Perigi Oh Perigi
|  | 
 Zaman dahulu sehingga pertengahan 60an 
seluruh penduduk Kampung Padang Jawa menggunakan air bersih dari 
perigi/kolam. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai perigi/kolam masing
 masing. Pelbagai jenis perigi/kolam dibina oleh penduduk. Ada yang 
besar, ada yang kecil, ada yang lebar memanjang dan sebagainya. 
Kebanyakkan penduduk mengunakan tali diikat pada timba atau tong untuk 
menceduk air didalam perigi/kolam tersebut Ada juga yang membuat tangga
 kedalam perigi/kolam bertujuan senang untuk menceduk air atau mandi 
didalamnya.

  Paras
 air didalam perigi/kolam  tersebut bergantung kepada musim. Andainya 
musim hujan paras air perigi akan tinggi, sedikit keruh dan rasanya 
berbeza. Tetapi jika musim panas berlarutan atau kemarau parasnya akan 
menurun jauh kedasar perigi. Ketika ini tuan punya perigi/kolam akan 
membersihkan dalam perigi/kolam  tersebut untuk membuang selut, rumput 
yang tumbuh dalam air, daun daun ranting kayu dan sebagainya. Sementara 
air dalam perigi/kolam yang dibersih tersebut menakung air dari mata air
 dan menjernihkan air dalam perigi/kolam itu tuan punya perigi/kolam 
akan bergantung pada perigi/kolam jiran jiran.Adakalanya apabila kemarau
 berlarutan maka usaha lain mendapatkan sumber air perlu dicari. Ini 
termasuk menggunakan air sungai klang. Masjid Kampung Padang Jawa masa itu (masjid kayu) mempunyai dua kolam besar untuk tujuan bagi jemaah berwudhuk.Ada satu perigi batu (seperti dalam gambar dibawah) di tepi balairaya untuk kegunaan warga kampung dalam tahun 60an . 
                                             ( gambar hiasan dari arshadahmad wordpress com)

Bekalan air bersih percuma mula tiba ke Kampung Padang Jawa pada pertengahan 60an. "Stand pipe" yang pertama seperti dalam gambar telah dipasang di tepi jalan Jalan Padang Jawa ( tempat yang hampir tepat sekarang ini adalah dikaki jejambat berhampiran Shid Seafood). Kemudian setelah beberapa tahun telah dipasang "stand pipe" ini untuk kemudahan penduduk Kampung Padang Jawa di beberapa tempat seperti dipersimpangan Jalan Mat Raji, di pertengahan Jalan Mat Raji, di Jalan Berangan, di Jalan Tegas, di kiri jalan kereta api berhampiran dengan rumah Hjh Jamelah Hashim (Mak Teh Milah) dan diTaman Karrupiah.

|  | ||||||||||||
| Stand Pipe di Jalan Tegas Diperhatikan oleh Bekas MB Selangor | 

No comments:
Post a Comment