1. 26hb Mei 2012, Terminal Lapangan Terbang LCCT, Sepang
Semua peserta rombongan Air Asia AK886 memereksa tag nama dibeg masing masing sebelum berlepas ke Ho Chi Min ( Saigon) pada 12.45 tengah hari.
2. Lapangan Terbang Tan Soon Nhat.di Ho Chi Minh (Saigon)
Setelah dua jam dalam penerbangan kami mendarat diLapangan Terbang Tan Soon Nhat, HoChi Mint. Para peserta rombongan berkumpul sambil menunggu bagasi masing masing.
Bergambar dikawasan free duty shop.
Bergambar diluar kawasan airport sambil menunggu bas ke hotel.
3. Di sekitar Hotel Le Duy
Di hadapan hotel dan Lobby Hotel.
4. Aktiviti Shopping di Ben Thant.
Kedudukan Hotel dengan tempat membeli belah Ben Thant lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Memanglah pada mula mula sampai tak tahu mana arah tempat shopping ini.Kalau dah tahu selagi tak tutup tempat ini maka ramailah pelancong daripada Malaysia akan berbelanja. Belah malam ada pulak pasar malam dikawasan tersebut. Dah lah kebanyakkan peniaga pandai bertutur dalam bahasa malaysia, kalau tak ada mata wang Dong atau US, mereka terima Ringgit.
Shopping Di Pasar Ben Thant
Aktiviti Pasar Malam di Ben Thant
Jalan raya dalam Bandar di penuhi dengan motosikal.
5. Muzium Tinggalan Peperangan
6. Bab Makanan Halal . Pasal makanan halal tak menjadi masalah kerana orang Veitnam keturunan Melayu Campa berusaha menambahkan bilangan tempat makan halal. Gambar gambar dibawah ini adalah makanan 100% halal
Yang gambar bawah ini Tak Halal
7. Terowong Chu Chi.
Terowong Cu Chi terletak di DaerahCuchi,
terletak 70 km utara dari pusat Bandar Ho Chi Min (Saigon) Veitnam.. Ia telah
dibangunkan ketika era Perang Veitnam berlangsung oleh pemimpin dan pasukan
Komunis Vietnam sebagai salah satu kaedah
berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat
dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Daerah Cu Chi dahulunya merupakan kawasan hutan digunakan sebagai kubu pertahanan tentera komunis menentang
tentera Amerika. Dikawasan ini terdapat banyak jerangkap samar yang dipasang
oleh tentera veitcong. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan
yang popular di Vietnam.
Sedikit Info mengenai Veitnam.
1955 - Penjajah America keluar dari Vietnam
1963 - Pergolakan politik dalaman
1964 - America menjajah Vietnam semula
1965 - Perang tercetus antara America, Komunis & Vietnamese
1975 - Vietnam merdeka
1963 - Pergolakan politik dalaman
1964 - America menjajah Vietnam semula
1965 - Perang tercetus antara America, Komunis & Vietnamese
1975 - Vietnam merdeka
Pengembaraan menjelajah kawasan
ni bermula dengan sesi menonton rakaman video ketika peperangan dahulu. Memang teruja
sangat tengok video ni kerana selama ini ditanah air kita hanya menonton filem
peperanagan Veitnam dengan versi kehebatan Amerika. Masyarakat Vietnam zaman
dahulu sangat patriotic untuk Negara mereka dan menghalau penjajah. Mereka menentang
habis2an musuh mereka. Baik lelaki, wanita, dan kanak2, masing2 tak kenal erti
takut.. Semuanya bangun menentang musuh2 mereka dan jika sesiapa yang gugur ketika
perang, mereka diangkat sebagai pahlawan Vietnam sejati.. Mereka berperang
menggunakan senjata yang dibuat sendiri. Termasuk bom, jerangkap samar, senapang,
parang dan sebagainya.
Di kawasan Chu-Chi Tunnel ni ada ditunjukkan peralatan2
yang mereka gunakan masa zaman perang dahulu dan juga ditunjukkan macam mana
mereka buat senjata2 ini. Semuanya mereka buat di dalam terowong bawah tanah.
Terowong bawah tanah ini ibaratnya
seperti sebuah perkampungan besar. Semua ada di dalam terowong ni, seperti
tempat tinggal, tempat masak, tempat simpan senjata, tempat buat senjata,
hospital, tempat mesyuarat dan
sebagainya. Ditunjukkan bagaimana mereka memasak makanan Terowong ni sangat
panjang,dan ada banyak pintu pintu masuk ke dalam terowong .Sistem pengudaraan
nya sangat bagus, sememangnya tak kan ada yang lemas.Para pelancong diberi peluang untuk mencuba makan ubi rebus
dengan air teh hijau daun pandan secara percuma. Ubi rebus adalah makanan ruji
ketika zaman perang dulu.
Galeri senjata pejuang pejuang Veitnam
Jerangkap samar menanti tentera Amerika
Mencuba memasuki lubang yang kecil ke terowong
Lubang di tutup dengan daun kering. Lubang untuk udara masuk
ke terowong ditepi busut
ke terowong ditepi busut