Saya membaca tulisan Bro Saian
Asmari dan Bro Khairul Zakaria pada profil di kedua dua daerah Kampung Padang
Jawa dalam blog JKKK masing masing. Saya juga pernah mengikuti rencana dalam
youtube mengenai soalan soalan yang di tanyakan kepada Bro Abd Aziz Barhan.
Secara peribadi saya mengenali Bro Saian Asmari dan Bro Abd Aziz Barhan
tetapi tidak dengan Bro Khairul Zakaria mungkin beliau lebih
"junior". Saya juga mengenali keluarga ketiga tiga mereka ini. Mereka
ini memanglah keturunan jawa, dua daripada tiga mereka ini menulis diblog sejak
2009 tanpa membuat apa apa kajian secara akademik dalam isu siapa peneroka awal
dikampung sendiri dan mereka tidak peka pada tulisan oleh penulis penulis yang
lebih awal menulis daripada mereka seperti :- Tn Hj Zainal Hj Hassan,Ketua
Kampung Padang Jawa yang Kedua dalam bukunya Bab 20. Kedatangan Datuk Ku 1953, S.Durai Raja Singam pada bukunya
Malayan Places Names t.t.p Singapore 1957, h 1891; Iskandar, Kamus Dewan, h
791, Koleksi Cerita Asal Usul dan
Sejarah Daerah Petaling. (2007). Shah Alam: Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN) Selangor. Twentieth century impressions of
British Malaya: Its history, People, Commerce, Industries, And Resources Oleh, Arnold Wright dan yang lain lain lagi.
Saya
hanya menulis dari sudut ingatan dan pandangan saya sejak 6 Mac 2012,hendak
memberikan sedikit ‘flashback’ sejarah Kampung Padang Jawa kepada warganya.
Setidak tidaknya untuk mengingati orang yang benar-benar memberi sumbangan dan
jasa kepada anak/warga kampong secara ‘organic’ dan akhirnya faham bagaimana
pimpinan terdahulu menggunakan asas kukuh dan berbangga dengan pimpinan masing-masing.
Kepimpinan kampung
dikedua dua bahagian di Padang Jawa jika ingin mempromosikan kejawaan mereka,
perlulah mengkaji segala dokumen yang berkaitan dengan orang jawa di kampung sendiri.
Saya pernah mengikuti satu video tentang soalan soalan yang ditujukan kepada Tn
Hj Abd Aziz Barhan mengenai penerokaan kampung ini. Jawapan Tn Hj Abd Aziz
Barhan…..setahu saya daripada orang dulu
dulu adalah orang jawa …………….mungkin datang daripada laut di Pelabuhan Klang.
Betapa
ceteknya pengetahuan seorang pemimpin. Kalau
ditanya siapa orang dulu dulu itu?. Tak ada siapa yang tahu. Sirah Nabi Muhammad
SAW ada periwayatnya setelah lebih 1400 tahun kewafatannya seperti buku Sirah
Nabawiyah Ibnu Hisyam, Sejarah Lengkap Kehidupan Nabi.
Malangnya
kisah kedatangan orang jawa ke Kampung Padang Jawa tidak ada periwayat. Wahai
Bro Saian Asmari, Bro Khairul Zakaria dan Bro Hj Abd Aziz Barhan,bagaimanakah
hendak megenepikan atau menidakkan tulisan tulisan orang orang terdahulu daripada
anda yang saya sebutkan seperti diatas.
Kedatangan orang orang jawa daripada Nusantara
atau Kepulauan Jawa kemudiannya menjadi Indonesia semestinya datangnya daripada
laut. Tn Hj Abd Aziz tahukan dulu belum ada Indonesian Air, MSA, Mas, GarudaAir,
Merpati Air, Air Asia dan sebagainya. Dari Port Klang ke Padang Jawa naik apa?
Masa itu belum ada Selangor Railway, Federated Malay State Railway, KTM dan
KTMB. Juga belum ada Jalan Batu Tiga Lama atau Federal Highway. Cuma yang ada
Sungai Klang menjadi highway tetapi tak pernah saya jumpa dalam sejarah
tertulis kedatangan orang jawa dengan sampan ke kampong ini. Mungkin ada
prewang yang boleh bawa mereka terbang dan mendarat di tanah lapang dekat
setesen keretapi lama. Ha ha ha.
Di tulisan yang lain saya akan kemukakan satu lagi dokumen
khusus di tulis mengenai penempatan orang jawa di Padang Jawa yang tidak pernah
dikaji oleh kepimpinan dikedua dua bahagian Padang Jawa kerana mereka tidak
tahu dokumen itu ujud dan dimana ianya berada.
No comments:
Post a Comment