![]() |
| Sumber foto - nasyieen.blogspot.com |
Friday, 30 August 2013
Salam Merdeka Ke 56
Thursday, 15 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
Safee Alwi Generasi Ketiga Keturunan Tok Tahir Peneroka Awal Kampung Padang Jawa Meninggal Dunia Hari ini.
Al Fatihah. En Safee Alwi merupakan generasi ketiga daripada keturunan Tok Tahir (Mohd Tahir b Masood, salah seorang peneroka awal Padang Jawa) meninggal dunia kira kira jam 1.30 petang hari ini 14 Ogos 2013 di kediamannya Lot 607 Lorong Berangan 1, Kampung Padang Jawa, Klang.Mengikut tarikh kelahirannya pada 12hb Oktober 1921, allahyarham berumur 91 tahun meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya telah dibawa daripada rumahnya ke Masjid As Solihin Kampung Padang Jawa pada jam 4 petang tadi untuk dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan. Jenazahnya akan dikebumikan selepas Solat Asar diTanah Perkuburan kampung tersebut.
Semoga ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin.
Wednesday, 7 August 2013
Selamat Hari Raya
Kepada warga Kampung Padang Jawa dan kaum muslimin dan muslimat saya mengucapkan :-
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Saturday, 27 July 2013
Air Batu Di Bulan Ramadan
Melalui zaman 50 / 60an peti ais / sejuk belum popular dan untuk memilikinya pun masih belum termampu oleh kebanyakkan warga Kampung Padang Jawa, maka hendak mendapatkan ais batu pun amat susah. Lebih lebih lagi bekalan elektrik belum ada lagi ke kampung ini.
Bekalannya air batu amat terhad diusahakan oleh sebuah kedai sahaja iaitu Kedai Pak Abu sedangkan permintaannya di bulan Ramadhan amat tinggi. Menariknya, Pak Abu sebagai penjual menyimpan bongkah air batu dengan menggunakan serbuk papan atau dibaluti dengan guni padi dalam sebuah peti kayu. Bongkah yang besar itu kemudian dipotong dengan menggunakan gergaji. Kalau lambat beli, alamatnya terpaksalah berbuka dengan air suam atau air panas sahaja. Bagi aku yang masih kanak-kanak pada ketka itu, sering menjalankan tugas membeli ais batu ini. Aku dengan seberapa daya upaya sekitar jam 4 petang sudah bergegas naik basikal menuju ke Kedai Pak Abu untuk membeli air batu. Ini kerana aku tidak sangup berbuka dengan air panas. Maklumlah kanak kanak, akan memastikan misi berkenaan berjaya. Walaupun serba kekurangan, bagiku ianya tetap merupakan salah satu kenangan yang terindah. Aku amat menghargai bila dapat membeli seketul ais dan direndam dengan air kelapa atau limau nipis atau sirap sarbat atau kembang semangkuk dan sebagainya.
Seketul air batu berukuran lebih kurang 6" x 4" x 3" cuma 10 sen sahaja. Kalau double sizenya 20 sen lah harganya. Namun dapat beli yang 10 sen jer, tu pun dah mencukupi. Air batu ni di selaputi habuk kayu gergaji dan dibungkus lagi dengan kertas surat khabar. Kalau tak buat begitu memang tak sampai berbukalah jawabnya. Ia akan cepat cair dan harapan untuk berbuka dengan nya akan tinggal harapan saja.
Memang sedap berbuka dengan air batu...sejukkk jer tekak!
Friday, 26 July 2013
Malam Tujuh Likor - Antara Budaya, Adat Dan Agama
Sumber : Flickr.Com Sumber : Sifumirza.blogspot.com
Sumber : tenganukita.blogspot.com
Malam Tujuh Likur
Gambar gambar tersebut diatas, mengimbas kembali keseronokkan pada malam tujuh likor dizaman kanak kanak dulu.
Bayangkanlah kehidupan seharian warga Kampung Padang Jawa yang tak begitu ramai
ketika itu. Tidaklah seperti sekarang. Pada malam hari setiap rumah diterangi dengan lampu pelita
atau lampu “carbide”. Yang berkemanpuan mengunakan lampu “gaslin”. Lampu lampu
jenis inilah yang menerangi kegiatan dan aktiviti dimasjid sebaya
denganku dengan perasaan girang dan gembira. Tiba 10 malam terakhir Ramadhan,
maka rumah masing akan diterangi oleh pelita yang diperbuat dari tin susu, botol,
buluh dan sebagainya dinyalakan dari sumbu tali guni atau kain serta mengunakan
minyak gas atau kerosene. Maka berubah wajah kampung dengan kerlipan lampu lampu
tersebut. Bagi peringkat
pemuda dan dewasa kegirangan mereka juga kelihatan. Dengan kudrat dan kekuatan
lebih daripada kami yang kanak kanak mereka membuat pintu gerbang dihias dengan pelbagai
pelita, Biasanya pintu gerbang ini akan
dibuat dijalan menuju kemasjid kampung.
Latar Belakang Kampung Padang Jawa Klang.
Ditahun 50an
dan 60an Kampung Padang Jawa Klang tidaklah berwajah seperti sekarang. Sebuah
kampong tua berumur lebih pada 130 tahun kira kira 5 batu daripada Bandar
Klang. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih hanya dinikmati sebahagian
penduduk kampong sekitar tahun 1967/1970. Penduduk kampung yang tinggal selepas
landasan rel keretapi mendapat bekalan tersebut berperingkat peringkat dari
tahun 1974/1975. Taburan penduduk dalam kampung ini didiami tidak lebih dari
100 buah rumah dan kedudukkan antara satu rumah kesatu rumah tidaklah dekat,
bergantung kepada keluasan tuan tuan punya tanah.
Bayangkanlah kehidupan seharian warga Kampung Padang Jawa yang tak begitu ramai
ketika itu. Tidaklah seperti sekarang. Pada malam hari setiap rumah diterangi dengan lampu pelita
atau lampu “carbide”. Yang berkemanpuan mengunakan lampu “gaslin”. Lampu lampu
jenis inilah yang menerangi kegiatan dan aktiviti dimasjid sebaya
denganku dengan perasaan girang dan gembira. Tiba 10 malam terakhir Ramadhan,
maka rumah masing akan diterangi oleh pelita yang diperbuat dari tin susu, botol,
buluh dan sebagainya dinyalakan dari sumbu tali guni atau kain serta mengunakan
minyak gas atau kerosene. Maka berubah wajah kampung dengan kerlipan lampu lampu
tersebut. Bagi peringkat
pemuda dan dewasa kegirangan mereka juga kelihatan. Dengan kudrat dan kekuatan
lebih daripada kami yang kanak kanak mereka membuat pintu gerbang dihias dengan pelbagai
pelita, Biasanya pintu gerbang ini akan
dibuat dijalan menuju kemasjid kampung.
Beberapa keunikan dulu di Masjid Padang Jawa pada malam 27 Ramadan, Malam Tujuh Likor diadakan Majlis Khatam Quran lebih kurang macam sekarang ini juga tapi dulu pembaca Quran bertadarus tak ada cenderamata / cenderahati. Yang istimewa lepas majlis khatam Quran adalah jamuannya. Walaupun sederhana tapi meriah dengan ambangnya. Kita boleh tahu mana ambang yang sedap dan ambang tersebut siapa yang bawa. Main Beduk Lepas Sembahyang Terawih.
Sejurus Pak Imam selesai solat witir maka bergemalah paluan beduk selama beberapa minit diatas menara masjid yang dipukul oleh kumpulan remaja belasan tahun. Ini menandakan solat terawih dah selesai. Beduk juga merupakan satu alat dengan pukulan yang tertentu memberitahu bahawa telah masuk waktu solat. Monday, 15 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)












