Kundang Pokok
Kundang merupakan di
antara spesis buah nadir yang popular dikampung ku suatu masa dahulu. Boleh
dikata setiap keping tanah yang diusahakan oleh peneroka awal Kampung Padang
Jawa iaitu Tok Pakar, Tok Tahir dan Hj Sulaiman serta peneroka gelombang kedua
yang kebanyakkannya datang dari Langat mempunyai pokok kundang. Anak cucu cicit
mereka hingga ke generasi keempat memang puas menikmati buah kundang. Kini
hanya tinggal sepohon pokok kundang sahaja di Kampung Berangan. Arus pemodenan
menyebabkan penduduk kampung tidak lagi berminat untuk menanam spesis ini. Generasi
muda dikampung ku tidak akan kenal lagi pokok buah kundang pada masa hadapan.
Terdapat nama Jalan
Kundang (dalam kawasan Kampung Berangan, Padang Jawa Klang) kerana beberapa
pokok kundang ditempat itu suatu masa dahulu.
Pokok
kundang merupakan pokok malar hijau yang mampu mencapai ketinggian sehingga 25
meter. Buah kundang dikampungku adalah jenis yang berbentuk bulat.
Kebanyakannya mempunyai garis pusat 2.5 – 5.5 cm berwarna hijau ketika muda dan masam rasanya. Buah yang
matang dan cukup masak akan berwarna kekuningan dan jingga masam-masam manis
rasanya. Buah kundang masak kebiasaannya dimakan segar dan di buat jeruk. Buah
kundang yang muda pula boleh di buat sebagai kerabu untuk menggantikan buah
mangga di sesetengah daerah. Buah kundang muda boleh dibuat jeruk atau
digunakan dalam rojak atau gulai. selain itu ia juga boleh dibuat jem atau
dikeringkan untuk digunakan dalam acar.
Buah Kundang bermusim sekali setahun.
ada jual x? skang tgh musim ke? sy dr klang..kalo ade sms sy 0132701299.. nk bli cket je..ade kwn teringin..
ReplyDeleteada tak buah ni... saya tengah mengidam buah ni... uwaaaaa nak nangisss rasa nyaaa
ReplyDelete