Allahyarham Saian Asmari menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa 11 Ogos 2015 kira kira jam 7 pagi di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jenazahnya telah dikebumikankan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Jawa selepas solat Zuhur.
Allahyarham juga di kenali sebagai Rocky Labu di media Youtube..
Al Fatihah- Sama sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman.
Wajah wajah Allahyarham Saian Asmari
Al Fatihah- Sama sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman.
Wajah wajah Allahyarham Saian Asmari
Salam tuan.Saya selaku waris arwah Saian Asmari memohon agar pihak tuan dapat delete page berkaitan arwah. Ini adalah permintaan dan arahan daripada keluarga arwah sendiri. Seluruh ahli keluarga arwah tidak mahu pihak tuan menceritakan lagi cerita-cerita berkaitan arwah kerana ia akan mengundang cerita-cerita negatif berbanding positif. Mohon kerjasama tuan.Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kerana membuat teguran yang membina dan permintaan yang saya rasa amat munasabah.Tuan mesti faham semasa hidupnya jawatan yang disandang oleh beliau adalah "Public Figure". yang terdedah dengan segala kritikan dan pujian.Segala gerak geri beliau sebagai pemimpin masyarakat atau politik akan menjadi perhatian masyarakat. Saya memang mengritik allahyarham semasa hidupnya dari aspek "Sejarah Kampung Padang Jawa" dan Ketua Kampung berpandukan kegoan, kebanggaan serta tindakan beliau menulis dalam blog serta minatnya dalam youtube.Saya amat kesal dengan tulisan allahyarham mengenai sejarah kampung yang tidak ada fakta yang betul melibatkan penghapusan sejarah empat keturunan kami.Saya telah melawan tulisan allahyarham dalam blog ini dengan menggemukakan bagaimana nama Padang Jawa di dapati, siapa peneroka pertamanya, setesen keretapi,Kampung Berangan serta keturunannya, sekolah umum, sekolah agama rakyat, tanah perkuburan, masjid serta lain lain lagi dengan menggemukakan sokongan fakta yang saya dapati dalam simpanan keluarga kami, di arkib negara, buku buku sejarah Inggeris dalam simpanan universiti di England, buku buku keluaran Negeri Selangor, buku dan majalah tanah air dan melalui akhbar akhbar lama dalam simpanan Kerajaan Singapura. Kesannya yang buruk pada tulisan allahyarham akan mengelirukan generasi akan datang apabila mereka membacanya dan merujuk pada arkib media elektronic. Walaupun blog allahyarham telah berkubur sebelum beliau meninggal dunia namun reference nya masih boleh ditatapi pada "server domain". Mana mana kritikkan yang saya tulis itu, biarlah warga Padang Jawa, para pembaca blog serta generasi akan datang menilaikan kebenarannya.
Delete