Thursday, 27 March 2014

Lagi Sebuah Tempat Bernama "Padang Jawa" dan Kisah Orang Jawa di Padang Jawa.

Terdapat satu lorong yang ada nama "Padang Jawa" semasa saya melayari internet. Nama lorong tersebut adalah Lorong Padang Jawa, Taman Seputeh, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Tok tok Ketua serta Panglimanya di kedua daerah Kampung Padang Jawa akan pening kepala kerana nak tafsir ke bahasa jawa apa makna, lorong + Padang + Jawa = ?. Macam mana nak kaitkan orang jawa daripada mana pula yang memberi nama dan teroka tempat tersebut.  

Selangor memang ramai Jawa! Orang Jawa dikampungku lupa nak bongkar sejarah bila penghijrahan dan penempatan orang Jawa ke Selangor ini berlaku ?. Orang Jawa kampungku lupa tanah di Selangor bukannya kosong tiada manusia pada ketika itu, tetapi dihuni oleh orang Melayu tempatan. Orang Jawa dikampungku lupa setelah berlakunya asimilasi (perkahwinan campuran ) maka mulalah kedengaran slogan slogan walaupun tidak bertulis ‘Jawa was here’ atau ‘forever Javanese’ dan Jawa….Dulu, Kini dan Selamanya .

Konon digembar gemburkan Kampung Padang Jawa diterokai oleh orang orang Jawa oleh Tok Tok Ketua dikedua dua daerah Kampung Padang Jawa. Apakah benar?. Keujudan nama Kampung Padang Jawa tiada kena mengena dengan orang Jawa.  ( Nantikan tulisan saya akan datang)

Nak tanya orang Jawa di Padang Jawa dua soalan ?

1. British datang dulu ke atau orang Jawa datang dulu kePadang Jawa?.

2. Tanah tanah yang diduduki oleh Orang Jawa di Padang Jawa, siapakah pemilik asal yang tertera pada geran geran tanah tersebut? Jika boleh dinyatakan tahun seperti yang tertera pada geran geran tanah tersebut atau semakan boleh dibuat diPejabat Tanah.

Jawapan kepada kedua dua soalan ini akan merungkai sama ada "Jawa was here" di Kampung Padang Jawa.  

No comments:

Post a Comment