Kebanyakkan orang sekarang tidak kenal apa
itu cemperai. Pokok ini makin pupus. Mungkin dikampung aku hanya dikawasan Jalan Berangan sahaja yang
boleh didapati beberapa batang pokok cemperai ini.
Cemperai, nama latinnya champeria griffithii,
adalah sejenis pokok renik yang daun mudanya dijadikan bahan sayuran orang
Melayu sejak zaman berzaman lagi.
Ada juga yang menyebutnya sebagai ciprih atau
cimpri. Cemperai merupakan sayuran tradisional yang amat digemari. Pucuk dan
daun mudanya boleh dimasak lemak, masak manis atau dimasak mengikut resipi
tradisional.
Selain
sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit
sendi tulang. ( seperti yang saya baca dalam blog di internet). Akar dan
daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan
akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang. Sayuran berkhasiat tinggi ini
semakin hari semakin dilupakan. Kebanyakan generasi muda tidak lagi mengenali
tanaman ini.
Daunnya bujur
dan bunga yang berwarna kehijauan. Buahnya berwarna kuning limau dan kemerahan
apabila masak.
Adalah diperhatikan pokok cemperai, yang hidup dibawah/naugan pokok besar daunnya berwarna hijau tua berkilat sementara pokok cemperai yang terdedah secara langsung daunnya agak keperangan kurus warna daunnya dan berbentuk panjang atau lonjong.
Cemperai juga boleh dimasak manis (bening) bersama ikan bilis dan sedikit bawang kecil yang dihiris. Selain daripada masak bening enak juga dimasak lemak puth bersama isi keledek manis dan dicampur dengan udang kering.
Di sesetengah tempat cemperai dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa.Kononnya,
jika dimakan mentah begitu seseorang
itu boleh kekal awet muda!