Friday, 3 May 2013

Kempen Pilihan Raya & Bilik Gerakan Parti Politik Kat Kampungku.

Pada 2 Mei 2013 saya pulang kekampung sebentar. Selepas solat Isyak teringin nak melihat suasana malam dikampung pada musim berkempen PRU 13.   

Hebat kampungku turut serta dengan pelbagai aktiviti musim berkempen PRU 13 memberikan maklumat terkini, memberikan semangat supaya menyokong calon calon yang diutarakan pada penamaan calon tempoh hari. Acara seperti ini akan berterusan sehingga 12 malam 4 Mei 2013.

Kebetulan pada malam tersebut salah satu parti yang bertanding mengadakan ceramahnya di Jalan Mat Raji.Saya pun masuk kekhemah yang disediakan dan dapat bertemu dengan kenalan dan rakan sekampung. Kedengaran penceramah dengan isu sampah, banjir, Islam, Melayu, Raja, Perlembagaan dan macam macam lagi. Calon tak bersalaman pada hari penamaan calon pun nak dijadikan isu besar......tapi tengok dalam gambar lain pulak. Entahlah yang dicakap itu betul atau gambar yang salah.

Saya berada dikhemah tersebut tidak lama. Sambil melangkah menuju ke kenderaan, tiba tiba kedengaran tukang ceramah berkata "Betul Tak tuan tuan". Cepat sungguh warga Padang Jawa yang kebanyakkan nya memakai pakaian seragam sedondon menjawab "Betul". Tak tahulah apa betul apa yang tak betul.  


Sempat juga saya singgah ke bilik gerakan parti parti lain yang bertanding pada PRU 13 yang tidak jauh dari tempat ceramah itu sambil bertegur sapa dan bertemu kenalan dan rakan sekampung.Walaupun pada malam itu tidak ada aktiviti ceramah dipihak mereka, kelihatan petugas bilik gerakan sangat ceria menanti kedatangan 5 Mei 2013.
Undilah Dengan Kewarasan Minda Anda
Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai.     

1 comment:

  1. Rugi laaa...patut nya malam tu balik Padang Jawa jugak...tapi ada hal lain la yg tak mengizinkan....Nanti balik kita duduk minum kopi kat kedai Zul lah ye Yeh...

    ReplyDelete