WAJAH WAJAH IDRIS ISMAIL DIZAMAN UMUR BELASAN TAHUN
HINGGA KE UMUR DUA PULUHAN.
Anak kelahiran Kampung Padang Jawa dari keluarga yang serba kekurangan ditahun 50an. Dibesarkan dikampung tersebut dan melihat perkembangan pembangunan Kampung tersebut setiap tahun hinggalah kesaat ini.Dari segi akademik pula tidaklah cemerlang sangat. Sekolah Aliran Bahasa Inggeris. Bukannya tidak pandai mungkin ponteng lebih dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ketika itu amat kurang tidak seperti sekarang. Minat main bolasepak amat tinggi. Ada hati nak main dengan pasukan Selangor. Berlatih bersungguh sungguh tapi bila pergi 'selection' gagal. Selain bolasepak minat juga main guitar.Pengaruh kumpulan The Beatle 1966 jadi ikutan. Rambut panjang, baju paten ada kotak, seluar bell bottom dan kasut Beatle jenama Johnson.Pernah juga belajar teranum dan menyanyi. Tapi semuanya tak lekat.Cuba aktif dibidang lakonan teater, penulisan dan aktiviti belia.Pun sama juga, tak menjadi. Terfikir juga jawatan tinggi yang bergaji besar atau kepuasan bekerja.Apakah yang dicari?
Gambar gambar dibawah ini menunjukkan dan menceritakan seorang remaja yang sedang tercari cari idendititi dan arah tujuan kehidupan. Sorrylah gambar gambar itu dah lama. Muka macam ini memang tak handsome pun, bukan calon dan citarasa anak gadis 60an. Kalau ada yang sangkut pun tak lama pasti cabut lari..
GAMBAR DIBAWAH INI KETIKA DILUAR NEGARA SEWAKTU BERUMUR 30an KE 50an
Diawal 70an ditawarkan berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara. Tindakan Perusahaan pekerja pekerja pada 1972 dan 1975 telah menarik minat untuk menyertai pergerakkan kesatuan sekerja. Tahun 1978 telah menduduki jawatan Pengerusi Cawangan diCBPS dan Ahli Majlis Jawatan Kuasa Agung Pusat. Seterusnya pada 1988 menjawat jawatan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pekerja Lembaga Letrik Negara hingga lah bersara pada 2004 ketika berumur 53 tahun.
Pada 1986 ketika berumur 35 tahun Malaysian Trade Union Congres (MTUC) telah memberikan peluang ke persidangan ICFTU Afro/Asia di Tokyo Japan. Kali pertama keluar negara memberikan semangat untuk bekerja keras memperjuangkan dan menyuarakan hak hak pekerja dinegara ini khususnya diLembaga Letrik Negara.. Daripada pengalaman pertama ini lah tidak melepaskan peluang peluang menambah pengetahuan dipentas antarabangsa melalui badan badan gabungan pihak pekerja seluruh dunia hingga mencapai cita cita pada tahun 92 ke International Labour Organisation (ILO) di Geneva dalam isu penswastaan.
Wajah Wajah Ketegori Warga Emas.
Walaupun telah masuk umur berketegori warga emas masih meneruskan kerja kerja kebajikan khusus melalui Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia dan melancung ke distinasi pilihan
������
ReplyDelete