Sunday, 28 April 2013

Baucar BRIM 2.0

BAUCAR BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 tersebut.


Generasi Kedua Keturunan Hj Sulaiman - Salah Satu Peneroka Awal Kampung Padang Jawa.

Terima kasih Sdra Mohd Khaidir Abas kerana memberi komen dan membetulkan fakta. Rajah asal telah saya delete dan berikut adalah rajah yang telah di perbaiki..

Menurut buku Manucript Hj Zainal Hj Hassan yang ditulis oleh beliau sendiri pada tahun 1953 bahawa penerokaan awal Kampung Berangan (kini Jalan Berangan) Padang Jawa adalah Tok Pakar membawa keluarganya pada sekitar tahun 1875. Kisah Tok Pakar berhijrah daripada Langat ke Padang Jawa kerana menyelamatkan anak gadis suntinya menjadi gundik kepada Raja.Ketika Sultan Abdul Samad telah berpindah pentadbirannya daripada Kuala Selangor ke Langat, Banting. Cerita ini di ceritakan oleh ibunya HjhJaiyah Hj Sulaiman sendiri kepada beliau. Hj Zainal lahir diKampung Berangan pada tahun 1915.

Tanah yang mula mula diterokai oleh Tok Pakar adalah (sekarang ini) di Lot 607 Jalan Berangan. Selang beberapa musim Tok Pakar telah membawa adiknya Tok Tahir, sepupunya Hj Sulaiman dan beberapa orang saudara seperti Jamin dan Makmur dan lain lain lagi ke Kg Berangan.. Kali ini saya akan memaparkan keturunan Hj Sulaiman mengikut apa yang telah ditulis dalam Menuscript Hj Zainal.


                                                                  Taksiah Hj Sulaiman ( Wan Teh)

Saturday, 27 April 2013

Allahyarham Tn Hj Ismail b Hj Hassan Bergambar Dengan Cucu cucunya.

Gambar ini diambil pada tahun 1982 dirumah lama Allahyarham Hj Ismail b Hj Hassan bersama sama cucunya dihari lahir Suhadah Ahmad Kamal.



Ketua Kampung Padang Jawa Ketiga

Berikut adalah wajah Ketua Kampung Yang Ketiga Kampung Padang Jawa Klang Allahyarham Rahmat bin Dahlan.




Wednesday, 17 April 2013

Ketua Kampung Padang Jawa Klang dimasukkan ke Hospital.

Jangan silap baca !!!! bukan Ketua Kampung ada sekarang tapi yang dulu, Ketua Kampung yang Pertama.

Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja.

Tn Hj Zainuddin b Adam - Kenali Keturunan Asal Keluarga Warga Kampung Padang Jawa

Saya baru mendapat email daripada Sdra Fauzi Zainuddin cucu kepada Tn Hj Zainuddin b Adam.Terima kasih Bro Fauzi yang berkongsi gambar lama warga Kampung Padang Jawa. Insyaallah profail keluarga dan keturunan beliau akan saya updatekan nanti. 

 Allahyarham Tn Hj Zainuddin b Adam

  Allahyarham Tn Hj Zainuddin b Adam & Hjh Khatijah bt Hassan


 En Zainuddin b Johan & Puan Kamareiah bt Hj Zainuddin

Tuesday, 16 April 2013

Sejarah Kampung Padang Jawa Part 22 - Kampung Padang Jawa Mendapat Bekalan Elektrik

Gambar Hiasan, pemandangan hampir serupa dengan rumah rumah penduduk Kampung Padang Jawa ditahun 50an,60an dan 70an.Masa itu mana ada bekalan elektrik!!!!  
                            Merekalah perwira 
                            Di medan derita
                            Namun azam meneruskan hidup
                            Tak pernah luntur...
                            Merentasi ranjau kehidupan
                            Dengan harapan...
                                                         Sumber foto isssuemagazine dan faisallarilarianak blogspot

Lampu lampu sebegini menghiasi malam 
 

                                    Sumber foto :-impianaintan.blogspot,amran91,http://ajilbab.com, kartikarahwati wordpress

Keratan Akhbar ini adalah daripada sumber Newspaper SG, National Library Singapore . Tujuan mempaparkan keratan akhbar ini adalah untuk mengenali sejarah dan pengetahuan warga Kampng Padang Jawa sahaja

Berita Harian, 6 July 1970, Page 5



Thursday, 11 April 2013

Hebat Kampungku - Perang Bendera Musim PRU 13

Hebat juga perang bendera kat kampungku. Lihat saja gambar gambar dibawah ini.




Pokok Rambai - Jenis Pokok Yang Hampir Pupus Di Kampun...

 Buah Rambai.                                
Sumber foto irjune blogspot dan eimager blogspot 

Buah rambai sejak ditahun 60an, tiada harga komersial malah terbiar dan luruh begitu saja. Apalah istimewanya buah rambai. Jika makan berlebih akan timbul masaalah ...kerana bijinya tidak boleh dihadam. Namun bila musim berbuah hendak juga memakannya.

Pokok Rambai kat kampungku dah tua, tidak subur dan tak mahu berbuah lagi.

Kulit buah rambai , jangan dibuang, sesekali kita sayur atau masak lemak kan sedap.Carik-carikan kulit rambai tu menjadi kecil. Rendam dan ramas-ramaskan dengan garam kasar untuk hilangkan rasa masam kemudian rebus sebentar untuk melembutkan kulit rambai tersebut. Angkat dan perah,buang airnya macam kita perah santan tu. Macam biasa lah masak lemak putih.

Kecur air liur tengok masakan yang sangat tradisional ni. Sumber info dan foto daripada zulbahrihussin blogspot