Monday, 20 January 2014

Komen Saya Pada Kembara Padang Jawa.



..........rencana ini telah dimuatkan pada komen video Kembara Padang Jawa diyoutube.

Oleh kerana Video Kembara Padang Jawa telah  ditarik keluar daripada youtube oleh "penguploadnya" pada 27hb Januari 2014 maka hari ini (27 Januari 2014) secara ikhlas saya menarik balik komen komen saya yang disiarkan pada 20 Januari 2014 dalam blog ini terhadap sekumpulan para pelajar Universiti Selangor (UNISEL). (pembuat Video Tersebut).

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt kepada tuan Hj Idris Hj Ismail, penulis blog padangjawaku.blogspot.com.

    Selaku anak muda yang masih mentah saya dengan ini mohon maaf kepada pihak tuan secara terbuka atas kelalaian saya dalam menitik beratkan kesan daripada video Kembara Kampung Padang Jawa dari akaun youtube saya.

    Cuma untuk pengetahuan tuan saya yang hanya sebagai editor dalam menghasilkan video tersebut tidak mengetahui tentang kesahihan info yang diperolehi dari rakan- rakan saya. Sekali lagi saya mohon maaf atas kecuaian saya. Video tersebut adalah bertujuan sebagai tugasan berkumpulan yang diberi oleh pensyarah bagi mengkaji tentang ekonomi, sejarah dan penempatan di sesuatu daerah.

    Kumpulan pelajar unisel dari kohort 14 diploma Pengajian Islam seperti yang dinyatakan pada huraian ringkas di video tersebut adalah rakan-rakan saya dan saya bukanlah pelajar dari Kursus Diploma Pengajian Islam kerana saya hanya sekadar editor video tersebut. Pada akhir video tersebut ada dimasukkan gambar beserta nama ahli kumpulan dan dalam gambar tersebut tidak ada gambar saya. Tujuan saya bukanlah untuk menutup kesalahan sendiri atau menunding jari pada rakan saya atau pada mana- mana pihak tetapi hanya sekadar menerangkan kedudukan saya yang terlibat dalam menghasilkan video tersebut. Sekali lagi saya dan bagi pihak rakan- rakan saya melahirkan kekesalan tentang apa yang telah kami lakukan.

    Kami tiada niat untuk memperlekehkan fakta dan mengolah fakta sejarah dengan sewenang- wenangnya demi kepentingan sendiri. Mungkin kami masih terlalu kerdil dengan kemampuan kami untuk melakukan tugasan seperti ini dan masih cetek dengan fakta sejarah tanah air.

    Insyaallah dengan teguran yang telah tuan berikan itu akan dapat kami perbaiki kesilapan dan kecuaian kami dan bagi menebus kesalahan kami, saya telah buang secara kekal video tersebut dati akaun youtube saya serta merta.

    Sekali lagi saya mohon maaf bagi pihak kami kepada pihak tuan. Sebagai anak muda kami masih perlukan bimbingan dari golongan yang jauh lebih arif.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah kerana kedua pihak yang tidak mengenali antara satu dengan lain yang mempunyai ego, beradu dalam dunia siber telah mencapai satu persetujuan. Maka dengan rendah hati saya juga memohon maaf kepada anda serta rakan rakan anda yang terlibat dalam pembikinan video tersebut diatas komen, serangan yang mungkin pedas serta keceluparan tulisan daripada minda saya. Sebagai menghormati tindakan anda, hari ini, saya juga memadamkan tulisan saya dalam blog ini pada entri saya 20 Januari 2014 mengenai video tersebut. Terus terang saya menyatakan saya hampir hampir menulis bantahan saya kepada Dekan dan Pensyarah anda "to play the game" tetapi memberikan ruang dan masa untuk melihat respons pada email saya " while keeping the ball is rolling".

    Untuk pengetahuan anda saya generasi keempat kepada peneroka awal Kampung Padang Jawa dan meneruskan tulisan (manuscript) serta usaha bapa saudara saya Tn Hj Zainal Hj Hassan seperti yang anda lihat pada bertulisan jawi dalam entri saya pada 8 Mei 2012.

    Saya doakan anda dan rakan rakan berjaya dalam pelajaran dengan syarat anda semua faham akan responsibilities as a student dalam apa jua keadaan. Getting a skroll of paper dalam pelajaran menunjukkan anda semua mempunyai satu tahap ilmu pengetahuan, tetapi dalam dunia pekerjaan serta mencari kekayaan kadang kadang tidak memerlukannya.

    Jika saya diperlukan saya sering berada di Kampung Padang Jawa. Saya tidak bermastautin disana atau email saja kepada saya di xtenaga@gmail.com.

    Sekian. Terima Kasih.

    ReplyDelete