkalan
Batu Klang (lokasi Belakang Masjid India) Klang. Sekolah tersebut dijadikan
sekolah murid murid perempuan sahaja menakala murid murid lelaki bersekolah di Sekolah Mekayu Laki Laki Klang. Pada
masa itu amat jarang anak perempuan khususnya orang melayu menghantar anak anak
mereka untuk bersekolah. Mereka akan berulang alik menaiki kereta api daripada
Setesen Padang Jawa hingga ke Setesen Klang dan berjalan kaki ke sekolah.
Zaman
30an Kampung Padang Jawa ketika itu adalah kampung yang terpencil daripada
bandar Klang. Suasana kampung bukannya macam sekarang. Penduduknya pula
tidaklah seramai seperti sekarang ini. Diantara mereka kanak kanak perempuan
yang bersekolah itu adalah :-
1. Allahyarhamah Hajjah Shamsiah bt Hj Hassan
2. Allahyarhamah Hajjah Zainah bt Hj Hassan
3. Allahyarhamah Salbiah bt Mahmud
4. Puan Hajjah Kamsiah bt Mahmud
5. Puan Hajjah Jamilah bt Ali Hashim
Allahyarhamah Hjh Shamsiah Hj Hassan Allahyarhamah Hjh Zainah Hj Hassan
Hjh Kamsiah Mahmud Hjh Jamilah Ali Hashim.
Setakat hari ini rencana ini ditulis kedua mereka masih hidup.
Gambar Salbiah Mahmud masih tak dapat saya cari lagi
Ada juga gossip gossip orang kampong yang menyatakan apalah guna anak perempuan disekolahkan. Bila kahwin nanti kan akan mengikut suami mereka.

No comments:
Post a Comment