Monday, 15 June 2015
Gathering Anak Cucu Hj Ismail Hj Hassan Jun 2015 di Lot 603 Jalan Berangan Padang Jawa Klang
Sunday, 14 June 2015
Satu Bukti Kg Berangan, Padang Jawa Telah Di Buka Oleh Tok Pakar. Kemudian Datang British Buat Jalan Kereta Api serta Setesen Keretapi. Cerita Cerita Pasal Wak Kairan Yang Di Sebarkan Oleh Segelintir Orang Orang Jawa Di Kampung Padang Jawa Itu adalah Karut Sahaja.
Apa yang ingin saya perkatakan adalah sebaran
cerita mulut segelintir orang orang jawa di Padang Jawa kononnya Wak Kairan
buka dan beri nama Padang Jawa. Segelintir orang orang Jawa di Padang Jawa ini memang tak tahu atau buta
sejarah akan kedatangan orang orang jawa ke Selangor. Persoalan yang perlu
orang orang jawa di Kampung Padang Jawa ini jawab adalah, adakah British atau Orang Jawa datang ke Selangor
ini.? Ibarat pepatah Melayu menyatakan kalau tak ada gula manakan ada semut.Kalau ianya betul orang jawa yang buka Padang Jawa mana buktinya?.
British ada bahan bukti yang ditinggalkan.Apabila
Tanah Melayu merdeka pada 1957 maka semua rekod British diambil/di kumpulkan dan disimpan oleh Pemerintah Yang Memerdekakan Tanah Melayu dan sekarang ini di tadbir oleh ARKIB NEGARA.
Setesen Keretapi Padang Jawa yang dulunya berhadapan dengan Kampung Berangan.Kampung ini telah diterokai pertama kalinya oleh Tok Pakar bukannya Wak Kairan.Bila Wak Kairan ini datang?
Rekod daripada Arkib Negara yang ingin saya tunjukkan adalah persempadanan tanah reserve Station Keretapi Padang Jawa dengan reserve tanah orang kampung. Kampung Berangan ini telah wujud terlebih dahulu daruipada pembangunan jalan keretapi oleh British pada 1886..
Tajuk :Forward tracing showing the village reserve and railway station reserve at Padang Jawa.
Lokasi :Ibu Pejabat
No.penerimaan / No rujukan : 1957/0152294
Sumber : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
No.penerimaan / No rujukan : 1957/0152294
Sumber : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Satu lagi yang saya nak tunjukkan pada segelintir orang orang jawa ini dan warga Kampung Padang Jawa adalah cara pentadbiran British nak buat station keretapi di Kampung Padang Jawa. Bukan nya omong omong kosong seperti yang disebarkan oleh segelintir orang jawa di Padang Jawa yang dipenuhi kekarutan konon nya Wak Kairan yang minta dengan British.
Tajuk :Proposed Railway reserve - Padang Jawa Railway Station
Lokasi : IBU PEJABAT
No.Penerimaan/No.Rujukan : 1957/0130937
Sumber : SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PEJABAT
Rujukan - Arkib Negara Malaysia.
Friday, 5 June 2015
Hebat Orang Ini - PELOPOR PUISI MELAYU MODEN - Mohammad Yasin Maamor.
Mohammad Yasin Maamor atau nama samarannya PUNGGOK 1910 - 1971
Saya pernah bertemu sekali dengan orang hebat ini Allahyarham .Mohammad Yasin Maamor yang kami panggil Pak Hitam Yasin ketika umur saya masih remaja sekitar 19 tahun kira kira dalam tahun 1969 atau pun 1970. Allahyarham tidak merokok. Beliau menasihatkan kami bagaimana beliau menabung dengan memasukkan duit yang dianggap membeli rokok kedalam tabung. Pada masa itu sekotak rokok amat murah dibandingkan sekarang. Sekotak rokok adalah dibawah satu ringgit.
Sepanjang yang saya ketahui Tok Pakar orang pertama datang dan meneroka Kampung Berangan Padang Jawa. . Kemudian di ikuti oleh Tok Tahir, Hj Sulaiman, Jamin, Maamor dan keluarga Hj Ahmad ( Imam Pertama Padang Jawa). Mereka ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat melainkan keluarga Hj Ahmad. Harta peninggalan mereka dan cucu cicit mereka masih ada lagi sehingga hari ini.
Saya tidak dapat mencari maklumat lebih jauh mengenai Maamor kerana beliau meninggal dunia diawal kurun 19 dan orang orang tua di Padang Jawa pun sudah tiada lagi untuk dibuat rujukkan. Walau bagaimana pun mengikut ibu saya Hjh Kamsiah bt Mahmud (masih ada lagi berumur 86 tahun) memberitahu saya bahawa isteri Maamor adalah adik kandung kepada Hj Sulaiman.
Pungguk atau nama sebenarnya Mohammad Yasin Maamor
Pelopor
Puisi Melayu Moden
Dua buah sajak yang dipercayai paling awal
ditulis di Tanah Melayu adalah :-
(b’’Ditengah Segara’’ hasil pena Pungguk Ia diterbitkan oleh dalam ’’Majalah Guru’’ Jilid 10, 12 Disember 1933, yang merupakan penerbitan oleh sekumpulan guru yang berada di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Pungguk atau nama sebenarnya
Muhammad Yassin bin Maamur telah dilahirkan 18 September 1910 di Brickfields,
Kuala Lumpur. Sewaktu berusia enam tahun, dia kehilangan ayah. Semenjak itu dia
tinggal bersama ibu dan abang-abangnya. Pada peringkat awal pendidikannya,
Pungguk sering bertukar sekolah kerana mengikut lbu clan abang-abangnya. Pada
tahun 1928 beliau telah lulus darjah V dengan mem-peroleh kelulusan yang
terbaik bagi seluruh negeri Selangor. Dari tahun 1929 hingga 1931 Pungguk telah
menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim.
Sewaktu berada di maktab inilah beliau telah berkenal rapat dengan
penulis-penults yang sedang menuntut di MPSI pada waktu itu seperti Abdullah
Sidek dan Ibrahim Haji Yaakob. Beliau gemar membaca akhbar, majalah serta
buku-buku, baik di dalam negeri mahu pun dari Indonesia. Di maktab inilah juga
muncul hasrat Pungguk untuk menjadi pengarang.
Sesudah lulus dari MPSI, Pungguk
mengajar di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala
Lumpur, Sekolah Melayu Beranang, Sekolah Melayu Beranang Hill; Sekolah Melayu
Banting, Kuala Langat dan Sekolah Melayu Tanjung Karang iaitu dari tahun 1932
hinggalah 1956. Mulai tahun 1958 hingga tahun 1965, Pungguk telah dilantik
sebagai guru pelawat Sekolah-sekolah Melayu Da-erah Ulu Langat. Di samping
menjadi guru, Pungguk juga menjadi pengarang Majalah Guru pada tahun 1932. Pada
tahun 1934, beliau telah menjadi ketua pengarang Majalah Guru.
Minat Pungguk terhadap dunia
penulisan telah bermula sejak menuntut di MPSI lagi. Penulisannya meliputi
pelbagai genre seperti puisi, cerpen, rencana, clan cerita-cerita bersiri yang
tersiar dalam Majalah Guru dan aklabar Majlis. Pembicaraan tema clan persoalan
dalam karya-karya beliau, terutama dalam cerpen dan novel berkisar di sekitar
cinta clan kahwin paksa, moral clan pengaruh moden, kisah biasa dalam
masyarakat dan soal politik, ekonomi dan nasionalisme orang Melayu (1988: 493).
Beliau telah menggunakan berbagai-bagai nama samaran selain daripada Pungguk
dalam dalam dunia penulisan. Antaranya, Keris Melayu, Malim Deman, Pengarang,
Pensel Biru, Pujangga, dan Tanah Emas.
Meskipun penulisannya meliputi pelbagai genre, namun signifikannya penulis ini ialah kerana beliau dimartabatkan sebagai pelopor puisi Melayu moden. Hampir semua peneliti berse¬tuju dengan hakikat itu. Menurut Usman Awang dan Ismail Ahmad :
Meskipun penulisannya meliputi pelbagai genre, namun signifikannya penulis ini ialah kerana beliau dimartabatkan sebagai pelopor puisi Melayu moden. Hampir semua peneliti berse¬tuju dengan hakikat itu. Menurut Usman Awang dan Ismail Ahmad :
"Majalah yang mempelopori
penyairan sajak Melayu baru ini ialah Majalah Guru dan, penyair yang dianggap
mempelopori penulisan puisi moden ini ialah Punggok. Ia bertindak sebagai
penyambung di antara puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk
lama. Ia sekadar menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian
Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun ke tebing
penulisan sajak" (1981: 2).
Sepanjang penglibatannya di dalam
dunia puisi, Pungguk telah menghasilkan sebanyak dua puluh buah puisi. Walaupun
secara relatif, jumlah ini tidaklah banyak sebagaimana yang hasilkan oleh
penyair-penyair kemudian namun sumbangannya kepada dunia puisi khususnya dan
dunia kesusasteraan Melayu umumnya amat bermakna dan berharga. Ini kerana
beliaulah yang telah mempelopor tradisi penulisan puisi Melayu moden di
Malaysia.
Sebanyak lima buah puisi terawal telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mac tahun 1934 iaitu, `Keluh-kesah',’Selalu Merayu’, `Tak Disangka-sangka', ‘Pujukan Hati', dan ‘Ibuku’ selain dari puisi pertamanya bertajuk "Di Tengah Segara" yang tersia pada tahun 1933. Ini diikuti dengan puisi-puisi beliau yang lain.
Sebanyak lima buah puisi terawal telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mac tahun 1934 iaitu, `Keluh-kesah',’Selalu Merayu’, `Tak Disangka-sangka', ‘Pujukan Hati', dan ‘Ibuku’ selain dari puisi pertamanya bertajuk "Di Tengah Segara" yang tersia pada tahun 1933. Ini diikuti dengan puisi-puisi beliau yang lain.
Di Tengah Senggara
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa
Tuan mengeluh menanggung nestapa
Kudengar turut sama bersedih
Meski kurenang takkan berjumpa
Segara berpuaka – teluk beralih
Dengar sahaja doa kupohonkan
Kepada Allah Yang Maha Kaya
Allah menolong jiwa telapakkan
Sampai ke tepi selamat bahagia.
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
Majalah Guru, Jilid 10, 12 Disember 1933
Oh ibuku
Wahai ibuku wahai bondaku
Mengapa tak tidur mengapa dukacita?
Malam siang panas dan sejuk.
Ayuhai anakku, ayuhai puteraku!
Mendidik kau terang dan gelita
Puas dinyanyi jemu dipujuk.
Hai Azab bonda mengasuh beta
Makan minum sekalian dicega
Menyelamatkan anak ‘kan jadi manusia
Itulah ibu terus berkata:
Lindungan ibu sebagai mega
Lelahan ibu hilang upaya.
Ibu, ibu Makhota negeri
Besumpahlah anakanda dalam dunia
Membela pelihara akan bondaku.
Anakanda, anakanda mastika puri
Selamatlah engkau dalam bahagia
Siratkan niatmu sebagai biku.
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)
Mengapa tak tidur mengapa dukacita?
Malam siang panas dan sejuk.
Ayuhai anakku, ayuhai puteraku!
Mendidik kau terang dan gelita
Puas dinyanyi jemu dipujuk.
Hai Azab bonda mengasuh beta
Makan minum sekalian dicega
Menyelamatkan anak ‘kan jadi manusia
Itulah ibu terus berkata:
Lindungan ibu sebagai mega
Lelahan ibu hilang upaya.
Ibu, ibu Makhota negeri
Besumpahlah anakanda dalam dunia
Membela pelihara akan bondaku.
Anakanda, anakanda mastika puri
Selamatlah engkau dalam bahagia
Siratkan niatmu sebagai biku.
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)
Keluh Kesah
Waktu senja burung terbang
waktu adinda bersedih cita
hancur dan lebur di kalbu abang
sedihkan adik panah dewata
Waktu dinihari malam yang sunyi
waktu kanak-kanak kehilangan ibu
abang meratap berbagai bunyi
merindukan adik bernyala di hati
Waktu subuh menyingsing di angkasa
waktu tabuh bersahut-sahutan
abang termimpi berbagai rasa
adik disangka hanyut di lautan
Waktu labut menyambut siang
waktu makhluk bangun bekerja
abang terlalai waktu sembahyang
asyikkan adinda intan durja
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)
Waktu senja burung terbang
waktu adinda bersedih cita
hancur dan lebur di kalbu abang
sedihkan adik panah dewata
Waktu dinihari malam yang sunyi
waktu kanak-kanak kehilangan ibu
abang meratap berbagai bunyi
merindukan adik bernyala di hati
Waktu subuh menyingsing di angkasa
waktu tabuh bersahut-sahutan
abang termimpi berbagai rasa
adik disangka hanyut di lautan
Waktu labut menyambut siang
waktu makhluk bangun bekerja
abang terlalai waktu sembahyang
asyikkan adinda intan durja
Punggok (Muhammad Yassin bin Maamur)
(Majalah Guru, Mac 1934.)
Persoalan
cinta kepada insan yang bukan sejenis dengannya juga turut terpancar dalam
puisi-puisi ciptaannya pada waktu itu. Ini sesuai dengan umur penyair pada masa
itu yang berada di dalam lingkungan 20-an. Perasaan cinta yang kian kuat
menggugahnya itu cuba ditahan dan dipujuknya agar tidak menurut nafsu. Ini
dinyatakan oleh penyair dalam sajaknya:
Tenang, hatiku tenang! Tahankan tangis ratapmu,
Istimewa keluh kesahmu,
Membuat akalku tenggelam berenang.
Bersih otakku bersih!
Usah dimimpi yang jauh masih,
Walau pun kata oh ... kasih!
Rosak jantungku pertemuan selisih.
(Majalah Guru, 1934)
Pungguk juga turut mengabadikan persoalan yang berkisar di sekitar peribadinya dalam puisi-puisi ciptaan beliau terutama tentang kehidupan rumah tangganya yang semakin goyah.
Oh Tuhan ..,!
Anugerahilah cintamu
Ke dalam sanubari segenap ronggaku
Sudah bertahun aku tersemu
Sesak nafas lidahku kelu
Oh Tuhan ...!
Siramlah rahmatmu
Ke liang jantung segala hatiku
Ku sambut dengan suka hati
Ku pelihara ... cinta berahi
( “Oh Tuhan”, Majalah Guru, Julai 1936)
Selain persoalan tentang cinta dan kasih sayang terhadap sesama manusia, penyair juga mengungkapkan rasa kekagumannya terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam ciptaan Tuhan itu dibandingkan pula dengan seorang gadis cantik :
Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah
Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmat.
(“Indahnya”, Majalah Guru. Ogos, 1936.)
Persoalan tentang nasionalisme digarap oleh penyair dalam puisinya
MERDEKA ... MERDEKA ... MERDEKA
Berkorban dengan harta dan kekayaan
Berkorban dengan hati dan perasaan
Berkorbanlah dengan jiwa dan kematian
446 tahun mendung hitam diangkara
matahari gelap disaput mega
mendayu-dayu ombak di Selat Melaka
tergendong Gunung Tahan walau tinggi
kekeringan muara air tak memenuhi
malang sial hamba Tanah Melayu diratapi
Oh ... jadi hamba ditindasi…
( “Merdeka ... Merdeka ... Merdeka Bingkisan Merdeka, 1957)
Tenang, hatiku tenang! Tahankan tangis ratapmu,
Istimewa keluh kesahmu,
Membuat akalku tenggelam berenang.
Bersih otakku bersih!
Usah dimimpi yang jauh masih,
Walau pun kata oh ... kasih!
Rosak jantungku pertemuan selisih.
(Majalah Guru, 1934)
Pungguk juga turut mengabadikan persoalan yang berkisar di sekitar peribadinya dalam puisi-puisi ciptaan beliau terutama tentang kehidupan rumah tangganya yang semakin goyah.
Oh Tuhan ..,!
Anugerahilah cintamu
Ke dalam sanubari segenap ronggaku
Sudah bertahun aku tersemu
Sesak nafas lidahku kelu
Oh Tuhan ...!
Siramlah rahmatmu
Ke liang jantung segala hatiku
Ku sambut dengan suka hati
Ku pelihara ... cinta berahi
( “Oh Tuhan”, Majalah Guru, Julai 1936)
Selain persoalan tentang cinta dan kasih sayang terhadap sesama manusia, penyair juga mengungkapkan rasa kekagumannya terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam ciptaan Tuhan itu dibandingkan pula dengan seorang gadis cantik :
Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah
Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmat.
(“Indahnya”, Majalah Guru. Ogos, 1936.)
Persoalan tentang nasionalisme digarap oleh penyair dalam puisinya
MERDEKA ... MERDEKA ... MERDEKA
Berkorban dengan harta dan kekayaan
Berkorban dengan hati dan perasaan
Berkorbanlah dengan jiwa dan kematian
446 tahun mendung hitam diangkara
matahari gelap disaput mega
mendayu-dayu ombak di Selat Melaka
tergendong Gunung Tahan walau tinggi
kekeringan muara air tak memenuhi
malang sial hamba Tanah Melayu diratapi
Oh ... jadi hamba ditindasi…
( “Merdeka ... Merdeka ... Merdeka Bingkisan Merdeka, 1957)
Gaya Perpuisian Pungguk
Kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden sama-sama mewarnai puisi-puisi ciptaan Pungguk. Puisi-puisi Pungguk menjadi garis pemisah antara puisi Melayu lama dan puisi Melayu moden. Namun begitu pengaruh tradisi masih menjelma dalam puisi-puisi ciptaannya. Paduan antara warisan tradisi dengan pengaruh moden jelas menjadi citra puisi-puisi Pungguk.
Dari segi pengaruh tradisinya, puisi-puisi Pungguk masih memperlihatkan kesan pengaruh pantun dan syair. Ini antaranya dapat dilihat pada aspek rima dan bentuk serta bahasa.
Waktu senja burung terbang
Waktu adinda bersedih cita
Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik panah dewata
Waktu dinihari malam yang sunyi
Waktu kanak-kanak kehilangan ibu
Abang meratap berbagai bunyi
Merindukan adik bernyala di kalbu.
(“Waktu Senjakala”, Majalah Guru, Julai 1935.)
Berdasarkan petikan puisi di atas, jelas sekali rima hujung puisi tersebut menyamai rima hujung pantun iaitu abab. Dari segi struktur binaan atau bentuk pula dapat dilihat bahawa puisi di atas terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dengan mempunyai 8-12 suku kata sebagaimana struktur pantun dan syair. Cuma bezanya dalam pantun, dua baris teratas sebagai pembayang dan dua baris berikut sebagai maksud, sedangkan dalam puisi di atas keseluruhan barisnya membawakan maksud. Struktur binaan yang sama juga turut terdapat dalam puisi berikut:
Termenung aku di pantai berida
Memandang ombak menderu-deru
Jantungku sedih mengenang adinda
Cintaku terkobar darahku terharu
(Adindaku Sayang, Majalah Guru, Julai 1936)
Unsur-unsur menonjol dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk.
Ternyata Pungguk cuba memberikan kelainan dalam puisi-puisinya dengan melarikan diri daripada pengaruh tradisi yang sekian lama membelenggu dirinya. Justeru itu dapatlah dilihat kelainan dalam puisipuisi Pungguk khususnya dan sudut rima hujung dan struktur binaannya. Ini misalnya dapat dilihat dalam petikan puisi berikut:
Ayuhai rindunya Wahai sedihnya
Beta tanggungkan
Hati yang sayu
Kalbu yang pilu
Dakutangisku... dakuangankan...!
“Selalu Merayu”, Majalah Guru, Mac 1934.
Berdasarkan puisi di atas, dapat dilihat bahwa rima hujnngnya tidak lagi sama seperti pantun dan syair sebaliknya bebas. Begitu juga dengan struktur binaannya yang tidak lagi tenikat kepada struktur binaan puisi-puisi Melayu tradisional. Demikian juga dengan puisi di bawah ini:
Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah
Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmati.
(“Indahnya”, Malalah Guru, Ogos 1936)
Kedua-dua pengaruh, tradisi dan moden sama-sama mewarnai puisi-puisi ciptaan Pungguk. Puisi-puisi Pungguk menjadi garis pemisah antara puisi Melayu lama dan puisi Melayu moden. Namun begitu pengaruh tradisi masih menjelma dalam puisi-puisi ciptaannya. Paduan antara warisan tradisi dengan pengaruh moden jelas menjadi citra puisi-puisi Pungguk.
Dari segi pengaruh tradisinya, puisi-puisi Pungguk masih memperlihatkan kesan pengaruh pantun dan syair. Ini antaranya dapat dilihat pada aspek rima dan bentuk serta bahasa.
Waktu senja burung terbang
Waktu adinda bersedih cita
Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik panah dewata
Waktu dinihari malam yang sunyi
Waktu kanak-kanak kehilangan ibu
Abang meratap berbagai bunyi
Merindukan adik bernyala di kalbu.
(“Waktu Senjakala”, Majalah Guru, Julai 1935.)
Berdasarkan petikan puisi di atas, jelas sekali rima hujung puisi tersebut menyamai rima hujung pantun iaitu abab. Dari segi struktur binaan atau bentuk pula dapat dilihat bahawa puisi di atas terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dengan mempunyai 8-12 suku kata sebagaimana struktur pantun dan syair. Cuma bezanya dalam pantun, dua baris teratas sebagai pembayang dan dua baris berikut sebagai maksud, sedangkan dalam puisi di atas keseluruhan barisnya membawakan maksud. Struktur binaan yang sama juga turut terdapat dalam puisi berikut:
Termenung aku di pantai berida
Memandang ombak menderu-deru
Jantungku sedih mengenang adinda
Cintaku terkobar darahku terharu
(Adindaku Sayang, Majalah Guru, Julai 1936)
Unsur-unsur menonjol dalam puisi-puisi ciptaan Pungguk.
Ternyata Pungguk cuba memberikan kelainan dalam puisi-puisinya dengan melarikan diri daripada pengaruh tradisi yang sekian lama membelenggu dirinya. Justeru itu dapatlah dilihat kelainan dalam puisipuisi Pungguk khususnya dan sudut rima hujung dan struktur binaannya. Ini misalnya dapat dilihat dalam petikan puisi berikut:
Ayuhai rindunya Wahai sedihnya
Beta tanggungkan
Hati yang sayu
Kalbu yang pilu
Dakutangisku... dakuangankan...!
“Selalu Merayu”, Majalah Guru, Mac 1934.
Berdasarkan puisi di atas, dapat dilihat bahwa rima hujnngnya tidak lagi sama seperti pantun dan syair sebaliknya bebas. Begitu juga dengan struktur binaannya yang tidak lagi tenikat kepada struktur binaan puisi-puisi Melayu tradisional. Demikian juga dengan puisi di bawah ini:
Indahnya alam dijadikan Allah
Sungai laut asyik terdedah
Bukit gunung tinggi dan rendah
Mergastua unggas dan manusia
Kayu kayan rumput rampai
Hijau kuning biru terampai
Udara angin berkisar bersepai
Manusia pahit tawar nikmati.
(“Indahnya”, Malalah Guru, Ogos 1936)
Berita Muhammad Yasin Ma'amor atau nama samarannya PUNGGOK didada akhbar
Berita Harian 27 September 1965
Berita Harian 20 Januari 1967
Al FatihahBerita Harian, 11 July 1971, Page 12
PUNGGOK :-
PENYAER
YANG
BERJASA
PADA
DUNIA
PUISI..
Oleh.Usman
Awang
[JUMA'AT, 2 Julai, 1971. Pintu hayat-nya tertutop dan
sa-orang pujangga Melayu yang memberikan
suatu jalan kapada kehidupan puisl moden meninggalkan kita untok sa-lama-nya
di-bawah genangan ayer mata ke-luarga-nya.
Muhammad Yassin bin
Ma'amor dalam perjalanan puisi Melayu moden menuliskan nama-nya
PUNGGOK wafat dalam usia 67 tahun 9 bulan 14 hari.
Sejarah remaja-nya bermula dari awal Januari 1928 menjadi
guru pelateh dan Januari 1929 hingga akhir Disember 1931 di Maktab Perguruan
Sultan Idris Tanjong Malim Dan semenjak itu ia dalam dunia perguruan
sa-hingga-lah bersara bulan September 1965
Di lahirkan pada 18 September 1910 di Brickfield, Kuala
Lumpur, penyaer ini berasal dari waris
Biduanda, Waris Datu Engku Ulu Langat, Selangor. Puisi-nya ada-lah
belain rasa yang sa-pintas lalu ada-lah alun perasaan muda berchinta , tapi
pada hakikat-nya sa-penoh sedar dalam kemampuan zaman. Punggok merakam chita2
zaman-nya yang memerchikkan api penentangan dan anti penjajahan Inggeris.
Memikat
Sa-telah bersara menetaplah Punggok di Beranang
dan kegemaran-nya paling utama ia-lah memikat balam. Barangkali ada kaitan aneh
yang rahsia bagi penyaer ini dalam mengambil nama Punggok sa-bagai
nama pena-nya dengan chinta-nya yang mendalam terhadap burung
balam. Sekitar kampong-nya ia terkenal sa-bagai pemikat balam yang mengenal nilai
bunyi balam dengan pemusatan rasa yang sa-lama-nya menenggelamkan dalam adun
suara balam.
Lebeh dari itu pula Punggok dalam mengakhiri sisa usia-nya di-kenal
sa-bagai sa-orang dukun, mengubati penyakit ghaib: kena hantu, perbuatan
orang,dan kena seher. Mereka yang dating berubat terdiri dari semua bangsa.
Beberapa orang mahasiswa unibersiti pernah menemui-nya untok
kepentingan kajian sasteradan ada orang Amerika juga dating menemui-nya untok
membuat kajian tentang penyaer ini.Barangkali berita terakhir yang disenangi Almarhum
Punggok ia-lah Tan Sri Ghazali
mengumumkan keperluan membentok AKADAMI SASTERA. Dia tidak mendengar dan tidak
akan melihat akadami ini membuka tirai-nya, tetapi PUNGGOK tanpa di-sedari-nya
telah ikut memberikan suatu batu asas-nya, Dan apa-kah batu nesan pusara-nya
akan di-usapi angin yang membisekkan khabar bahawa penyaer PUNGGOK mendapat
kehormatan dan penghargaan dari bangsa-nya?
Berangkat-lah usongan
Lahat dingin tanah terchinta-mu
Di-sini beristirehat-lah
Keliling-mu pepohonan nyanyi balam
Di-Kota Puisi terbuka sabda-mu
Kita tidak pernah berkata meminta apa
Puisi itu suara anugerah
Kekaseh setia sa-lama-nya
Beristirehat-lah
Keliling-mu dedaunan hijau
Balam menyanyikan chinta-mu
Melebarkan sayap-nya di-pusara-mu
Punggok akan bersuara,bersuara dan bersuara
Rujukan :-
Pelopor Puisi Melayu Moden - Abd Razak Kassim
Berita Harian 27 September 1965
Berita Harian 20 Januari 1967
Berita Harian, 11 July 1971, Page 12
Subscribe to:
Posts (Atom)