Thursday, 8 March 2012

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 2 - Sekolah Agama Kampung Padang Jawa


Saya pernah bersekolah agama di Kampung Padang Jawa diawal 60an. Ketika itu tiada bangunan khusus. Kelas Agama adalah di Masjid Lama (Masjid Kayu). Diantara ustaz yang masih saya ingai adalah  Ustaz Murad Fakeh ( masih hidup ketika saya bertemunya bersembahyang Jumaat dimasjid Lipat Kajang, berumur hampir 100 tahun kini menetap di Kg Jawa Klang) Ustaz Jamaluddin dan Ustaz Amiruddin.

Gambar diatas merupakan Bangunan Sekolah Agama Pertama di Kampung Padang Jawa. Tidak lama kemudian bangunan separuh terbuka ini telah didinding sepenuhnya dengan bertingkap. Lokasi sekolah ini dulu adalah di pintu/ gate  (yang asal) masuk ke masjid sekarang ini.

Sekolah ini pernah ditutup dan diruntuhkan. Alasan nya saya kurang pasti samada tiada guru/murid atau dasar kerajaan yang memansukkan tulisan jawi (zaman Khir Johari) ataupun memberi laluan untuk pembinaan Masjid baru.

Sekolah Agama bermula kembali setelah Imam Hj Ismail Hj Hassan bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Beliau mengajar disitu bersama Puan Jameah Nordin (Kini menetap di Kg Pandan Klang). Kelas kelas agama di ajar di dalam Masjid. Atas usaha J/kuasa Masjid dan masyarakat kampung maka terbina lah Bangunan Sekolah Agama 2 tingkat disebelah masjid dan selepas itu berpindah ke bangunan yang ada sekarang. (akan update gambar terbaru)


                                                           Dikemas kini Mei 2012

   Gambar Sekolah Rendah Agama bersebelahan Masjid sebelum berpindah kebangunan sekolah sekarang


            .Bangunan Sekolah Rendah Agama photo diambil dari sudut pintu masuk Sekolah Kebangsaan

                                                 Photo diambil dari sudut pintu masuk masjid.

No comments:

Post a Comment