Kota Raja Mahadi 
Gedung Raja Abdullah
Jalan Tengku Kelana 1900  
 Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library                    
Sungai Klang sebelum dibina Jambatan Bellfield pada 1908
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
Jambatan Bellfield setelah dibom oleh pihak British dalam perang dunia 2
Sumber photo pasanglang.com
James Craig & George Russell pembuat Jambatan Bellfield pada 1908 menaiki kereta 16 HP AlbionSumber photo - clairegrey.co.uk
Klang Club
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
Pada 1906 Messrs Whitall & Co. ada lah Estate Agent s dan General Merchants yang membuka pejabatnya di Klang .
  Sumber photo - Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources.- Wright, Arnold - Cornell University Library
Jalan Tengku Kelana Dalam Tahun 1960an
The Evergreen Restaurant di tahun 1955 (Sekarang ini di Bank Islam Klang)
Sumber photo klanghistory.blogspot.com
Deretan Kedai ( Sekarang ini Emporium Makan Klang)
 Sumber photo .klanghistory.blogspot.com
Panggung Wayang Capitol Klang (Sekarang ini Centre Point)
Sumber photo klanghistory.blogspot.com
Sumber photo dan info daripada KOSMO 
TARIKH 18 Disember lalu, satu lagi lembaran sejarah penting tercatat 
bagi komuniti penduduk India Muslim di bandar Klang, Selangor. Bersamaan
 dengan 1 Muharam 1431 Hijrah iaitu sambutan tahun baru dalam kalendar 
umat Islam, berlangsung majlis gilang-gemilang sempena meraikan kejayaan
 pembinaan Masjid India Selatan Klang dengan imej baru yang lebih moden.
Lebih istimewa, majlis perasmian pembinaan semula masjid tersebut 
telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah 
Al-Haj yang kemudian memberi nama baru iaitu Masjid India Muslim Tengku 
Kelana.
Jika disingkap sejarah lama, masyarakat India Muslim yang berhijrah 
ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah membina sebuah masjid di bandar 
Klang seawal tahun 1890.Kemudian pada tahun 1904, sebuah bangunan telah dibina dan berfungsi 
sebagai rumah ibadat yang dinamakan Masjid India Selatan Klang. Ia 
ditadbir oleh sekumpulan masyarakat India Muslim yang bermazhab Hanafi 
diketuai oleh saudagar R.M Pakir Mohamed.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid India Selatan 
Klang, Profesor Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah, masjid tersebut 
boleh dikatakan mempunyai hubung kait yang rapat dengan keluarga diraja 
Selangor.Ini kerana ujar beliau, pada tahun 1920-an, tapak masjid itu telah 
dikurniakan secara rasminya kepada seorang saudagar terkenal, R.E 
Mohamed Kassim oleh Sultan Selangor kelima, Sultan Ala'eddin Suleiman 
Shah iaitu nenda kepada Sultan Sharafuddin.
Menurutnya lagi, R.E Mohamed Kassim yang merupakan ketua masyarakat 
India Muslim (Al-Hasanatul Jariatul Islameya) pada waktu itu telah 
mentadbir masjid tersebut dengan penuh tanggungjawab sebelum meninggal 
dunia pada tahun 1931. Di atas perkenan sultan, jenazah Allahyarham 
dimakamkan bersebelahan masjid.
Meneruskan bicara, Mohamed Haniffa berkata, pada tahun 1974, masjid 
ini telah dibina semula dan diuruskan oleh Abdul Gafoor K.A Peer 
Mohamed. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah merasmikan 
pembukaan masjid itu pada 30 Ogos 1974.
Pasar Besar Klang
Sumber photo klanghistory.blogspot.com


















 













