Thursday, 11 October 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Klang Part 12 - Kenyataan En Safie b Alwi Cucu Tok Tahir Bahawa Wak Kairan Bukan Peneroka Awal Kg Padang Jawa, dan Tewas Kehebatan Persilatannya Kerana Racun Ilmu Kebatinan ditangan Tengku Mahmud


                                                Foto terkini En Safie b Alwi 10hb  Oktober 2012
Pada 10hb Oktober 2012 lalu saya sempat singgah ke rumah En Safie b Alwi ( nama panggilan nya Pak Uteh Pie) di Jalan Berangan 2 untuk bertemu dengan beliau dan bertanyakan khabar. En Safie Alwi seangkatan dengan Tn Imam Hj Mahmud Hj Ahmad berumur lebih 90 tahun merupakan generasi ketiga dan cucu kepada Tok Tahir  salah seorang peneroka awal Kampung Padang Jawa. Beliau kini uzur tidak nampak penglihatan kerana berpenyakit mata. Pergerakkan nya hanya diatas kerusi roda. Walau pun matanya tidak nampak tetapi pendengaran nya amat jelas dan ingatannya masih tajam.

Pada pertemuan itu saya bertanyakan mengenai beberapa perkara keturunan generasi Tok Tahir, Tok Pakar dan Hj Sulaiman termasuk kisah sejarah Kampung Padang Jawa Klang. Saya sempat menanyakan "Siapa Wak Kairan" yang mana generasi sekarang termasuk Ketua Kampung Padang Jawa Klang yang ada sekarang Sdra Saian Asmari dan lain lain blog mengatakan Wak Kairan lah yang membuka Kampung Padang Jawa Klang.

En Safie Alwi tersenyum sinis mendengar cerita Wak Kairan itu. Kemudian beliau menyambung ceritanya, Wak Kairan kan orang jawa. Mengikut cerita diperolehi daripada ibunya Allahyarhamah Zawiyah atau nama pangilannya Singah, dulu mana ada orang jawa, yang ada adalah orang rawa yang kebanyakkannya daripada Kg Jawa Klang. Orang orang jawa ini datang macam datuk kamu (saya) Hj Hassan disekitar awal kurun 1900. Lalu saya mencelah dan bertanya adakah kedatangan orang orang jawa ini selepasnya tamatnya Perang Klang yang timbul daripada persengketaan anak anak raja.Beliau hanya anggukkan kepalanya.

Menyambung ceritanya dengan menyatakan Wak Kairan atau Sakiran membuat rumah  berhampiran dengan parit yang digalinya diberi nama Parit Wak Kairan, dulu dalam kawasan Kampung Berangan Saya bertanyakan agak agak dimana tempat yang betul kedudukkan rumah itu. Katanya macam mana aku nak katakan dan tunjukkan, keadan mata aku yang dah tak nampak tapi rumahnya hampir dengan parit itu 

Katanya lagi Wak Kairan itu handal orangnya. Lalu saya bertanya kepadanya menurut blog di JKKK Padang Jawa Petaling dan JKKK Padang Jawa Klang, kehandalan Wak Kairan boleh menarik dan memberhentikan keretapi. En Safie Alwi menjawab tidaklah sehebat itu, tapi Wak Kairan tewas terkena racun ilmu kebatinan oleh Tengku Mahmud Orang Besar daripada Klang kerana Wak Kairan berhutang  180 Ringgit. Mengikut cerita yang disampaikan oleh ibunya pada satu hari ketika Tengku Mahmud menaiki keretapi dari Klang menuju ke Kuala Lumpur telah berjumpa dengan Wak Kairan yang menaiki keretapi tersebut dari Setesen Padang Jawa. Dalam gerabak keretapi itu mereka bersalaman. Dari situlah Tengku Mahmud telah mengalirkan racun ilmu kebatinannya melalui berjabat tangan ke tubuh Wak Kairan.

Wak Kairan dikatakan menderita hingga membawa maut kerana keracunan dari kehebatan ilmu kebatinan Tengku Mahmud. Jenazah Wak Kairan telah dikebumikan di Pasir Panjang dihujung Kampung Padang Jawa menghala ke Shah Alam.

Sebelum saya beredar daripada rumah Pak Uteh Pie beliau sempat menyatakan kepada saya jika ada orang berminat nak tengok nisan yang lebih besar daripada nisan Wak Kairan pergilah ke tanah Hj Salleh Kg Jawa menghala ke Juntion kerana dimasa mudanya En Safie Alwi pernah menoreh getah di kebun tersebut. Dalam fikiran saya mungkin tempat yang disebutkan sekarang ini mungkin lagi jauh daripada rumah Tn Hj Rashid Karim.Mungkin tempat ini adalah penempatan yang dikenali dulu Kampong Lubuk Kerbau yang pernah saya dengar tetapi tiada asas asas yang tepat untuk menjadi bahan penulisan.
_________________________________________________________________________________

Untuk Bro. Saian Asmari Ketua Kampong Padang Jawa Klang gua petik dua paragraph lu punya mukkadimah dan ulasan penutup di profail kampung.

"Saya selaku Ketua Kampung Padang Jawa yang menyandang  jawatan bermula dari bulan September Tahun 2008 ingin berkongsi, bersama dengan  para pembaca khasnya kepada generasi akan datang supaya mengetahui sedikit sebanyak latar belakang tentang sejarah yang berkaitan dengan Kg. Padang Jawa Klang agar ianya tidak luput dari ingatan dan seterusnya catitan ini akan menjadi satu catitan sejarah yang tidak mudah dilupakan. Mudah-mudahan dengan penerangan ini kelak akan menjadi satu kenangan dan ilmu pengetahuan kepada semua. Insha Allah"

 Begitulah serba ringkas penerangan yang dapat saya berikan dalam merekodkan sejarah kampung Padang Jawa. Ini sebagai ingatan dan panduan kepada  generasi seterusnya. Saya sebagai manusia biasa, dan bukannya dari pakar sejarah, maklumat yang saya berikan tidaklah terlalu tepat. Mungkin banyak kekurangan atau kesilapan. Hanya Allah sahaja yang Maha Melihat dan Mengetahui.

Gua bagi lu info  seperti gua cerita diatas mengenai dengan En Safie b Alwi. Kalu lu tak pecaya cerita gua itu lu tanya itu orang. Lu kan Kampung Ketua.  Kampung Berangan dalam lu punya jajahan. Itu olang masih hidup lagi tapi sudah uzur. Ini lu punya reference olang sudah mati. Tanyalah sama olang yang masih hidup. Tapi gua pecaya lu tatak kinal ini olan.

Bro. Saian Asmari. Jika anda benar benar jujur iklas dengan setiap perkataan yang anda tulis (seperti yang saya bold kan ) maka barulah " Hanya Allah sahaja yang Maha Melihat dan Mengetahui."  Jika anda menulis hanya untuk penyedap bahasa , buangkan saja perkataan perkataan dalam paragraf itu  kerana anda ingin berkongsi ilmu tetapi tak mahu menerima pandangan orang lain, tidak menghormati usaha usaha orang, tidak mencatit maklumat yang tepat untuk ilmu pengetahuan supaya ianya tidak menjadi perusak kepada generasi akan datang. Anda mengakui maklumat anda tidak tepat tapi tak mahu repair. Anda tulis mungkin banyak kekurangan dan kesilapan tapi tak berusaha nak perbanyakkan kelebihan dan memperbetulkan kesilapan.

No comments:

Post a Comment