Inilah gambar yang diambil daripada blog ini (Saya uploadkan gambar ini pada 30 April 2012.) oleh penulis rencana mengenai Padang Jawa di siarkan oleh Sinar Harian pada 12 Februari 2015. Selain daripada saya (setahu saya) ada seorang lagi warga Padang Jawa yang masih menyimpan gambar tersebut.
Bagi saya penulis rencana tersebut merupakan perosak kepada generasi akan datang dengan memaparkan sejarah asal Padang Jawa yang mempunyai unsur unsur karut tiada nilai ilmiah. Penulis tidak mengkaji lain lain bahan yang telah ditulis oleh mereka yang terdahulu.Saya paparkan beberapa rujukkan yang perlu dibaca oleh penulis rencana tersebut. Bandingkan kebenarannya.
(2) 'Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah daerah Petaling' terbitan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
(3) Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce,
industries, and resources.- Wright, Arnold (1908)
(4) Javanese Settlement – Padang Jawa (No.rujukan: 1957/0128272; Jenis Bahan: Fail;
Negeri:IBU PEJABAT Arkib Negara.
(5) Perang Klang.
(6) The Straits Times 15/9/1886
(7) The Straits Times 2 September 1912 page 10
(8 ) FMSR Annual Report of 1939,
(9) The Straits Times page 4 6 July 1906,
(10) S.Durai Raja Singam - Malayan Places Names t.t.p Singapore 1957, h 1891;
(11) Iskandar, Kamus Dewan, h 791
(12),Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan Penempatan oleh Khazin Mohd. Tamrin (1978).
Ramai warga Padang Jawa samaada di luar dan dalam Padang Jawa tidak berminat pada tulisan yang dipaparkan dalam akhbar tersebut.Minat mereka adalah pada gambar yang disiarkan.Berbagai persepsi, kenangan, ingatan dan pelbagai lagi. Terima Kasih kepada penulis artikel di akhbar yang menyiarkan gambar tersebut. Mari kita tengok komem komen mereka di laman sosial.
"yg si pencerita bukan anak jati kelahiran p jawa...x semua
di cerita dlm ni betul...sy pernah tanya atuk sy dlm thn 80an tentang asal usul
p jawa."
"Saya org pdg jawa hehehe"
"Ade gamba mak ngan abah"
"dulu...aku suka dengor bunyi trafik light ketapi bunyi,
palang gate turun, mat motor tua muda lintas bawah palang, tunggu ketapi
lalu...sume dlam kenangan"
"Dulu rezab KTM Padang Jawa dipenuhi setinggan. Meriah dgn
Pasar Malam. Ramai minah kilang or minah karen menyewa kat situ. 'Sate
sayur'pun senang dapat."
"Banyak tempat makan...pendatang pun sangat ramai...kawasan
paling sibuk di shah alam.."
"Balai raya ni la yg jadi tempat tadika dan tusyen free bwh
Belia 4B"
.
"Skrg dah x sama. Pdg Jawa dah terlalu sesak"
"Skrg dah x sama. Pdg Jawa dah terlalu sesak"
.
"Ramai Class mate ku dari Padang Jawa sekolah kat sekolah men
sultan abd samad klang era 75 -79. Memory lama...."
"Bekas pelajar sekolah kebangsaan padang jawa 1994-1998"
.
"Org paling kaya kt padang jawa skrg bekas pakwe mak sye.mak
sye kate"
"Kenangan terindah."
.
"ada satu lagi ..pondok atas parit besar depan umah pak cik
mat shah tempat tunggu bas"
"Sempat mnyewa di blakang masjid thn 1999... Memori indah..".
"Aku anak jati pdg jawa sehingga sekarang"
"Karim buaya org bukit kuda la bukan pdg jawa"
"Tanah tumpah kelahiran ku"
"terubat jgk nk tgk padang jawa zaman dulu punya"
..
"HAJI ISHAK@YUNUS BIN AHMAD....beliau bekas ketua kampung
pada tahun 1997-2006...beliau sangat berjasa dan bakti serta jujur sewaktu
beliau laksanakan kampung padang jawa.. al fatihah..."
"Merasa aku belajar tuisyen ngan hj isa waktu aku kecik2 kt
balai raya yg lama 2 skrg hanya tingal kenangan ada 1gambar yg lama xmasuk
kelas papan yg ada berdekatn ngan masjid sapa bdk pdg jawa yg pernah belajar kt
situ"
"Menempat kn prkerja kilang yg ramai..rumah sewa mcm cendawan
tumbuh...mmang padang jawa dlm lipatan sejarah aku tahun 1980.."
.
"Kilang Baja Cap Ayam CCM pun ada"
"sempat jugak lah sekolah kat situ."
"saye tinngal kat sane"
"Berapa lama dah gambor ni. Hehehe , cer carik mana
mkcik?..zaman muda mudi bnyk kesah yg terjadi"
..
"Onyang2 kita teroka padang jawa
ni ye... Merasa lagi kekecik dulu panjat pokok duku, rambutan, jambu... laa ni,
payah nak jumpa pokok buah2an. Ade pon, pokok mangga yg hidup segan mati tak
mauu... hehehehe..."
Yg mana yg ada rumah tepi rel ketapi dipindahkan kat kg seri perantau diberi rumah panjang, rumah panjang dah takde dipindahkan pula ke rumah pangsa.
ReplyDeleteDulu mmg semua nya setinggan tapi bila kerajaan bangunankan sebahgian kawasan, ada penfuduksetinggan dpt flat pkns blkg kedai2 area jakel dan flat blkg hospital shah alam. Skrg masih ada kg kg setinggan juga..jd mcm kampung pendatang.
ReplyDeletePendatang pendatang yg tinggal sini bergenerasi, lalu upgrade dikenali dgn org jawa selangor.
ReplyDelete