Tuesday, 24 September 2013

Lawatan Warga Emas 7 Hari 6 Malam Ke Beijing, China

B-LAR - Cathay Pacific Airbus A330-300 aircraft
Perjalanan kami yang kebanyakkannya warga emas ke Beijing China pada jam 10.30 pagi menaiki pesawat Cathay Pacific daripada KL Airport transit di Hong Kong. Penerbangan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam dan kami tiba dilapangan terbang tersebut kira kira jam 3 petang.   


Bergambar di Hong Kong Airport.
Inilah Surau / Tempat Bersembahyang didalam Airport Hong Kong. Kami sempat melakukan Jamak Takdim Zohor dan Asar disini sebelum meneruskan perjalanan ke Beijing pada pukul 5 petang. Penerbangan kami daripada Hong Kong ke Beijing selama 2 jam 40 minit dengan menaiki pesawat Dragon Air
 Gambar sejurus tiba di Airport Beijing pada jam 8 malam setelah selesai urusan imigresen kami pun sibuk ke tempat menggambil bagasi.
Gambar dibawah ini adalah Taishun Business Hotel di No.323 Zhoujia Zhuang, Shibalidian, Chaoyang District, Beijing 100023, China (Fangzhuang) tempat penginapan kami selama berada di Beijing.

Hello, bergaya nak breakfast tapi dengan menu yang disediakan walaupun halal boleh ke lepas teka

Di Dataran Tianamen dan Kota Larangan.


Gambar di Dataran Tianamen dan Kota Larangan
Pintu Utama Masuk Istana Kota Larangan di Waktu Malam
Keadaan Trafik Yang Sesak di Kotaraya Beijing Waktu Malam.
Di Tembuk Besar China ( The Great Wall Of China)


Solat di Masjid Niujie dan Masjid Dongzhimenwai 

 Gambar Masjid Niujie
Niujie Mosques02.jpg

Masjid Niujie merupakan sebuah masjid bersejarah dan yang terbesar di antara 68 buah masjid di Bandaraya Beijing, Republik Raayat Cina dibangun pada tahun ke-14 oleh pemerintahan Tonghe dari Dinasti Liao. (tahun 996) oleh dua orang asal Arab. Masjid yang telah mengalami renovasi dan perluasan beberapa kali dizaman Dinasti Yuan, Ming dan Qing (abad 13 - 19) merupakan pusat komunikasi Muslim Beijing. Senibinanya memperlihatkan campuran bangunan tradisional seni khas Cina - Islam (Arab).Masjid terbesar di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam di daratan Cina.

Masjid Dongzhimenwai

Masjid Dongzhimenwai yang pernah dipanggil Masjid Erlizhuang Dongzhimenwai dibina pada zaman Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga tahun 1368 Masihi), iaitu era yang agama Islam yang berkembang paling makmur di China.Keluasannya lebih 700 meter persegi. Gaya seni binanya bercirikan bangunan Siheyuan, iaitu rumah yang mempunyai laman. Alamat: No.6, Chaci Housing Estate, Dongzhimen Wai, Dongcheng District, Beijing



DiLadang Buah Peach




Makanan Sepanjang Lawatan













No comments:

Post a Comment