Hari Raya Aidiladha tahun ini Zulhijah 1436 amat bermakna bagi kami keturunan Hj Ismail Hj Hassan dan Hjh Kamsiah Mahmud kerana dapat meneruskan usaha usaha muafakat dan kasih sayang yang diajar oleh kedua ibu bapa kami dengan pakatan adik beradik dan ipar duai mengorbankan dua ekor lembu di rumah kelahiran kami di Padang Jawa. Lebih mengembirakan ibu kami dengan kehadiran anaknya sekeluarga yang bermastautin di Kota Kinabalu turut serta. Daging lembu tersebut telah diagih agihkan kepada fakir miskin. jiran jiran kami serta peserta korban dikalangan kami adik beradik dan keluarga.
Harapan Untuk Tahun Hadapan Dapat Diadakan Dengan Lebih Meriah.
Bergambar dengan isteri di pagi raya
Dua ekor lembu akan dikorbankan di Lot 603 Jalan Berangan, Kampung Padang Jawa, Klang.
Ibu dan adikku melihat sembelihan lembu korban.
Anak, menantu, cucu cucu ku serta anak anak saudara dan cucu cucu saudara ku seronok menggambil bahagian kerja kerja korban.
Adikku Halimah juga turut serta menyaksikan sembelihan tersebut.
Adikku Mohd Said (bertopi biru) sedang menumbangkan lembu untuk disembelih, manakala Sulaiman (berbaju merah) bersedia untuk menyembelih lembu tersebut.
Dua ekor lembu yang telah disembelih
Hjh Salmiah Hj Ismail, Suliman Hj Ismail dan Hj Idris Hj Ismail
Aksi Halim Jarudi
The Next Generation of Hj Ismail Hj Hassan And Hjh Kamsiah Mahmud
Penat dan Haus Mengerjakan Lembu
Dua Beradik Mengerjakan Kepala Lembu. Exotic bahagian telinga, hidung, dagu, mata dan lidah lembu. Beri Kepada Chef Yang Mahir Untuk Memasaknya - Wow tentu sedap dimakan.
Bab ini yang paling malas nak buat. Tapi Along Suhadah is the right person to do?