- Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung/pembaca blog ini yang beragama Islam. Selamat Hari Raya Korban.
Friday, 26 October 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Monday, 15 October 2012
Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa di Selangor
"Bro bro pro jawa, warga Kampung Padang Jawa yang tulis
profail kampung, selepas membaca rencana ini sila emel kepada saya yang
berhijrah itu adakah pendekar yang handal atau pencari pekerjaan atau pencari pelajaran."
profail kampung, selepas membaca rencana ini sila emel kepada saya yang
berhijrah itu adakah pendekar yang handal atau pencari pekerjaan atau pencari pelajaran."
Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa di Selangor
Oleh : Harith Faruqi Sidek
Hubungan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa telah bermula sejak kurun ke-14 lagi, sepertimana diceritakan dalam naskah lama "Sejarah Melayu" dan "Hikayat Hang Tuah". Sebagai contoh pertembungandiantara Taming Sari dengan pahlawan lagenda melayu, Hang Tuah. Catatan oleh Tom Pires turut menyatakan bahawa telah ada perkampungan orang jawa dizaman Kesultanan Melayu Melaka, catatan beliau antara lain ada menyebut nama-nama penempatan seperti Kampung Jawa dan Parit Jawa. Menurut Noriah Mohamed (2001:13), Pulau Jawa merupakan 7% daripada keseluruhan kepulauan Indonesia dengan kepadatan penduduk sekitar 60 juta orang, dan dipercayai proses migrasi orang jawa ke Tanah Melayu telah bermula sejak 1870an lagi.
Merantau atau Minggat
Menurut Khazin Mohd. Tamrin (1978), penghijrahan orang Jawa
ke Tanah Melayu adalah melalui dua keadaan, iaitu;
Merantau : Orang Jawa merantau ke Tanah Melayu atas banyak
sebab,antaranya untuk memperbaiki taraf hidup, sama ada dengan bekerja
dengan pedagang asing yang berlayar diantara kawasan di Nusantara atau
berniaga sendiri. Tidak kurang juga orang Jawa yang merantau ke Tanah Melayu
atas tujuan mempelajari ilmu atau mengembangkan ilmu.
Minggat : Faktor ini ialah atas sebab melarikan diri dari
sesuatu perkara yang berlaku keatas diri mereka sewaktu di tanah leluhur mereka.
Antara faktor yang boleh disabitkan ialah atas sebab persengketaan politik,
jenayah atau isu kekeluargaan.
Terdapat juga orang jawa yang datang ke Tanah Melayu secara paksa,iaitu diculik oleh sindiket pedagangan manusia yang menyediakan bekalan buruhkepada pedagang yang berlabuh di Tanah Melayu. Diceritakan orang jawa yang menjadi mangsa penculikan ini akan dibawa ke Singapura untuk dijadikan buruh. Terdapat juga kes dimana orang-orang jawa yang mahu mengerjakan haji telah ditipu oleh para sendiket ini, mereka tidak dihantar ke tanah suci untuk mengerjakan haji,sebaliknya dijual kepada peladang-peladang di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.(Khazin Mohd. Tamrin ,1978:710).
Namun ada juga faktor lain yang membawa orang jawa berhijrah
ke Tanah Melayu seperti mana yang disebut oleh Nelmawarni dan Nordin (2011),
Penghijrahan orang jawa dari kepulauan Nusantara adalah kerana mencari
pekerjaan, antara jenis pekerjaan yang dilakukan ialah buruh kontrak, buruh
bebas atau sebagai peneroka tanah. Malah ada juga dikalangan orang jawa di Tanah
Melayu yang berhijrah secara tidak dirancang, contohnya mereka yang singgah di
Pulau Pinang dan Singapura sewaktu dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah, ada diantara
mereka ini tidak meneruskan perjalanan atau pelayaran ke Mekah, sebaliknya
berubah fikiran lalu menetap terus di Tanah Melayu, dan ada juga yang tinggal
terus di Tanah Melayu selepas pulang dari mengerjakan Haji.
Jika dibandingkan dengan orang Minangkabau yang turut sama
berhijrah ke Tanah Melayu, Orang jawa dilihat lebih cenderung bekerja dengan
kerajaan, sementara orang Miangkabau lebih suka berniaga, malah budaya “makan
gaji” adalah tidak digalakkan / disukai oleh orang Minangkabau yang merantau. Namun
orang Jawa yang bekerja sebagai buruh ini telah menyebabkan populasi mereka
tersebar ke seluruh jajahan koloni inggeris dan Belanda, dari Tanah Melayu,
Afrika Selatan (dibawa oleh Belanda) malah hingga ke kepulauan Carribean.
Penghijrahan orang jawa di Selangor
Pada sekitar tahun1890an, masyarakat melayu yang menetap di
Kuala Lumpur adalah terdiri daripada pedagang daripada Sumatera dan Jawa
(Gullick, 1993:34). Di daerah Klang, telah dikesan aktiviti perdagangan yang
diketuai oleh pedagang jawa yang diketuaioleh Syeikh Mohd Taib (MISC 183/80
Kuala Lumpur). Pada tahun 1930an, kebanyakkan peniaga melayu yang berniaga di
kawasan Batu Road, Melaka Streetdan Malay Street adalah terdiri daripada orang
Jawa dari Sumatera. Masyarakat jawa di Selangor kebanyakkannya memilih
penempatan di kawasan pertanian, mereka memilih cara hidup dengan bercucuk tanam
dan berkebun. (Noriah Mohamed,2001:223)
Faktor perkembangan pesat industri pelombongan bijih timah di
kawasan lembah Sungai Kelang juga telah menarik penghijrahan ramai orang jawa ke
daerah ini. Berbanding dengan orang cina dari tanah besar, orang jawa ini
menjalankan kegiatan melombong bijih timah secara kecil kecilan di kawasan
pendalaman.(Khazin, 1978:73).
Menurut Noriah Mohamed(2001:147), kawasan yang dikesan
mempunyai penduduk berketurunan jawa yang ramai di Selangor ialah
1. Tanjung Karang
1. Tanjung Karang
2. Tanjung Karang
3. Sabak Bernam
4. Kuala Selangor
5.Kelang
8.Banting ( Kuala Langat)
9.Sepang
3. Sabak Bernam
4. Kuala Selangor
5.Kelang
8.Banting ( Kuala Langat)
9.Sepang
Membuka penempatan di Daerah Klang
Dalam laporan Pegawai Daerah Klang sewaktu melawat Teluk
Menegun dan Kampung Jawa dalam tahun 1890, beliau ada mencatatkan penemuannya
tentang kawasan penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Hasil temuramah dengan
beberapa orang penduduk lama serta waris kepada peneroka kawasan yang asal,
Khazin Mohd Tamrin( 1978: 77) telah menemui maklumat tentang asal usul pembukaan
beberapa kawasan penempatan di Klang.
a) Kampung Jawa
Meskipun kebanyakkan penempatan di Negeri Selangor dibuka oleh orang Bugis yang merantau, tetapi terdapat juga bukti penempatan yang dibuka oleh orang Jawa yang berhijrah ke Selangor, terutamanya di Klang. Menurut Khazin (1978:73), Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1860an, antara nama yang disebut sebagai pelopor pembukaan kawasan ini ialah Haji Hussein dan Haji Mohammad Tahir yang berasal dari BatuBara, Sumatera. Kawasan ini dikatakan telah dibuka sekitar tahun 1875 oleh Haji Latiff yang dikatakan berasal dari Semarang.( Khazin, 1978: 73).
a) Bukit kapar.
Kawasan ini dikatakan telah dibuka dalam tahun 1920an lagi,
ianya diketuai oleh Abdul wahid b. Ahmad.
b) Meru.
Meru telah dibuka oleh Haji Shariff bin Haji Abdul Razak
sekitar tahun 1909. Maklumat ini disampaikan oleh anak beliau yang menjadi Ketua
Kampung dalam satu temuramah pada 21 April 1974.
c) Kampung Rantau Panjang
Kawasan penempatan ini telah dibuka oleh Haji Siraj bersama
sahabatnya Haji Hassan pada tahun 1919.
d) Kampung Sungai Jati
Kawasan Sungai Jati di Jalan Kampung Jawa telah dibuka oleh
Haji Sidek dan Haji Mohd Damin.
Penempatan Orang Jawa di Ulu Langat
Di kawasan Ulu Langat juga telah dikesan mempunyai penempatan
yang dibuka oleh orang Jawa. Sebuah kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung
Jawa telah dibuka sekitar tahun 1916 oleh sekumpulan orang Jawa yang dibawa
masuk oleh Inggeris. Kumpulan orang Jawa ini pada asalnya bekerja sebagai buruh
kontrak di Ladang Kopi di sekitar Pantai Selangor (Khazin, 1978:78). Walau
bagaimanapun, tidak dapat dapat dipastikan sama ada penempatan yang dimaksudkan
itu adalah sebuah perkampungan kecil yang dibuka oleh orang jawa sekitar tahun
1920, perkampungan ini terletak di Batu18, Jalan Sungai Lui.
Membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor
Menurut Khazin Mohd Tamrin(1978:78), perancangan kerajaan
British telah menyumbang kepada penghijrahan orang Jawa ke Daerah Kuala
Selangor. Penghijrahan ke kawasan seperti Tanjung Karang dan Sabak Bernam adalah
disebabkan oleh aktiviti pertanian seperti padi dan kelapa yang mereka usahakan.
Penghijrahan yang berlaku sekitar tahun 1930an ini bukan sahaja melibatkan orang
jawa yang datang dari Pulau Jawa, tetapi juga mereka yang telah menetap di
kawasan berhampiran, umpamanya dari Hilir Perak. Walaubagaimanpun, sebelum
adanya penghijrahan besar-besaran ini, sebilangan kecil orang jawa telah pun ada
di Sabak Bernam.Generasi pertama orang Jawa di Sabak Bernam ini menyara hidup
sebagai pekebun kecil dan dipercayai mula berada dikawasan tersebut 20 tahun
lebih awal, iaitu sekitar 1910.(Khazin Mohd Tamrin,1978:79).
Kampung Api-api dalam Daerah Kuala Selangor dikatakan telah
dibuka oleh orang jawa yang berasal dari Banyumas, kumpulan orang-orang jawa ini
diketuai oleh Tuan Haji Abdul Moin.Penerokaan mereka sehingga wujudnya Kampung
Api-api adalah berdasarkan geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan British
yang bertarikh 1901, tetapi anggaran tahun kampung ini dibuka adalah berdasarkan
usia pokok kelapa yang ditanam oleh orang-orang jawa dikawasan itu yang
dianggarkan telah mencapai usia 30 tahun pada ketika itu.
Anak Tuan Haji Abdul Moin, iaitu Tuan Haji Idris Haji Moin
bersama sahabatnya, Salamenko pula bertanggungjawab meneroka kawasan Pasir
Tuntong. Salamenko kemudiannya telah berhijrah keluar dari kawasan Pasir
Tuntong, lalu membuka penempatan di Sungai Yu. Seterusnya kawasan-kawasan lain
turut dibuka oleh generasi orang jawa yang seterusnya,seperti penempatan di
Kampung Ijok, Bukit Badong dan Bukit Kuching. Kumpulan orang-orang jawa yang
membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor ini dikatakan berasal dari Daerah
Pacitan, Magelang dan Ponorogo. Pada tahun 1945, kampung Batang Berjuntai telah
dibuka oleh seorang berketurunan jawa yang bernama Jemain bin Kasok, namun pada
ketika itu, kawasan itu lebih dikenali sebagai kampong Jaya Setia atau Batang
Trill.
Membuka Penempatandi Daerah Kuala Langat
Antara kawasan yang dilihat menjadi tumpuan penghijrahan
orang jawa di Selangor adalah di Daerah Kuala Langat. Dibawah pemerintahan British,
perolehan atau penerokaan tanah harus dilakukan dengan rasmi, iaitu dengan
mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Inggeris.Meskipun mendapat persaingan
daripada penduduk tempatan dalam memperolehi hak penerokaan kawasan di Daerah
Kuala Langat, British dikatakan cenderung memberi permit atau kebenaran kepada
orang-orang Jawa berbanding orang tempatan, malah dari kacamata British,
orang-orang jawa yang berhijrah ini disifatkan sebagai “The Best Colonist”.
Merujuk kepada Khazin Mohd Tamrin (1978:76), sehingga 1888, beberapa buah
penempatan di Daerah Kuala Langat ini telah dibuka oleh orang jawa, antaranya
Kelanang yang dibuka oleh Haji Kiai Kadir dan Tanjung Dua oleh Encik Sadik.
Khatimah
Meskipun telah berada di daratan yang baru, orang jawa yang
berhijrah ke Tanah Melayu ini dilihat masih setia membawa bersama adat dan budaya
leluhur mereka, amalan seperti rewang, kondangan dan sebagainya masih jelas
diamalkan di kebanyakkan penempatan yang mereka buka. Selain daripada itu,
kaedah pemilihan ketua bagi sesebuah penempatan mempunyai kelainan diantara satu
kawasan dengan kawasan yang lain,contohnya di beberapa penempatan di Klang,
seseorang pemimpin kampung atau lurah
dipilih dari kalangan mereka yang mula-mula membuka penempatan tersebut. Satu
lagi kaedah memilih lurah adalah
melantik mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berbanding kebanyakkan orang
didalam penempatan tersebut, biasanya ilmu agama dan ilmu yang berkaitan dengan
kemahiran hidup.
Rujukan :
Khazin Mohd. Tamrin.(1978). Orang Jawa di Selangor Kedatangan
dan Penempatan.Jebat (7/8), 68 - 85.
Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan danPenempatan 1880 – 1940.
Kuala Lumpur: DBP. (Kat D 595.2 .J4.K45 n.5)
Koleksi Cerita Rakyat : Daerah Kuala Selangor. (2006). Selangor: Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
(UPEN).
Nelmawarni Bungo & Nordin Hussin. (2011).Merantau ke
Kuala Lumpur: Tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang. Geografia,7,
116 - 131.
Noriah Mohamed. (2001). Jawa Di Balik Tabir. Bangi:
Penerbit UKM. ( 42 PL 5161.N67 n.5)
Omar Yusoff & Noriah Mohamed.(2010). Daripada Jawi
Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau
Pinang pada Abad ke-21. SARI, 28 (2), 63 - 82.
Kejatuhan dan kebangkitan Klang
Sumber dari scribd.com uploaded by:AkourSemmily
"Bro bro pro Jawa warga Kampung Padang Jawa yang tulis profail kampung elok baca rencana ini untuk refresh minda anda. Lihatlah betapa bijaknya penjajah British menggunakan kesempatan untuk menguasai dan membolot ekonomi Tanah Melayu. British juga tak import pendekar hebat atau handal dari kalangan orang Cina, India dan Indonesia." Sila lah baca.
1. KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN KLANG, 1867-1900
"Bro bro pro Jawa warga Kampung Padang Jawa yang tulis profail kampung elok baca rencana ini untuk refresh minda anda. Lihatlah betapa bijaknya penjajah British menggunakan kesempatan untuk menguasai dan membolot ekonomi Tanah Melayu. British juga tak import pendekar hebat atau handal dari kalangan orang Cina, India dan Indonesia." Sila lah baca.
1. KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN KLANG, 1867-1900
ABSTRAK
Artikel ini bertajuk Kejatuhan dan
Kebangkitan Klang, 1867-1900´membincangkan tentang pentadbiran, politik serta
sistem social dalam proses pembangunan Klang. Artikel ini diambil daripada Jurnal of Malaysia
Branch Asian Sociatic yang ditulis oleh J.M. Gullick.
Secara keseluruhannya, pelbagai kemajuan dan perubahan yang berlaku diKlang
terutamanya semasa penjajahan British. Hal ini, pihak British berusaha menguasai ekonomi yang
terdapat di Klang terutamanya dalam
eksport bijih timah. Perang saudara yang berlaku memberi peluang yang lebih luas kepada British untuk menduduki Klang melalui Tunku Kudin. Perubahan demi perubahan telah dibawa oleh British semasa
menjajah Klang. Terdapat kesan baik dan buruk kepada penduduk pada masa
ini.
1.0. PENGENALAN
Artikel telah ditulis oleh J.M. Gullick ini membincangkan tentang Sejarah
Klang yang mana
ia merangkumi
aspek sejarah
penempatan, pembangunan, pelabuhan, ekonomi yang dijalankan diKlang dan lain-lain. Pelbagai aspek
yang diketengahkan dalam artikel ini yang mana memberi satu gambaran mengenai latar
kehidupan masyarakat di Klang pada abad ke-19. Klang pada masa tersebut telah mengalami konflik perebutan kuasa pusat pentadbirannya. Seterusnya, perkara ini telah membawa
kepada Perang Klang. Melalui perang saudara inilah pihak British mula menjajah
Tanah Melayu secara langsung. Tambahan pula, pembangunan ekonomi yang radikal
telah mengubah keadaan1 dan suasana kehidupan masyarakat pada masa
ini. Kawasn zon pantai dengan tanah yang rata telah menarik golongan
Imigran untuk datang ke Tanah Melayu seperti golongan Jawa yang menjalankan pertanian.
2.0.
BENTUK MUKA BUMI
Sejarah penempatan awal di Klang adalah
sama dengan sifatnya dengan penempatan melayu dikawasan-kawasan lain. Mereka
memulakan penempatan mereka di tepi-tepi sungai.2. Klang merupakan Bandar yang
kaya dengan bijih timah dan berdasarkan artikel ini, Klang ditadbir secara
rasmi oleh Raja Abdullah dan bagi menggantikan Raja Suleiman yang mangkat
padatahun 1853. Selain itu, Klang telah diserahkan oleh Sultan Muhammad kepada
Raja Abdullah sejak tahun 1849 lagi. Hal ini juga sebagai membalas jasa Raja
Abdullah iaitu menantu kepada Sultan Muhammad yang telah melangsaikan hutang
Sultan Muhammad.3
Raja Mahdi (anak Raja Suleiman) tidak berpuas hati dan berusaha
merebut semula Klang yang sepatutnya diwarisi olehnya. Berlaku peperangan
antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah. Raja Mahdi berjaya merampas semula Klang
dan memerintah Klang selama dua tahun sebelum menghadapi tentangan daripada
Raja Ismail dan Raja Hasan
( anak Raja Abdullah). Raja Abdullah telah membawa
banyak kemajuan semasa Klang dibawah pentadbirannya. Buktinya, ketibaan
Raja Abdullah di satu kawasan sungai yang dikenali Kuala Lumpur telah menukar kawasan ini daripada
sebuah perkampungan yang kecil kepada sebuah Bandar yang menjadi pelbagai
pusat perniagaan yang berpunca daripada bijih timah.4. Namun, sebenarnya Raja
Abdullah telah menggunakan segala kesempatan yang dimiliki untuk mendapatkan
keuntungan semaksimum mungkin.5. Hal ini menunjukkan Beliau
turut mengutamakan kepentingan untuk diri sendiri.
2.1.
PEMULIHAN DAN
KEMEROSOTAN SELEPAS
PERANG
Keadaan politik yang tidak stabil memaksa
ramai penduduk Klang terpaksa berpindah ke
tempat lain. Perang Klang yang berlaku
menyebabkan Sultan Abdul Samad melantik Tunku Kudin sebagai wakil mutlaknya
bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara Raja Abdullah dan Raja Mahdi.6. Raja Mahdi telah kalah dan
diusir keluar pada tahun 1870 dan perang Klang berjaya ditamatkan oleh Tunku Kudin pada tahun 1873. Hal ini demikian, Tunku Kudin mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak British
berbanding Raja Mahdi. Tunku Kudin merupakan
seorang yang cergas dan berpelajaran Inggeris serta mahir dengan cara
pentadbiran barat7
yang mana memudahkan beliau mendapatkan bantuan daripada pihak
British. Pelbagai kemajuan dan kemakmuran telah berjaya dibawa oleh Tunku Kudin
atas nasihat British. Buktinya, dalam masa yang singkat, pembangunan di kawasan
pedalaman telah bermula 8 dan perlombongan bijih timah
juga telah dijalankan dengan giatnya. Namun, pada pertengahan tahun 1875, harga
bijih timah telah jatuh daripada harga tempatan $125 kepada $70 satu pikul.
Kadar faedah juga meningkat tinggi bagi membiayai pemulihan selepas perang
saudara. Hal ini menyebabkan keadaan penduduk semakin terdesak dan tidak
mengalami banyak perubahan dalam kehidupan.
2.2.
PELABUHAN KLANG, 1800-1900
Jalan perhubungan di Klang mesti diperbaiki
jika perindusrian bijih timah di Selangor ingin bersaing dengan perlombongan
bijih timah
yang di Perak. Hal ini demikian, perlombongan bijih timah di Klang terletak di kawasan
pedalaman. Contohnya, perjalanan melalui Sungai Klang mengambil masa tiga hari
iaitu daripada Pelabuhan Klang ke Damansara dan dari Damansara keKuala Lumpur
pula mengambil masa selama tiga atau empat hari.9 Persimpangan Sungai Klang dan
Gombak juga lebih banyak aliran daripada sungai menyebabkan bot yang besar
tidak dapat ke sana.10. Pada tahun 1896, landasan keretapi dari Kuala
Lumpur ke Bukit Kuda telah dihubungkan merentasi Sungai Klang
melalui Jambatan Connaught ke Klang.11. Pembangunan semula bandar ini mengakibatkan
kemasukan pelombong pelombong baru seterusnya mengalami pertambahan
penduduk.12
Hal ini menyebabkan kegiatan melombong didominasi oleh
orang asing
dan ini memberi kesan kepada proses urbanisasi orang Melayu.13. Kehadiran pelombong pelombong asing ini
juga secara tidak langsung telah menenggelamkan kegiatan mendulang orang Melayu
kerana buruh Cina mempunyai teknologi yang lebih baik dan cepat. Selain
itu, pelabuhan Swettenhem telah dibina bagi memudahkan dan mempercepatkan
proses pengangkutan bijih timah. Penyakit malaria telah merebak semasa
pembukaan PelabuhanSwettenhem ini. Dengan ini, penyakit yang semakin merebak
akibat pembukaan pelabuhanSwettenham memberi kesempatan kepada seorang doktor mencapai kemasyhuran di peringkat dunia.14 Jelaslah, pihak British bijak
mengambil kesempatan dan peluang atas setiap perkara yang berlaku.
2.3.
BANDAR KLANG
Pada tahun 1883, pembinaan keretapi telah
menyuntik jumlah wang yang besar ke dalam ekonomi tempatan. Kebanyakkannya
dibelanjakan untuk upah buruh bagi kerja kerja pembersihan landasan dan pembinaan landasan keretapi. Selain itu, pada tahun 1875,dianggarkan penduduk sebanyak
800 orang dan meningkat kepada
2000 orang pada tahun 1894. Namun, bancian penduduk pada
tahun 1890 mendapati hanya 12 peratus sahaja penduduk melayu.15 Hal ini disebabkan oleh dasar pemerintahan
kolonial agar orang melayu tidak terdedah kepada kemajuan bandar dan hanya
terlibat dengan kegiatan
pertanian di
pinggir bandar.16 Pemerintahan kolonial British juga telah
menciptakan citra bahawa orang Melayu hanyalah boleh bertani dan berkebun serta
hanya mahir membuat kraf tangan sahaja.17 Justeru,ramai penduduk melayu
yang dipindahkan oleh British ke kawasan pedalaman seperti tanah
yang belum diterokai. Manakala kaum Cina pula tinggal di Bandar bandar
yang mempunyai pelbagai kemudahan serta mengusahakan lombong lombong bijih
timah. Hal ini demikian, kebolehan orang-orang Cina bekerja dilombong dan di
ladang sambil menjalankan pajak cukai menarik minat orang Inggeris.18 Orang Inggeris menganggap orang melayu
adalah pemalas, tidak mahu bekerja untuk upah dan dengan demikian tidak
termasuk ke dalam golongan yang akan dijadikan buruh dalam bidang ekonomi
kolonial.19 Tambahan pula, sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu menjadi
buruh dan suka bekerja sendiri. Pelbagai infrasruktur telah dibangunkan
disekitar kawasan perlombongan. Antaranya jalan-jalan telah dibina menuju ke
pekan pekan perlombongan
dan ke kawasan ladang.20 Contohnya, China Street iaitu jalan utama
pada tahun 1872 Beach
Street, Market Street, Jalan Raja dan lain-lain.Selain itu, Ibu pejabat juga
dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur pada tahun 188021 dan Kuala Lumpur juga penuh
sesak dengan pondok-pondok atap.22 Disamping
itu, rumah-rumah baru, bangunan-bangunan kuarters pegawai kerajaan, hospital,
dan penjara juga telah dibina seiring dengan pembangunan yang ingin dijalankan
di Kuala Lumpur. Hal ini demikian, banyak mendatangkan kebaikkan kepada
pihak British serta memudahkan urusan pentadbiran mereka dalam usaha menguasai
ekonomi Tanah Melayu. Seterusnya perpindahan pusat pentadbiran ini juga
membolehkan mereka melicinkan urusan pentadbiran dan memudahkan mereka mengawal
penduduk di Tanah Melayu dengan lebih teratur. Pembangunan pesat pada tahun
1880-an membantu menyediakan kemudahan untuk penduduk yang semakin pesat bertambah dan
terdiri kebanyakkannya daripada orang Cina, India, dan Indonesia untuk
mengharungi arus pemodenan.23
Sekolah Melayu
pertama di Selangor terletak di Klang iaitu pada tahun 1875 didirikan oleh
Sultan Abdul Samad. Pendidikan yang memenuhi keperluan perkhidmatan pentadbiran
awam dan swasta juga disediakan oleh pihak British.24 Namun, dapat dilihat pihak penjajah lebih
mengutamakan pendidikan bagi orang Imigran dan pembesar pembesar Sultan. Orang
Melayu diberi layanan kelas ketiga selepas Sultan dan imigran. Hal ini bagi
mengelakkan orang Melayu mendapat pendedahan luar seterusnya memberontak
terhadap sistem yang diperkenalkan British. Tambahan pula, keengganan
para pengusaha pelombong Melayu yang terdiri daripada pembesar negeri
dangolongan bangsawan mengambil orang Melayu bekerja menyebabkan orang Melayu
terus terpinggir.25 Selain itu, terdapat juga
kelab rekreasi yang ditubuhkan oleh Pihak British hasil daripada berkembangnya
penduduk Eropah. Antara kelab yang ditubuhkan adalah Kelab Selangor yang
merupakan pusat kehidupan sosial bagi orang Eropah sehingga tertubuhnya
Lake Kelab. 26 Di
sinilah tempat pertemuan dan rekreasi para kakitangan pegawai kolonial dan
kelas atasan.
2.4.
KAWASAN DESA
Pada mulanya, kawasan ini diduduki dan mula
diterokai oleh orang Melayu yang mana telah ditempatkan oleh pihak penjajah.
Ekonomi masyarakat Melayu pada masa ini terdiri daripada kelompok kecil petani
yang mengusahakan pertanian, pemburuan dan perikanan. Dari segi pertanian,
British mengamalkan dasar duaan. Pertama, menggalakkan penanaman dagangan secara
besar-besaran oleh pelabur asing dan kedua memperkukuhkan penanaman tanaman
petani Melayu.27 Tanaman yang ditanam adalah gambir, lada hitam, kopi, tebu,
padi, buah-buahan tempatan dan lain-lain. Tanaman yang mendapat perhatian dalam
perdagangan adalah gambir,lada hitam dan kopi. Namun, secara keseluruhannya
penanaman gambir dan lada hitam diusahakan oleh golongan Cina. Golongan Melayu hanya
mengusahakan tanaman lebih kepada tujuan sara diri. Hal ini disebabkan sistem
British yang mengawal ekonomi orang Melayu kerana tidak mahu orang Melayu
terdedah dengan ekonomi baru seterusnya memperjuangkan hak mereka. Mereka
juga disekat untuk merebut peluang dan menyertai secara langsung kegiatan ekonomi bandaran.28 Jelas menunjukkan disini pihak British
sememangnya tidak menginginkan kemajuan dalam masyarakat Melayu, malah Sultan
hanya dijadikan sebagai boneka. Pada peringkat awal perhatian Kerajaan British
tertumpu di kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Namun, setelah British melihat keuntungan yang boleh didapati daripada hasil
pertanian, mereka mula
menumpukan perhatian di kawasan luar bandar juga. Dengan ini, kemudahan pinjaman kewangan dan
menduduki tanah secara percuma dalam tempoh yang ditetapkan
kepada penoraka baru telah diberi bagi mempercepatkan proses pembukaan
kawasan luar bandar.Kawasan yang menjadi perhatian utama British adalah
perkampungan Melayu Jawa. Buktinya,menjelang pertengahan tahun 1890an, bilangan peneroka
Jawa Klang telah mengatasi peneroka Melayu lain dan pemohonan tanah dalam
kalangan mereka sentiasa bertambah.29 Tambahan pula, Pegawai British
kebanyakkannya yakin dan percaya akan setiap tanah yang diusahakan oleh
peneroka dari seberang ini, khususnya golongan Jawa.30 Manakala orang Melayu tempatan pula
pada masa ini mengusahakan pertanian lebih kepada untuk cukup makan sahaja.
2.5.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, walaupun pada mulanya
ekonomi di Klang dikuasai dan dimulai oleh orang Melayu, namun setelah British menjajah Klang berlaku
pelbagai perubahan. Contohnya, ekonomi perlombongan bijih timah yang
dilakukan oleh orang Melayu dengan cara mendulang telah tenggelam setelah kedatangan
orang Cina yang membawa bersama teknologi yang lebih canggih dan cepat. Selain
itu, peningkatan kemasukan orang Cina,
India dan
golongan Jawa juga telah menyebabkan penduduk Melayu semakin terpinggir
ditambah pula dengan dasar kolonial
yang diperkenalkan oleh British. Sememangnya British ingin
mengabaikan orang orang Melayu dengan harapan supaya mereka terus tinggal
sebagai penduduk kampung dengan kehidupan
secukup hidup sahaja31 Dengan ini, orang Melayu akan terus berada
di bawah pentadbiran dan jajahan British seterusnya memudahkan British
membolot ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu satu persatu.
1 J.M.Gullick.
2000.
A
History of Kuala Lumpur
1857-1939.
Kuala Lumpur: Council of the Malaysian Branch of Royal Asiatic society. Hal 5.
2. Mohd Sarim Hj Mustajab &
Khazin Mohd Tamrin. 1990. Klang 1890-1900: Sejarah dan
Pentadbiran Selangor:United Selangor Press Sdn.Bhd. hal
60.
3 Adnan Haji Nawang & Mohd.
Fadzil Othman. 1992. Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya
Selangor:Jabatan Sejarah Universiti
Malaya dan Lembaga
Muzium Sulan Alam Shah. Hal 41.
4 Dato Dr. Suleiman Mohamad &
Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah Kampung Bahru: Di Sini Awal
Segalanya Bermula. Bangi:
Institut Alam Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal 20-21.
5. Prof. Dato Khoo Kay Kim &
Paiman Bin Keromo. 1989. Selangor Darul Ehsan: Satu Persepsi Sejarah
Selangor:Muzium Negeri Selangor. Hal 23
6. Mohd Sarim Hj Mustajab
& Khazin Mohd Tamrin. 1990. Klang 1890-1900: Sejarah dan
Pentadbiran. Hal 74.
7 Joginder
Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu
(1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal135.
8 Adnan
Haji Nawang & Mohd. Fadzil Othman. 1992. Selangor:
Sejarah dan Proses Pembangunannya Hal 43.
9 Ibid . hal 186-187
10 J.M. Gullick. 1994.Old Kuala Lumpur.
New York: Oxford University
Press. Hal 1
11 Adnan Haji Nawang & Mohd. Fadzil Othman.
1992. Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya Hal 187.
12 Dato Dr.
Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah Kampung Bahru: Di Sini Awal SegalanyaBermula Hal 38
13 Ibid Hal 37.
14 Mohd Sarim
Hj Mustajab & Khazin Mohd Tamrin. 1990. Klang
1890-1900: Sejarah dan Pentadbiran Hal 77.
15 Dato Dr. Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah
Kampung Bahru: Di Sini Awal SegalanyaBermula. Hal 54.
16 Ibid . Hal 54.
17 Ibid . Hal 57.
18 Barbara
Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publishers(M)Sdn. Bhd. Hal 204.
19 Ibid . Hal 204.
20 Ibid . Hal 210.
21 J.M.Gullick. 1998. A History
of Selangor(1766-1939). Kuala Lumpur: Falcan Press Sdn. Bhd as MBRAS.
Hal 188.
22 Dato Dr.
Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah
Kampung Bahru: Di Sini Awal SegalanyaBermula. Bangi. Hal 37.
23 Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965
. 2008. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
MalaysiaBerhad. Hal xxx-xxxi.
24 Ibid . hal xxxi.
25 Dato Dr. Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah
Kampung Bahru: Di Sini Awal SegalanyaBermula. Hal 39.
26 Ibid . Hal 75.
27 Adnan Haji Nawang & Mohd. Fadzil Othman.
1992. Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya . Hal 181
28 Dato Dr.
Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999. Sejarah Kampung Bahru: Di Sini Awal SegalanyaBermula. Hal 57
29 Mohd Sarim
Hj Mustajab & Khazin Mohd Tamrin. 1990. Klang
1890-1900: Sejarah dan Pentadbiran. Hal 63.
30 Khazin Mohd
Tamrin. 1984. Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan 1880-1940. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 99
31 Mohd Sarim
Hj Mustajab & Khazin Mohd Tamrin. 1990. Klang
1890-1900: Sejarah dan Pentadbiran Hal 87.
RUJUKAN: :-
Adnan Haji Nawang & Mohd. Fadzil Othman. 1992.
Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya. Selangor: Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam Shah.
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983.
Sejarah Malaysia .Petaling Jaya:Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd.
Dato Dr. Suleiman Mohamad & Lokman Haji Mohd. Zen. 1999.
Sejarah Kampung Bahru: DiSini Awal Segalanya Bermula.
Bangi: Institut Alam Tamadun Melayu(ATMA), UniversitiKebangsaan Malaysia.
J.M. Gullick. 1994.
Old Kuala Lumpur New York: Oxford University Press.
J.M.Gullick. 1998.
A History of Selangor(1766-1939).Kuala Lumpur: Falcan Press Sdn. Bhd as MBRAS.
J.M.Gullick.2000.
A History of Kuala Lumpur 1857-1939 Kuala Lumpur: Council of the Malaysian Branch of Royal Asiatic society.
Khazin Mohd Tamrin. 1984.
Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan 1880-1940
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
.
Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.2008. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Joginder Singh Jessy. 1978.
Sejarah Tanah Melayu (1400-1959) Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Mohd Sarim Hj Mustajab & Khazin Mohd Tamrin. 1990.
Klang 1890-1900: Sejarah dan Pentadbiran. Selangor: United Selangor Press Sdn.Bhd..
Prof. Dato Khoo Kay Kim & Paiman Bin Keromo. 1989.
Selangor Darul Ehsan: Satu PersepsiSejarah.
Selangor: Muzium Negeri Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)