Tuesday 28 August 2012

Kasihan Tok Ketua


                                                                        Charlie Brown

Baru baru ini pada satu pagi kereta aku buat hal "on the way to KL", "rediator bocor", jadi aku singgahlah sebentar direstoran mamak berhampiran trafik light masuk ke kampung ku. Jadi aku pun singgah sebentar, parking berhampiran restoran tersebut untuk menyejukkan engin kereta ku sambil berfikir nak hantar kat workshop mana untuk diperbaiki.

Sambil berehat ditepi kereta aku ternampak orang yang aku kenal, rakan sekampung dulu, sama sebaya aku dalam restoran tersebut yang pegang jawatan agak tinggi. Tok Ketua lah, kan glamour, tengah minum sambil menghisap rokoknya.

Kasihan Tok Ketua, breakfast sorang sorang diri tak berteman............Dulu masa berkempen fulamak habis suku sakat, puak Jawa turun bagai iklan demokrasi sekarang "Saya pilih mengundi".

Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman....... Kalau macam itu hanya dua martabat saja - pertama orang tak suka dan kedua kurang duit nak belanja warga kampung atau kedekut

.Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman.......Dengor juga ada panglima, hulubalang dan betara yang kena singkir tak ikut perintah.

Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman..........Teringat masa zaman aku remaja dulu Tok Ketua memanglah tak macam kami yang "regular" duduk disimpang, dibalai raya,dimasjid, di padang bola, aktif dalam persatuan belia serta lain lain lagi. Memang ada tu ada Tok Ketua zaman mudanya muncul ditempat tempat yang disebutkan tadi tapi hanya "occassion" sajalah. Tak caya boleh tengok gambar gambar lama dalam blog ini, ada tak wajah Tok Ketua. 

 Kasihan Tok Ketua breakfast sorang sorang diri tak berteman.........Sekarang ini musim open house. Satu masa dulu Tok Ketua ajak NGO kampong,kongsi  kongsi jamu warga kampung. Bagus program yang dirancang.  Aku pun dapat jemputan dengan kad. Ada Class you!!!! tapi tahun berikutnya Tok Ketua buat open house solo kat rumahnya. Jemput orang kampong pun melalui internet aja. Tahun ini 2012 belum dengar lagi style dan lagu mana Tok Ketua nak buat acara jamu.   

2 comments:

  1. Salam tuan..sy ade terbaca psl cerita2 dlm blog tuan..byk cerita psl sejarah pdg jawa ni..nmpk tuan ni byk info psl pdg jawa.tp ade juga cerita yg sy baca berkaitan tok ketua sampaikan tok ketua breakfast sorang2 pun boleh jd cerita dlm blog ni..dhsyat tuan ni,suka ambil tau hal org ye..dlm fikiran sy ni,tuan ni semacam ada perasaan hasad kt tok ketua..siapa tau kan..apa sekalipun aktiviti tok ketua,tak perlu la tuan cerita dlm blog..tok ketua bkn PM atau somebody..org luar tak kenal pun beliau..cukup2 la bg pahala kt arwah tok ketua sbb byk cerita negatif berbanding positif tuan cerita dlm blog ni.so sy rs tak perlu la tuan cerita lg hal beliau.tkot nt tuan seksa nk meninggal sbb byk mengutuk arwah tok ketua.tolong delete segala cerita pasal beliau..drpd update blog,baik bykkan amal ibadat tuan..lebih afdal kan..peace!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dan selamat sejahtera juga kepada tuan semoga tuan terselamat dari segala duka, kesulitan dan nestapa.Terima kasih atas nasihat yang baik tapi saya ada sedikit musykil dengan komen tuan.Saya menulis pada Ogos 2012 Dimanakah tuan pada 2012?.Kenapa tak komen ketika itu. Kenapa Oktober 2015? Tak seronok dan tak bangga ke jadi waris Tok Ketua lagi sebab tahu "The Boss Always Right"..Tok Ketua kan "Public Figure". Dah tentu gerak gerinya mendapat perhatian.Saya tulis apa yang saya nampak Tok Ketua memangnya bukan PM jadi saya taklah tulis.Saya tidak ada sebarang hasad dengki dengan Tok Ketua kerana saya tidak mempunyai "locus standy" pada jawatan itu. Sepak terajang,tikam menikam dan pijak memijak adalah perkara lumrah dunia politik.Berdosa jika saya membuka keburukkan simati.Untuk memberi kefahaman kepada tuan biarlah saya berkias dalam peribahasa : "Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang", "Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.", "Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari"."Kuali mengata belangga hitam", "Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai", dan "Manusia mati meninggalkan nama,harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading." Sekian. Terima Kasih

      Delete