95 peratus keturunan Hj Ismail bin Hj Hassan dan Hjh Kamsiah Mahmud telah turun ke Kota Kinabalu, Sabah dengan tiga flight penerbangan untuk meraikan majlis perkahwinan anak kedua Sulaiman. Ibu kami Hjh Kamsiah Mahmud kelihatan amat gembira ke Kota Kinabalu, selain dapat bersama di majlis perkahwinan cucunya, dapat juga melihat dan tinggal dirumah baru anaknya di Taman Sungai Wang, Kinarut, Kota kinabalu, Sabah. Ibu juga gembira walaupun tenaganya sudah tak seberapa ingin melihat kebun buah buahan seluas 10 ekar yang diusahakan oleh Sulaiman Ismail kira kira 10 kilometer daripada rumahnya. Antara buah buahan yang di usahakan adala jering, petai, mangga, limau bali sukun, limau manis, lemon, rambutan, pisang, cempedak dan pelbagai lagi.
Hjh Kamsiah Mahmud kelihatan amat gembira didusun tersebut.
Waris yang lain bukan main seronok. Alah buah petai pun jadi tumpuan. Gambar dibawah pokok buah buahan yang diusahakan.