Saturday 5 May 2012

Tn Hj Ali Baris Hj Saibi Kembali Ke Rahmatullah

Dimaklumkan Tn Hj Ali Baris b Hj Saibi telah meninggal dunia hari ini 5hb Mei 2012 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kira kira jam 8.30 malam. Jenazah allahyarham akan dibawa pulang kerumahnya diLot 621 Jalan Mat Raji malam ini dan akan dikebumikan pada esoknya.Beliau meninggalkan seorang balu Pn Hjh Salmah bt Hj Ismail, 2 orang anak dan beberapa orang cucu.

Semasa hidupnya diwaktu zaman muda, beliau aktif bergerak dalam politik, masjid, sukan, pergerakan belia dan sebagainya. Beliau merupakan pengerak utama dalam Kelab Bolasepak UMNO Padang Jawa dan Penaja J/kuasa Persatuan Khairat Kematian Kampung Padang Jawa.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang orang  yang beriman. AlFatihah.

  Allahyarham Tn Hj Ali Baris Hj Saibi (tengah) bergambar kenangan bersama 'Singa UMNO' Tan Sri Jaafar Albar.

No comments:

Post a Comment