Tuesday, 14 December 2021
Friday, 6 August 2021
Tuesday, 3 August 2021
Mohamad Rashid Bin Arshad Meninggal Dunia.
Mohamad Rashid Arshad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumahnya kira jam 6.00 petang 2hb Ogos 2021. Menurut sumber keluarga kematiannya disebabkan sesak nafas akibat terkena jangkitan Covid 19. Jenazahnya akan di uruskan oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Tuesday, 6 July 2021
ISMAIL BIN SHAHARUDIN MENINGGAL DUNIA
Al Fatihah.
Allahyarham Ismail bin Shaharuddin telah meninggal dunia pada 6hb Julai 2021. Beliau merupakan sepupu sebelah emak ku,menetap di Batu 7, Jalan Kebun, Klang.
.
Monday, 5 July 2021
Dah Di Suntik
Ibuku Hjh Kamsiah bt Mahmud di suntik vacine mencegah Covid 19 di Kelab Kilat TNB, Kapar manakala adik ku mendapatkan suntikannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Station Minyak Pertama di KLANG
Station Minyak Pertama Di Klang Tahun 1920an
Seingat aku semasa aku kecil bersekolah rendah dijalan Meru tahun 1950an, ada satu station minyak di persimpangan (sekarang ini berhadapan Kolej Hafiz) membelok ke kanan ke arah Pejabat Pos dan Bangunan Orchad. Tak pasti samaada apakah setesen minyak yang sama atau tidak?
Sumber Gambar : KLANG BANDAR DIRAJA
Tuesday, 29 June 2021
Allahyarham Hj Nasharuddin Abraham Dalam Kenangan.
Allahyarham Hj Nasharuddin bin Abraham telah kembali ke rahmatullah pada pagi 29hb Jun 2021 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa.
Allahyaraham Hj Nasharuddin bin Abraham pernah tinggal di Padang Jawa di lot tanah Allahyarham Wak Kadis kemudian berpindah ke Kampung Jawa dan ke Taman Seri Sedeli, Taman Seri Andalas Klang Beliau merupakan menantu Wak Kadis.
AL FATIHAH.
Allahyarham Hj Nasharuddin bin Abraham
Doa selesai solat jenazah
"Ya Allah Kau Ampunkan Jenazah Ini, Amin Ya Rabal Alamin."
Tanah Perkuburan Islam di sisi Masjid Kota Raja, Kampong Jawa, Klang.
WHATSAPP TERAKHIR
Gambar kenangan kami bersama Allahyarham dibeberapa tempat.
Rumah Prof Abdullah di Shah Alam
Hotel Cemerlang, Bandung, Indonesia.
Bukit Frazier, Pahang
Jeti Bot Penambang Sayong - Kuala Kangsar, Perak
Beijing, China
Camang Waterfall, Bentong, Pahang
Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor
Medan & Brastagi, Indonesia
Masjid China Muhammadiah Ipoh
Allahyarham suka dengan kerja kerja amal kebajikan dengan sokongan rakan rakan nya menggumpulkan dana untuk membantu orang yang kurang kemampuan di beberapa tempat di Perak dan Melaka.
Wednesday, 23 June 2021
Hasil Getah Di Kampung Ku.
Kebanyakkan penduduk dikampungku mengusahakan tanaman getah secara kecil kecilan sebagai mata pencarian mereka selain daripada hasil dusun buah buahan, kerja kampong, bertukang kayu, mencucuk atap nipah dan mencari hasil sungai seperti ikan serta udang galah. Dimasa umurku belasan tahun jika tidak bersekolah Aku pernah membantu ibu bapa ku membuat kerja kerja menoreh getah, mengumpulkan susu getah, membekukan susu getah dalam takung, meleperkan getah yang telah beku dengan menggunakan tangan atau kaki, kemudian memesin getah tersebut supaya leper, nipis dan cantik. Selesai semua proses tersebut sama ada di jemur kepingan getah tersebut pada matahari ataupun hantar kerumah asap untuk pengeringan.
Di kampungku dulu ada satu rumah asap yang diusahakan oleh Tok Jenal dengan seorang tokey Cina. Penjaga rumah asap tersebut adalah Pak Ali. Ramai penduduk kampong yang menghantar kepingan getah mereka ke rumah asap ini termasuk keluarga Aku. Seingat aku yang seronoknya apabila tiba 4hb setiap bulan kerana menyaksikan hasil kepingan getah yang telah kering itu ditimbang dan dijual pada pengusaha rumah asap tersebut.
Membekukan cairan susu getah dalam takungan
Meleperkan cairan susu getah yang telah dibekukan menggunakan tangan atau kaki
Mesin getah rollernya licin, dan yang berbunga.
Proses memesin getah
Hasil kepingan getah pada mesin yang berbunga
Subscribe to:
Posts (Atom)