Thursday 27 March 2014

Bika Talago di Bukit Tinggi, Indonesia

Trip kedua saya ke Bukit Tinggi/Padang pada 23/3/2014 tiada banyak bezanya jika dibandingkan dengan kali pertama ketempat yang sama pada Mac 2012. Cuma kali ini tiada banyak gambar yang saya rakamkan kerana kamera saya mengalami kerosakkan. Cuma beberapa keping gambar ditempat membuat lempeng kelapa dan lempeng pisang.
Gambar dibawah ini adalah adunan pisang,tepung dan kelapa manakala yang satu lagi adalah adunan tepung dengan kelapa
Adunan tadi akan dimasukkan kedalam periok tanah dilapik daun pisang (lihat gambar).
Tn Hj Nasaruddin dan saya sedang memerhatikan dari dekat pekerja memasukkan adunan lempeng tersebut kedalam periok tanah dan di bakar.
Yang menariknya lempeng tersebut dimasak dengan bara kayu api kulit manis didalam satu lagi periok tanah dan diletakkan diatas periok tanah yang mengandungi adunan lempeng. Beberapa minit kemudian adunan lempeng tersebut pun masak dan sedap di makan.

Kelihatan Tn Hj Ramli dan Hj Nasa sedang membeli lempeng tersebut.

Lagi Sebuah Tempat Bernama "Padang Jawa" dan Kisah Orang Jawa di Padang Jawa.

Terdapat satu lorong yang ada nama "Padang Jawa" semasa saya melayari internet. Nama lorong tersebut adalah Lorong Padang Jawa, Taman Seputeh, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Tok tok Ketua serta Panglimanya di kedua daerah Kampung Padang Jawa akan pening kepala kerana nak tafsir ke bahasa jawa apa makna, lorong + Padang + Jawa = ?. Macam mana nak kaitkan orang jawa daripada mana pula yang memberi nama dan teroka tempat tersebut.  

Selangor memang ramai Jawa! Orang Jawa dikampungku lupa nak bongkar sejarah bila penghijrahan dan penempatan orang Jawa ke Selangor ini berlaku ?. Orang Jawa kampungku lupa tanah di Selangor bukannya kosong tiada manusia pada ketika itu, tetapi dihuni oleh orang Melayu tempatan. Orang Jawa dikampungku lupa setelah berlakunya asimilasi (perkahwinan campuran ) maka mulalah kedengaran slogan slogan walaupun tidak bertulis ‘Jawa was here’ atau ‘forever Javanese’ dan Jawa….Dulu, Kini dan Selamanya .

Konon digembar gemburkan Kampung Padang Jawa diterokai oleh orang orang Jawa oleh Tok Tok Ketua dikedua dua daerah Kampung Padang Jawa. Apakah benar?. Keujudan nama Kampung Padang Jawa tiada kena mengena dengan orang Jawa.  ( Nantikan tulisan saya akan datang)

Nak tanya orang Jawa di Padang Jawa dua soalan ?

1. British datang dulu ke atau orang Jawa datang dulu kePadang Jawa?.

2. Tanah tanah yang diduduki oleh Orang Jawa di Padang Jawa, siapakah pemilik asal yang tertera pada geran geran tanah tersebut? Jika boleh dinyatakan tahun seperti yang tertera pada geran geran tanah tersebut atau semakan boleh dibuat diPejabat Tanah.

Jawapan kepada kedua dua soalan ini akan merungkai sama ada "Jawa was here" di Kampung Padang Jawa.  

Saturday 8 March 2014

Sebuah Desa Di Acheh Bernama Padang Jawa

Selain daripada Padang Jawa, Klang, Selangor, Malaysia terdapat juga sebuah desa yang namanya sama dengan kampungku Padang Jawa yang terletak di Kecamatan Woyla.

Woyla adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Aceh Barat, Provinci Aceh, Indonesia.

Terdapat beberapa aktiviti menarik di desa tersebut yang boleh dicontohi. Antaranya membentuk pengajian rutin tiap malam setelah shalat Isyak sebagai satu usaha membentengi  diri daripada pengaruh pergaulan bebas.Pengajian rutin ini juga bertujuan mengisi waktu longgar para pemuda yang kebanyakan digunakan pada hal-hal yang tidak berguna. 

Kegiatan ini adalah usaha yang luar biasa untuk membendung kenakalan remaja dan pengaruh narkoba serta dapat membendung segala praktik maksiat dan criminal. Pengajian ini yang diikuti oleh pemuda sekitar Padang Jawa dalam kecamatan Woyla menumpukan soal fikih ibadah, akidah dan akhlak.

Sumber Info dan gambar :- Mustafa Husen Woyla (Aceh) / hidayatullah.com

Friday 7 March 2014

BRIM 3.0 2014

Penjelasan pembayaran BR1M 3.0 tahun 2014 jika individu yang tiada nombor akaun bank. Bagi pemohon yang tidak mengemaskini akaun bank atau tidak mempunyai nombor akaun, pemohon akan menerima duit Brim secara serahan terus secara berperingkat-peringkat dari 23 Februari 2014 hingga 15 Mac 2014. Manakala individu yang mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran terus ke akaun penerima pada 22 Februari 2014.

Sumber : Pembayaran Brim 3.0 2014 Jika Tiada Nombor Akaun Bank