Kebanyakkan penduduk dikampungku mengusahakan tanaman getah secara kecil kecilan sebagai mata pencarian mereka selain daripada hasil dusun buah buahan, kerja kampong, bertukang kayu, mencucuk atap nipah dan mencari hasil sungai seperti ikan serta udang galah. Dimasa umurku belasan tahun jika tidak bersekolah Aku pernah membantu ibu bapa ku membuat kerja kerja menoreh getah, mengumpulkan susu getah, membekukan susu getah dalam takung, meleperkan getah yang telah beku dengan menggunakan tangan atau kaki, kemudian memesin getah tersebut supaya leper, nipis dan cantik. Selesai semua proses tersebut sama ada di jemur kepingan getah tersebut pada matahari ataupun hantar kerumah asap untuk pengeringan.
Di kampungku dulu ada satu rumah asap yang diusahakan oleh Tok Jenal dengan seorang tokey Cina. Penjaga rumah asap tersebut adalah Pak Ali. Ramai penduduk kampong yang menghantar kepingan getah mereka ke rumah asap ini termasuk keluarga Aku. Seingat aku yang seronoknya apabila tiba 4hb setiap bulan kerana menyaksikan hasil kepingan getah yang telah kering itu ditimbang dan dijual pada pengusaha rumah asap tersebut.
Membekukan cairan susu getah dalam takungan
Meleperkan cairan susu getah yang telah dibekukan menggunakan tangan atau kaki
Mesin getah rollernya licin, dan yang berbunga.
Proses memesin getah
Hasil kepingan getah pada mesin yang berbunga
No comments:
Post a Comment