Tuesday, 30 September 2014

Al Fatihah Untuk Tn Hj Abu Bakar Shariff.

Tn Hj Abu Bakar Shariff atau lebih dikenali dengan gelaran Ali Gemok menghembuskan nafas terakhirnya pada kira kira jam 6.45 pagi 30 September 2014 dirumahnya di Jalan Tegas Padang Jawa Sek 17 Shah Alam kerana mengidap penyakit kencing manis dan menjalani rawatan dialisis. Semasa remajanya Allahyarham pernah menuntut di Sekolah Agama Teluk Pulai sampai Senawi 4. Allahyarham pernah bertugas dengan LLN/TNB di SJ Jambatan Connaught Klang, SJ Sultan Mahmud Pasir Gudang Johor, SJ Kenyir Trengganu dan SJ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Kapar. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Jawa Klang.

 Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman. 

Friday, 26 September 2014

Badan Bolasepak Padang Jawa

Berita Harian 17 Ogos 1968
Berikut dibawah gambar pengasas Badan Bolasepak Padang Jawa 1968. Setakat hari ini Sdra Abdul Wahab, Maarof Mohammad dan Mohd Nor Hj Zainuddin masih lagi dipanjangkan umur. Manakala Tn Hj Ali Baris Hj Saibi (Ahmad), Ramlan Marwi dan Sanif Sulaiman telah meninggal dunia.   
                                        Allahyarham Ali Baris b Saibi     Mohd Nor Hj Zainuddin

                                              Sdra Abdul Wahab           Tn Hj Maarof Mohammad

Wednesday, 10 September 2014

Wajah wajah Ku

WAJAH WAJAH IDRIS ISMAIL DIZAMAN UMUR BELASAN TAHUN 
HINGGA KE UMUR DUA PULUHAN.
Anak kelahiran Kampung Padang Jawa dari keluarga yang serba kekurangan ditahun 50an. Dibesarkan dikampung tersebut dan melihat perkembangan pembangunan Kampung tersebut setiap tahun hinggalah kesaat ini.Dari segi akademik pula tidaklah cemerlang sangat. Sekolah Aliran Bahasa Inggeris. Bukannya tidak pandai mungkin ponteng lebih dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ketika itu amat kurang tidak seperti sekarang. Minat main bolasepak amat tinggi. Ada hati nak main dengan pasukan Selangor. Berlatih bersungguh sungguh tapi bila pergi 'selection' gagal. Selain bolasepak minat juga main guitar.Pengaruh kumpulan The Beatle 1966 jadi ikutan. Rambut panjang, baju paten ada kotak, seluar bell bottom dan kasut Beatle jenama Johnson.Pernah juga belajar teranum dan menyanyi. Tapi semuanya tak lekat.Cuba aktif dibidang lakonan teater, penulisan dan aktiviti belia.Pun sama juga, tak menjadi. Terfikir juga jawatan tinggi yang bergaji besar atau kepuasan bekerja.Apakah yang dicari?

Gambar gambar dibawah ini menunjukkan dan menceritakan seorang remaja yang sedang tercari cari idendititi dan arah tujuan kehidupan. Sorrylah gambar gambar itu dah lama. Muka macam ini memang tak handsome pun, bukan calon dan citarasa anak gadis 60an. Kalau ada yang sangkut pun tak lama pasti cabut lari..   

GAMBAR DIBAWAH INI KETIKA DILUAR NEGARA SEWAKTU BERUMUR 30an KE 50an

Diawal 70an ditawarkan berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara. Tindakan Perusahaan pekerja pekerja pada 1972 dan 1975 telah menarik minat untuk menyertai pergerakkan kesatuan sekerja. Tahun 1978 telah menduduki jawatan Pengerusi Cawangan diCBPS dan Ahli Majlis Jawatan Kuasa Agung Pusat. Seterusnya pada 1988 menjawat jawatan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pekerja Lembaga Letrik Negara hingga lah bersara pada 2004 ketika berumur 53 tahun.

Pada 1986 ketika berumur 35 tahun Malaysian Trade Union Congres (MTUC) telah memberikan peluang ke persidangan ICFTU Afro/Asia di Tokyo Japan. Kali pertama keluar negara memberikan semangat untuk bekerja keras memperjuangkan dan menyuarakan hak hak pekerja dinegara ini khususnya diLembaga Letrik Negara.. Daripada pengalaman pertama ini lah tidak melepaskan peluang peluang menambah pengetahuan dipentas antarabangsa melalui badan badan gabungan pihak pekerja seluruh dunia hingga mencapai cita cita pada tahun 92 ke International Labour Organisation (ILO) di Geneva dalam isu penswastaan.  
Wajah Wajah Ketegori Warga Emas.
Walaupun telah masuk umur berketegori warga emas masih meneruskan kerja kerja kebajikan khusus melalui Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia dan melancung ke distinasi pilihan