Dulu Kampung Berangan kini Jalan Berangan memang banyak pokok manggis dan buah buahan yang lain. Kini boleh dikatakan hampir tiada lagi pokok manggis kerana pembangunan.Kalau adapun sebatang dua yang sudah tidak berbuah lebih kurang 20 tahun. Untuk menambahkan pengetahuan bacalah yang tertulis dibawah :-
Pokok Manggis
Buah Manggis Yang Dah Cukup Masak
Info Buah Manggis.
Indeks 1 :
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.
Indeks 2
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.
Indeks 2
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah apabila dipotong
masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit.
Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima.
Indeks 3
Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah. Kandungan
lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah
dipisahkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk
dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini
adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah.
Indeks 4
Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang
jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada
kulit. Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran
Indeks 5
Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik pada peringkat
ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi
lateks. Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini.
Indeks 6
Kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik pada peringkat ini
sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan. Isi
dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi.
Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada peringkat ini adalah terlalu masak.
Sumber info
dan gambar wikipedia.org/Manggis, pokok-manggis.blogspot
No comments:
Post a Comment