Thursday, 12 April 2012

Sandiwara Pentas

Waktu itu umur saya dalam lingkungan 14 ke 15 tahun, pertengahan tahun 60an. Pemuda dan pemudi diKampung Padang Jawa mengerakkan aktiviti Pertunjukan Sandiwara Pentas. Zaman dulu mana ada tv, karaoke, digital communication seperti sekarang. Kalau nak berhibur kenalah kreatif merancang sesuatu.Para pemuda dan pemudi kampung sepakat membuat pentas bergotong royong merancang dan menyusun acara pertunjukan. Antaranya lawak jenaka, drama sandiwara, ratu kebaya atau fesyen, nyanyian, tarian, diiringi dengan kumpulan muzik serta lain lain acara. Kalau tak silap saya acara malam itu penuh bercahaya dengan lampu.Generator letrik pasti disewa. Al maklum pada masa itu seluruh Kampung Padang Jawa tiada lagi api letrik.

Maaf Dong gambarnya telah uzur.Mungkin ini adalah satu satunya gambar yang dapat saya cari untuk tatapan generasi akan datang akan aktiviti yang dilakukan oleh pemuda pemudi kampung. Gambar sebelah kanan adalah Allahyarham Mohd Urip Selawi. Beliau merupakan diantara anak kampung yang berminat pada seni muzik.  Ada beberapa lagi anak kampung yang pandai bermain muzik. Antaranya Allayarham Pak Ayub bermain violin, Allahyarham Pak Rohan pandai meniup klarinet dan bermain double bass. Insyaallah kalau dapat gambar gambar mereka akan saya uploadkan

No comments:

Post a Comment